Khamis, Disember 30, 2010

Bila dan Kenapa Mesti Bersabar.



- Tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan.

- Allah s.w.t sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.

- Menahan diri untuk melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan.

- Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.

- Islam menegaskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.

Mutiara Kata 1.



Kebesaran seseorang itu terletak pada kejujurannya, bukan pada keberaniannya. Sebab keberanian belum tentu sama dengan kejujuran, sedangkan kejujuran itulah sebetulnya keberanian.

- Imam Malik.

Selasa, Disember 28, 2010

Hanya DIA Yang Maha Gagah.

Gagah ertinya kuat, perkasa, berani dan menang. Orang yang gagah ditakuti oleh orang yang lemah. Haiwan yang lemah menjadi mangsa haiwan yang kuat atau gagah. Contohnya ayam menjadi makanan ular sawa yang lebih kuat darinya. Jika kita seorang yang manusia biasa janganlah menunjuk-nunjuk yang kononnya kita ini gagah atau kuat dari orang lain.

Kegagahan atau kekuatan yang dimiliki adalah daripada Allah Yang Maha Gagah. Ia dipinjamkan untuk sementara sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Gunakan ia untuk membela diri jika diganggu dan untuk memberi pertolongan kepada orang lain jika diminta.

Allah adalah Maha Perkasa. Dia dapat menakluki sesiapa saja.Dia berkuasa menjadikan alam semesta ini dan menghancurkannya menurut kemahuan-Nya. Allah telah menunjukkan sifat gagah perkasa-Nya dengan menimpakan azab ke atas kaum yang derhaka. Kaum Nabi Nuh yang ingkar mati ditenggelami banjir besar. Kaum Nabi Lut hancur binasa dimusnahkan gempa bumi dan pekikan yang kuat. Dan banyak lagi peristiwa dahsyat yang menimpa golongan yang ingkar kepada Allah.

Oleh sebab itu, sebagai hamba Allah yang lemah dan sangat mengharapkan-Nya, kita mestilah sentiasa membesarkan dan memuji Allah Yang Maha Gagah. Tanamkan rasa gerun dan takut kepada kemurkaan-Nya. Mudah-mudahan dapat membantu serta menyelamatkan kita daripada terlibat dengan amalan yang tidak baik dan berdosa.

Gunakan kebolehan, keberanian dan kekuatan yang kita ada untuk kebaikan, bukan berbangga dengannya, atau disalahgunakan. Bila-bila masa saja Allah boleh mengambil semula nikmat yang dipinjamkan-Nya kepada kita kerana semua yang kita miliki adalah milik Allah Yang Maha Gagah.

Ahad, Disember 19, 2010

Orang Yang Beruntung.



Orang yang beruntung adalah orang yang mendapat kebahagian, ketenangan dan kemenangan. Orang-orang ini adalah golongan yang berada di dalam pimpinan Allah. Setiap kali berfikir, berkata dan apa saja perbuatan berdasarkan kepada petunjuk al-Quran dan al-Hadis. Diantara orang yang termasuk dalam golongan ini ialah:

1- Orang yang beriman kepada yang ghaib, iaitu beriman kepada Allah dan cabang-cabang iman yang lain dengan penuh keyakinan.

2- Menegakkan solat dan menginfakkan sebahagian hartanya di jalan Allah.

3- Orang yang khusyuk dalam solatnya.

4- Orang yang menjauhkan dirinya dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.

5- Orang yang memelihara amanah yang dipikulnya dan janji yang telah dibuatnya.


Sabtu, Disember 18, 2010

Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada 10 Muharam.


Antara peristiwa penting yang dapat dikongsi bersama ialah:

- Hari pertama Allah mencipta alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah Taala menjadikan Arasy.
- Allah Taala menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah Taala menjadikan Qalam.
- Allah Taala menjadikan Malaikat Jibril.
- Allah Taala menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
- Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris a.s diangkat ke langit oleh Allah.
- Nabi Nuh a.s diselamatkan dari banjir besar, serta bumi tenggelam selama 6 bulan.
- Nabi Ibrahim a.s diselamatkan dari hangus dibakar oleh Raja Namrud.
- Nabi Yusof a.s dibebaskan dari penjara.
- Nabi Ayub a.s disembuhkan dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan paus (nun) setelah 40 hari 40 malam berada
didalamnya.
- Nabi Isa a.s diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Sulaiman a.s diberi kerajaan besar oleh Allah.
- Nabi Ayub a.s dipulihkan penglihatannya oleh Allah.
- Kesalahan Nabi Daud a.s diampunkan oleh Allah.
- Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s dari Firaun dan pengikutnya.
- Kewafatan Syaidina Hassan bin Syaidina Ali di Karbala pada tahun ke 16 Hijrah.

anak saman bapak.


Assalamualaikum... anak telah mengadakan himpunan perdana pada 17 disember 2010 bersamaan pada hari jumaat. program bermula pada pukul 6 petang dengan jamuan rakyat. tapi aku tak dapat hadir kerana menguruskan permohonan kad pengenalan anak teruna aku yang genap usianya 12 tahun pada hari ini. kemudian melayan isteri aku yang membeli beberapa keperluan anak-anak aku untuk menghadapi sesi persekolahan 2011 nanti.

bagi aku jamuan tak penting, apa yang lebih penting ialah tujuan anak hendak menyaman bapak(felda). ingin menyaman bapak bukanlah bererti anak bersikap kurang ajar. tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk menuntut keadilan dan pengagihan keuntungan yang rasional berdasarkan pencapaian yang telah diraih oleh felda. tidaklah hanya ia dinikmati oleh mereka yang tak sepatutnya. memegang atau menjawat jawatan sebagai pengerusi felda tetapi tidak menyumbang apa-apa kepada felda, sebaliknya menikmati elaun atau imbuhan yang tak sepatutnya diterima. lainlah jika ia memang benar-benar berkhidmat dan memberikan buah fikiran untuk meningkatkan lagi prestasi felda, tidaklah diperkatakan oleh orang ramai. tapi jika hanya menumpang tuah atau nama felda, bermakna ia telah mengambil apa yang tak sepatutnya diambil.

seperti apa yang disampaikan oleh hanipa maidin, tujuan saman bukanlah ingin berperang atau bergaduh dengan pegawai felda, tetapi ia lebih kepada mempersoal sistem pengurusan yang diamalkan oleh felda. sistem yang menafikan hak peneroka untuk mendapat lebih banyak pulangan disamping beberapa lagi peraturan atau syarat yang nyata menidakkan hak peneroka sebagai tenaga utama dalam membangunkan tanah rancangan.

kenapa buah kelapa sawit tidak ditetapkan harganya. asyik turun naik sahaja. bila dekat nak pilihanraya barulah harganya akan melambung hingga pernah mencecah lapan ratus ringgit untuk satu tan. bukan saja buah sawit malah harga getah juga turut naik mendadak sehingga menoreh dua tiga hari saja, dah dapat seribu lebih.

antara penceramah lain ialah anwar ibrahim yang diberi cuti atau rehat oleh speaker dewan rakyat utuk membuat roadshow seluruh negara bagi menerangkan isu apco-one israel. hasil dari roadshow itu nanti harap-harap orang ramai lebih memahami kedudukan sebenar apa yang berlaku di negara kita yang kita sayangi. agar dengan kefahaman yang diperolehi dapat direalisasikan dalam pilihanraya umum yang akan datang. natijahnya dapat ditumbangkan regim be end dan ditubuh pula satu kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan berharmoni dalam mentadbir urus negara malaysia.