Khamis, Januari 20, 2011

Matahari terbenam dan terbit di tempat berlainan.

Allah SWT berfirman: "Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya." (Ar-Rahman: 17)

Sepanjang tahun, sebenarnya matahari terbit dan terbenam pada dua titik yang berlainan. Jika kita perasan, matahari tidak semestinya terbenam tepat pada arah barat. Ada kalanya ia beranjak sedikit ke kiri (sekitar akhir tahun) atau beranjak ke kanan (menjelang pertengahan tahun).
Perubahan ini disebabkan paksi bumi yang senget sebanyak 23.5 darjah. Ia menghasilkan empat musim di negara-negara yang berada di utara atau selatan daripada garisan Khatulistiwa.
Ada kalangan ahli tafsir menafsirkan ayat di atas sebagai merujuk kepada perubahan akibat posisi paksi tersebut. Walau apa pun, ayat di atas cukup memberi semangat kepada kita untuk terus memerhatikan kejadian di langit, dan melihat sendiri kehebatan Allah SWT mengawal selia objek-objek angkasa.