Rabu, November 19, 2014

Jangan Jadi Musuh Agama Sendiri.

PENDAHULUAN

Senario masa kini dapat dilihat bahawa Islam itu sedang dimusuhi oleh sebahagian umatnya sendiri. Ini dapat dilihat dengn penolakan terhadap hukum-hukum Allah. Umat Islam zaman sekarang lebih suka untuk mengikut cara barat berbanding daripada mengikut panduan dan peraturan yang telah Allah tetapkan.


Umat Islam jenis ini boleh diklafikasikan sebagai golongan munafiq. Persoalannya siapakah golongan munafiq ini? Golongan munafiq ini ialah golongan yang berpura-pura muslim tetapi pada masa yang sama cuba untuk merosakkan Islam itu sendiri.
Firman Allah swt:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah: 120)
Persoalannya apakah punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri?

DIDIKAN BARAT
Salah satunya adalah kerana didikan budaya barat. Kegagalan sebahagian umat kita untuk menahan diri daripada digoda dengan budaya barat itu susah. Apabila unsur-unsur barat sudah masuk ke dalam jiwa umat Islam, maka akan berlakulah  penolakan pada ayat-ayat Allah.

Pelbagai falsafah barat yang cuba diterapkan. Ada yang positif dan ada yang negatif.Akan tetapi bahayanya ialah apabila unsur-unsur negatif itu lebih banyak berbanding dari yang positif. Barat terkenal dengan budaya yang bersifat kepuasan diri. Seks bebas, arak, dan sebagainya menjadi amalan biasa rakyatnya.Dan ia merebak kepada umat Islam itu sendiri. Syaitan berusaha menggoda kita untuk menjadikan kita golongan yang sesat.
Firman Allah swt:
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Surah al-Aaraf: 175)
KURANGNYA TARBIYAH
Apa yang kita lihat dengan fenomena ini adalah kerana kurangnya tarbiyah pada umat Islam.Cuba tanya pada mereka yang memilih budaya barat, bagaimanakah mereka meletakkan al-quran di dalam kehidupan mereka?
Bilakah kali terakhir mereka membaca maksud ayat-ayat Allah? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw? Tarbiyah memimpin kita ke jalan yang benar dan membawa kita dalam kehidupan Islam yang sebenar.
Firman Allah swt:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Surah al-Baqarah: 132)
UTAMAKAN DUNIAWI
Selain itu salah satu puncanya ialah ketaksuban individu tersebut dalam mengejar urusan duniawi. Kerana mengganggap dengan mengamalkan konsep konvesional akan meraih harta yang berlipat ganda, maka segala hokum-hakam ditolak ketepi. Yang penting kepuasan diri. Apabila memiliki kebendaan menjadi matlamat hidup, maka individu tersebut sudah semestinya akan memilih jalan yang senang walaupun ia terpaksa menolak al-quran.
Apabila dunia itu tidak disandarkan kepada Allah, maka kemusnahan dan kerosakan akan berlaku.Buktinya apabila nilai-nilai kemanusiaan bertukar menjadi negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya.
Firman Allah swt:
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Surah al-Baqarah: 86)
Oleh yang demikian apakah penyelesaian yang terbaik?

KEMBALI PADA SYARIAT ISLAM
Dengan situasi yang kita lihat terhadap sebahagian umat Islam yang menolak al-quran dan as-sunnah ini, penyelesaiannya ialah dengan cara kembali kepada Islam. Perhatikan di sudut manakah yang menyebabkan kita sedang menuju ke neraka? Segera perbaiki jalan kita. Ubah haluan kerana hidup hanya sekali.
Patuhilah segala hukum-hakam yang telah ditetapkan. Percayalah bahawa tujuan Allah memberi panduan syariat pada manusia adalah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah swt:
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariatdan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Surah al-Baqarah:128)

SENSITIF TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Jadilah individu muslim yang sensitive terhadap dosa dan pahala.Jangan menjadikan dosa menjadi punca kita ke neraka sedangkan kita sudah diberi peluang dan ruang untuk memilih syurga ketika hayat kita.
Muslim yang berhati-hati terhadap nilai dosa dan pahala pasti akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.
Yang jelas sekiranay dosa yang kita miliki lebih banyak dari pahala ketika ia ditimbang di akhirat kelak, maka neraka  adalah tempat yang terbaik bagi orang tersebut.
Friman Allah swt:
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Surah al-Baqarah: 95)
AL-QURAN PENYELAMAT MANUSIA
Sangat jelas bahawa al-quran menjadi panduan buat umat Islam baik masa dahulu mahupun masa sekarang. Tanpa al-Quran manusia itu akan hilang arah.ibarat layang-layang yang terputus tali.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah: 2)
PENUTUP
Sebagai pengajaran pada hari ini ialah:
1.       Kita ketahui bahawa punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri adalah kerana terlalu menganggungkan budaya barat.
2.       Selain itu kurangnya tarbiyah terhadap jiwa juga menjadi puncanya, dan apabila individu tersebut tidak mentarbiyahkan jiwanya maka ia akan lena dengan keasyikan duniawi.
3.      Apabila duniawi menjadi keutamaan hidupnya, kelak hidupnya menjadi tidak terurus dan akhirnya kehiudpannya berakhir dengan pengakhiran yang tidak baik.
4.      Islam datangkan penyelesaian iaitu dengan cara mematuhi segala syariat Allah.
5.      Sentiasa muhasabah diri terhadap segala dosa yang telah kita lakukan secara harian.
6.      Sebagai orang Islam letaklah al-Quran ditempatnya iaitu bukan sekadar dilidah, akan tetapi juga dihati.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam.

* sekian... terima kasih... 

Selasa, November 18, 2014

Amalan Baik Di Waktu Pagi.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kalau kita terjaga dari tidur di waktu pagi, apa yang hendak kita buat? Minum Air? Mandi? Makan Nasi?
Macam-macam yang kita boleh buat, betul tak? Namun, bagi seorang Islam kita ada adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Sememangnya tidak rugi kita mengamalkan Amalan Baik Di Waktu Pagi kerana terdapat hikmah yang baik di sebaliknya.
Amalan Baik Di Waktu Pagi
Beberapa perkara yang seharunya kita jadikan amalan apabila bangun dari tidur adalah seperti berikut:

  • 1. Menyapu muka

Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bagun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud:
“Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim) 

  • 2. Berdoa
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.
  • 3. Bersugi (Memberus Gigi)

Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih) 

  • 4. Membasuh kedua-dua belah tangan
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.”(Mutaffaq ‘alaih) – 
  • 5. Beristinthar
Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali .
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari) 

Selain 5 amalan yang dinyatakan di atas, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dan berzikir.
Tunaikan solat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid. Sebaik-baiknya berjemaah di masjid.
Selepas solat Subuh, kita juga digalakkan membaca Al-Mathurat. Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang di susun oleh Hassan Al-Banna.
Kemudian, cari sedikit masa untuk melakukan solat Dhuha.
Marilah kita beramal dengan Amalan Baik Di Waktu Pagi. Amalan yang ringkas tetapi ikhlas dan istiqamah baolamat diiktiraf oleh Allah SWT.

Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim).


* dipetik dari  http://myibrah.com/amalan-baik-di-waktu-pagi
* sekian... terima kasih...

Khamis, Ogos 07, 2014

HUBUNGAN AKHLAK DENGAN AKIDAH ISLAM.

Pengenalan

Akhlak adalah merupakan suatu matlamat penting dalam perutusan junjungan Nabi Muhammad SAW disamping membawa ajaran tauhid dan ibadat ia juga adalah menjadi suatu ciri dari perutusan para rasul sejak Nabi Adam AS.
Antara ajaran penting dalam agama samawi adalah bertunjang kepada ajaran berbentuk akhlak:

-bagaimana seseorang hamba Allah berhubung dan beribadat kepada tuhannya,
-bagaimana ia berhubung dengan sesama manusia dalam masyarakat,
-bagaimana sikap dan layanannya terhadap makhluk-makhluk yang lain.

Al-Quran dalam banyak ayat-ayatnya telah menyebut tentang peri pentingnya akhlak yang mulia dan telah menerangkan bahawa tujuan asal Allah mengutus manusia ke dunia adalah untuk memakmurkan dunia dengan kebaikan dan kebenaran. Allah menegaskan dalam surah al-Haj ayat 41 yang bermaksud:
(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkn kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan.

Pengertian Akhlak

Pengertian akhlak dari segi bahasa berasal dari kata “khuluk” yang bererti  perangai, budi pekerti, tabiat dan adab.
Ibnu Atsir dalam kitabnya “an-Nihayah” menerangkan hakikat makna “khuluk” itu ialah gambaran batin manusia yang tepat iaitu jiwa dan sifat-sifatnya, sedangkan “khalki” merupakan gambaran bentuk luarannya seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah badan dan sebagainya.

Akhlak dari segi istilah pula ialah tingkah laku yang baik atau buruk, contoh teladan atau apa saja yang dilakukan oleh manusia dan kita mengetahuinya.

Ibnu Maskawih pula mendefinisikan akhlak sebagai keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Prof. Dr. Ahmad Amin pula berkata bahawa yang disebut akhlak itu adalah iradah atau kehendak yang dibiasakan (ertinya kehendak itu bila membiasakan sesuatu). Maka kebiasaan itu dinamakan akhlak.

Dalam pengertian yang sama Dr. Abdullah Diroz melalui bukunya “Kalimat fi mabadiu al-akhlak” menyatakan akhlak adalah satu kekuatan dalam kehendak yang mantap. Kekuatan dan kehendak bergabung membawa kecenderungan kepada pemilikan akhlak yang benar(baik) atau yang jahat.
Islam terdiri dari tiga asas atau perkara yang utama iaitu :

a)      Aqidah yang membicarakan soal hubungan manusia selaku hamba dengan tuhannya.
b)      Syariah yang membincangkan hubungan atau ikatan antara individu dan masyarakat.
c)      Akhlak yang merupakan tabie yang memetrai hubungan dan ikatan keseluruhan dengan tabiat yang iltizam.

Hubungan di dalam Islam pula terbahagi kepada tiga iaitu :
a)   Sekumpulan sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan penciptaNya yang dikenali sebagai ibadat.
b)      Sekumpulan sistem yang mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri iaitu akhlak.
c)  Sekumpulan system yang mengatur hubungan manusia dengan orang lain yang dikenali sebagai muamalat yang mencakupi system kekeluargaan, politik, ekonomi dan undang-undang.

Hubungan dan Kedudukan Akhlak Dalam Islam

a)    Islam telah menjadikan akhlak sebagai alasan kenapa agama Islam diturunkan. Rasulullah SAW sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
            Sabda Rasusullah yang bermaksud:
            Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

            Pernyataan atau pengakuan yang dibuat oleh Rasulullah menunjukkan peri pentingnya  
            kedudukan akhlak di dalam Islam.
           
b)  Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis ada dinyatakan:

            Rasulullah SAW telah ditanya: Wahai Rasulullah, mukmin yang bagaimanakah yang    
            paling afdal imannya? Rasulullah bersabda: Orang yang paling baik akhlaknya                
            diantara mereka. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah, dipetik    
            dari kitab Ihya’ Ulumiddin, jilid 4 mukasurat 136)

c)      Islam juga menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan neraca amalan baik di akhirat kelak.
            Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
            Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari kiamat ialah taqwa kepada   
            Allah dan akhlak yang baik.

d)     Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat suatu kedudukan yang hampir dengan baginda pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya.
            Sabda Rasulullah yang bermaksud:
            Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan yang paling dekat kedudukannya       
           denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya diantara kamu.

          e)      Dalam ajaran Islam juga dinyatakan bahawa akhlak adalah merupakan syarat untuk membebaskan                diri dari azab neraka dan memenangi syurga.

f)    Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diperbaiki akhlaknya sedangkan baginda tergolong dalam golongan mereka yang baik akhlaknya. Baginda sering berdoa yang bermaksud:
           Tuhanku, tunjukkilah aku akhlak yang paling baik.

            g)      Allah telah memuji RasulNya kerana berakhlak mulia. Pujian yang didasarkan kepada  
           akhlak yang agung ini menunjukkan betapa tingginya  kedudukan akhlak di sisi Allah.
           Firman Allah Taala yang bermaksud:
           Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (surah al-Qalam   
           ayat 4)

     AKHLAK MANUSIA DENGAN ALLAH

Dunia ini dicipta oleh Allah untuk diwarisi manusia, maka untuk menerima warisan itu manusia harus bekerjasama dan saling bantu membantu sehingga tercapai semua apa yang dicita-citakannya itu.
Ada dua jalur hubungan yang harus dihadapi manusia dalam kehidupannya di dunia ini, iaitu:

      1-      Jalur hubungan antaranya dengan Allah.
      2-      Jalur hubungan antaranya dengan alam sekitaran, terutama sesama manusia dengan manusia yang lain.
       Allah sendiri telah mengariskan ketentuan demikian di dalam firmanNya yang bermaksud:
   “Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada,kecuali mereka menjaga                  hubungan (yang baik) dengan Allah dan hubungan (yang baik) dengan manusia.”
     (ali-Imran:112)

Persoalannya sekarang ialah bagaimana caranya supaya kita dapat menjalin hubungan baik kita dengan Allah dan dengan sesama manusia. Jawapan yang pasti dan tegas ialah kita mesti menjaga hubungan baik kita dengan kedua-duanya sekaligus, yakni hubungan dengan Allah mestilah baik dan jujur, dan hubungan dengan manusia mestilah sempurna dan tidak pincang. Untuk mencapai tingkat ini, kita mestilah menjaga norma moral yang baik. Sebab itu kita perlu sekali mengetahui bagaimana seharusnya kita bersopan santun dalam hubungan kita dengan Allah Taala, supaya kita tidak dimurkainya. Berikut ialah beberapa cara untuk kita menjaga hubungan baik dengan Allah iaitu:

Beriman Kepada Allah. 
Pada dasarnya akhlak manusia kepada Allah ialah bahawa hendaklah manusia itu beriman kepada Allah yang bererti mengakui dengan lisan dan menyakini dengan hati bahawa Allah itu ADA dan bersifat dengan segala sifat-sifat yang baik dan mulia, dan tersisih dari segala sifat-sifat yang buruk dan hina. Kita harus menyakini, bahawa di alam ini ada satu kekuatan tunggal yang tersembunyi yang dapat menggerakkan dan mengatur seluruh hal-ehwal alam ini. Kekuatan yang tersembunyi itu ialah kekuatan Allah yang Mutlak, kekuatan Tuhan sru sekalian alam.
  
Beribadah dan Mengabdi Diri kepada Allah.
Beriman kepada Allah tidak cukup hanya sekadar mempercayai akan adanya Allah sahaja, melainkan sekaligus harus diikuti dengan beribadah dan mengabdi diri kepada Allah. Dalam kehidupan sehari-hari yang realiti dan semestinya berupa: Diamalkannya segala perintah Allah dan dijauhinya segala larangan Allah. Dan semua ini dikerjakannya dengan tulus ikhlas, smata-mata hanya kerana Allah sahaja.
Ini bermakna orang yang atheis, orang yang tidak beriman kepada Allah atau orang yang derhaka dengan melakukan maksiat bererti ia tidak sopan kepada Allah. Kerana mereka telah membelakangi Allah yang telah mencipta mereka dan memberi segala macam kenikmatan untuk hidup di dunia ini.

Tidak Menyekutukan Allah.
Menyekutukan Allah dengan yang lain ialah membuat sekutu bagi Allah dalam kemutlakan kedudukannya sebagai Tuhan yang sebenarnya. Tegasnya mempersekutukan Allah dengan yang lain, sama ada mempertuhankan sesuatu yang bukan Tuhan, lalu dianggapnya tuhan yang disembahnya. Ataupun mengadakan lagi tuhan yang lain disamping Allah, Tuhan yang sebenarnya.
Perbuatan demikian disebut syirik dan orang yang melakukannya dinamakan musyrik. Syirik adalah dosa terbesar sekali disamping dosa-dosa yang lain di dalam Islam. Meski pun dosa-dosa itu terbagi antara yang besar dan yang kecil, namun semuanya ada cara-cara untuk memperolehi kemaafannya dari Allah Taala. Kecuali dosa besar syirik, maka dosa itu tiada terampun lagi apabila seseorang itu mati dalam syirik.

Takut Kepada Allah.
Semua manusia mestilah takut kepada Allah kerana takut kepada Alah ada nikmat padanya. Orang yang takut kepada Allah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah yang mengandungi kenikmatan hidup di dunia dan kebahagian hidup di akhirat. Kita harus takut kepada Allah kerana dua perkara;

       a)      Agama Islam memang mengajar kita supaya hendaknya takut kepada Allah dengan sebenar-benar                takut.
      b)      Allah Taala bukan hanya Maha Pengasih Maha Penyayang, suka mengampun dosa orang yang bersalah, tetapi Dia juga sangat keras siksaNya terhadap orang yang membuat dosa. Dia tetap akan menghukum siapa yang berani derhaka kepadaNya. Disamping Dia memberikan syurga, Dia juga mempunyai neraka.

Cinta Kepada Allah.
Apabila manusia benar-benar takut kepada Allah Taala, maka takwanya akan tumbuh hidup subur, yakni kepatuhannya terhadap perintah-perintah Allah dan kejauhannya dari larangan-larangan Allah akan jelas kelihatan dalam semua gerak-gerinya. Ketika itu hatinya akan sentiasa ingat kepada Allah dan cinta kepadaNya.
Ada pun keharusan untuk mencintai Allah itu adalah disebabkan oleh hal-hal yang berikut:

      a)      Agama Islam memang mengajar kita semua mencintai Allah bahkan juga mencintai RasulNya.
     b)     Kita tidak mungkin mengakui beragama Islam dengan baik dan sempurna kalau Allah dan RasulNya tidak      kita cintai dan kita sayangi.
    c)  Selain itu Allah memang Maha Pengasih Maha Penyayang, bagaimana pula kita sampai tidak mencintaiNya.  Tentu itu adalah pelik sekali.

Imam Ghazali pula menerangkan, bahawa tanda-tanda orang yang mencintai Allah ialah:
    a)     Orang yang selalu ingat akan mati, kerana hanya dengan mati si pencinta akan dapat bertemu dengan siapa yang dicintaiNya.
     b)      Orang yang selalu bersedia untuk berqurban kerana Allah, dan ingin mendekatkan dirinya Kepada Allah.
     c)      Orang yang selalu ingat kepada Tuhan, kerana mengingati Tuhan itu akan menyedari jiwanya.
   d)   Orang yang sentiasa mencintai kepada firman-firman Allah, yakni selalu membaca Al-Quran dan mengambil   pengiktibaran daripadanya.
     e)     Orang yang sentiasa mencintai Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut akhlak serta kelakuan beliau.
     f)       Orang yang suka beribadah kepada Allah, dan merasa ringan bila berbuat sesuatu ibadah kepadaNya.
    g)      Orang yang suka berbakti pada jalan Allah, dan membenci kaum kafir dan munafik.

 Rela dan Ikhlas Terhadap Qadhak dan Qadar Allah.
Kepercayaan kepada  Qadhak dan Qadar ini mengajarkan kita, bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam ini, termasuk yang menimpa diri kita sendiri dari bahaya dan bencana adalah dari kehendak dan takdir Allah Taala dan ketentuanNya. Segala sesuatu yang ditentukan oleh Allah Taala itu ada sebab dan hikmatnya, yang mana manusia tiada campur tangan dalam urusan itu.

Takdir apa pun, atau Qadhak dan Qadar apa pun yang ditentukan Allah buat kita, wajib kita menerimanya dengan rela hati dan ikhlas walaupun yang ditakdirkan untuk kita itu mungkin merugikan atau menyedihkan kita. Sebab sama ada kita menerimanya dengan baik atau tidak, namun takdir Allah itu tetap terjadi juga, dan tetap berlaku pada diri kita. Kita tidak ada jalan untuk membantahnya.

Bertaubat Kepada Allah
Orang yang bertaubat kepada Allah ialah orang yang kembali kepadaNya serta mematuhi perintahNya, yakni setelah dia membuat kederhakaan kepada Allah, lalu memohon kemaaafan dan kembali membetulkan dirinya dari kederhakaan itu, dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Manusia memang semestinya tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Akan tetapi kenyataannya menunjukkan bahawa manusia sering melanggar perintah Allah dan menempuh laranganNya, sama ada dia sedar atau pun tidak. Kenyataan ini sudah ada dan sudah berlaku pada manusia sejak manusia pertama lagi iaitu nabi Adam a.s. Kerana itu kesalahan atau dosa adalah satu hal yang tidak dapat dihindari oleh manusia, walau bagaimanapun semangatnya dalam beragama. Bahkan manusia dipanggil manusia, ialah kerana Mahallul-Khatak Wan-Nisyan, yakni tempat berlakunya salah dan silap.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Semua anak Adam mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah mereka yang mahu bertaubat.” (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah)

 Bersyukur Kepada Allah.
Bersyukur adalah satu hal yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya kepada sekalian para hamba. Bersyukur menunjukkan rela atas takdir Allah Taala yang dikurniakan kepada seseorang hamba. Bersyukur itu bukan saja ditunjuk bila ada nikmat yang mewah daripada Allah, bahkan pada masa tidak dikurniakan nikmat pun harus bersyukur. Apatah lagi bila nikmat yang diterimanya ada tetapi tidak cukup, mestilah juga dia tidak melupakan bersyukur kepada Allah Taala. Itulah sifat mukmin yang sejati.

Tetapi yang sebenarnya erti syukur ialah, mempergunakan nikmat dan kurnia Allah yang berada di tangan kita sesuai dengan apa  yang dikehendaki dan disuruh oleh Tuhan yang memberikan kita nikmat dan kurnia itu. Atau pun boleh juga bersyukur itu diertikan dengan mempergunakan segala sesuatu pemberian dan kemewahan yang diberikan Allah kepada kita untuk dibelanjakan  kepada berbagai-bagai fungsinya yang wajar, sesuai dengan apa yang ditentukan olh Allah Taala.

Kesimpulan.

Akhlak setiap insan sehari-hari adalah berkaitan dengan amalan yang dilakukan sama ada baik atau sebaliknya dan akan dihitungkan pada hari akhirat kelak. Justeru, setiap insan diseru agar melakukan kebaikan dengan menambah pahala dan menebus dosa. Memelihara akhlak dan akidah merupakan langkah terbaik meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah s.w.t. Menjaga keperibadian atau akhlak merupakan tuntutan dalam Islam tidak kira sama ada akhlak sesama manusia, sesama makhluk lain dan juga akhlak dengan Allah s.w.t.

  
Rujukan.

1-      Harun Arrasyid Hj Tuskan, (2003) Akhlak Harian Setiap Muslim. Kuala Lumpur,
Al-Hidayah Publishers.


2-      Humaidi Tatapangarsa(Drs.), (1997) Akhlak Yang Mulia. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Jumaat, Julai 25, 2014

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan.

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah

menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada 

pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri

dan berkata:



'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-



tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.



Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail,


kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada 

seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir



zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 


Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu 

mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa 

serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar

juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih

sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu 


mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'



Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka



sebagai imbalan ibadat mereka?'



Lalu Allah berfirman yang bermaksud: 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai 



tempat tinggal...'



Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail


as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan 

sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh

jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia

merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah

pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:



'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau 


sepertiganya, atau seperempatnya? '




Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang


selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan 

yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak 

akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada 


umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'



Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah 



menyembunyikan enam perkara iaitu :



* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima 


   waktu).



* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.





* semoga catatan kecil ini dapat memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua.

   in sya Allah...