Khamis, Februari 20, 2014

Sikap Guru Dalam Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar.




UTK2012 
PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH


PENYELESAIAN MASALAH:
Sikap Guru Dalam Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar





DISEDIAKAN OLEH

No. Matriks
Nama

MOHD NORMAZLAN BIN SABRAN

MOHD BORHAN BIN JAMALUDDIN



DISEDIAKAN UNTUK
DR. NASRUDDIN YUNOS


SEMESTER 4 SESI 2013/2014
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KUMPULAN: KDCN7



BAHAGIAN 1: PENYATAAN MASALAH                                                                                     (5m)

Masalah:                     Pelajar ponteng sekolah

Kategori Masalah:      1. Rutin
                                        Masalah ini adalah masalah yang biasa dihadapi di kebanyakan sekolah
                                    2. Berterusan
                                        Masalah ini telah berterusan sejak sekian lama di kebanyakan sekolah
                                    (+ kenapa dalam kategori tersebut)

Kenapa masalah ini yang dipilih:
1.      Kehadiran di sekolah adalah penting bagi seorang pelajar
2.      Pihak sekolah masih belum dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah ini
3.      Banyak pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng juga terlibat dalam masalah jenayah


BAHAGIAN 2: PROSES PENYELESAIAN MASALAH                                                                 (44m)

GAYA PEMIKIRAN: Analitikal
Kenapa:           Bersandarkan kepada logik bahawa setiap sekolah mengalami masalah yang
                         sama, terpaksa menangani masalah disiplin pelajar terutamanya ponteng sekolah.
Bagaimana:     Pemecahan masalah kepada beberapa bahagian; masalah pelajar, ibu bapa, guru dan sekolah


PENYELESAIAN MASALAH SECARA KRITIS DAN KREATIF

TAHAP 1: Mengenal pasti masalah
Secara dasarnya pelajar yang ponteng sekolah adalah disebabkan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada dari tahap 1 (darjah 1, 2 atau 3) dan tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6). Perkara ini bukan terhad kepada pelajar sekolah rendah sahaja, malah di sekolah menengah juga berlaku.

Pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah mempunyai sifat suka memberontak dan memprotes dalam kalangan pelajar. Sikap ini di lihat banyak mempengaruhi pelajar yang rata-rata mereka dari kalangan keluarga yang tidak harmoni malah ke luarga yang porak peranda. Mereka melepaskan kecelaruan fikiran dengan mengambil tindakan tidak hadir ke sekolah / ponteng tanpa pengetahuan ibu bapa / penjaga mereka.

 Iklim di sekolah juga menyumbang kepada gejala ponteng pelajar bilamana mereka merasa bosan dengan persekitaran sekolah tempat mereka belajar. Sekolah yang mempunyai kondisi invoirolmen yang tidak ceria juga turut membolehkan suasana sekolah menjemukan.

Sebahagian pelajar juga amat tidak menggemari guru-guru yang garang dan suka menghukum tanpa usul periksa. Guru garang tidak membantu pembelajaran pelajar untuk berjaya, ia lebih banyak menakutkan pelajar hadir ke sekolah.  Guru yang garang juga kadang kala menyampaikan PdP tidak menarik pelajar dan membuatkan mereka bosan dalam kelas.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekolah agar anak-anak mereka suka belajar. Sekirannya ibu bapa kurang perhatian dan tidak prihatin dengan anak-anak mereka, pelajar ini mudah dipengaruhi rakan sebaya dan mereka akan akan hanyut tanpa memikirkan natijah yang bakal dihadapi. Sekolah dan guru akan menghukum pelajar menjadikan mereka sangat tertekan, lebih-lebih lagi mereka seperti dipaksa lulus dalam peperiksaan.  

Pihak sekolah yang terlalu menekan kemampuan pelajar juga adalah antara penyebab utama masalah ponteng ini. Sekolah hanya mahukan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan peperiksaan sahaja yang di puji dan di sanjung. Sekolah dan guru hanya menghukum pelajar tanpa ada inisiatif untuk memberi penghargaan kepada mereka yang mematuhi peraturan sekolah.

Pelajar sebenarnya mahukan perhatian dan penghargaan dari pihak sekolah atau ibu bapa sepanjang mereka berada di sekolah. Andai perkara ini dapat di saji kepada pelajar, masalah ponteng mungkin sekadar masalah terpencil yang dapat diatasi oleh sekolah.


TAHAP 2: Mengenal pasti kriteria masalah
(faktor/elemen yang terlibat dengan masalah secara langsung)
·         Kalangan pelajar yang tidak berminat untuk ke sekolah.  
·         Ibu bapa yang tidak memberi galakan, dorongan, sokongan dan rangsangan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah.
·         Guru yang hanya menghukum kesalahan tanpa ada budi bicara dan perbincangan dengan pelajar yang terlibat.
·         Sekolah tidak memberi keselesaan dan suasana ceria untuk mereka berada di sekolah.


TAHAP 3: Menilai kriteria masalah
Jadi, apa sebenarnya masalah yang nak diselesaikan?
·         Sikap guru dalam menangani masalah ponteng di kalangan pelajar. Guru hendaklah menggunakan budi bicara dan perbincangan dengan pelajar yang bermasalah supaya kemelut demikian dapat diatasi secara bijaksana dan berhemah.


 TAHAP 4: Mengenal pasti penyelesaian yang munasabah

Alat 1 (6 Thinking Hats)

Topi Biru: Memulakan perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan idea bagaimana
                 cara terbaik mendapatkan jalan penyelesaian mengatasi masalah ponteng di kalangan
                 pelajar.

Topi Putih: Menyenaraikan semua elemen berkaitan dengan masalah yang dibincangkan, iaitu ;
·         Pelajar yang ponteng kebanyakannya terdiri dari pelbagai peringkat umur dan tingkatan.
·         Mereka melahirkan sifat memberontak dalam kalangan pelajar dan menunjukkan rasa tidak puas hati.
·         Suasana sekolah yang membosankan dan tidak ceria.
·         Sikap ibu bapa yang kurang prihatin dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak.
·         Guru terlalu garang bagi mereka, tidak memberi ruang untuk berbincang dan bersuara.
·         PdP  yang disampaikan oleh guru tidak menarik minat dan perhatian mereka.
·         Terlalu banyak undang-undang yang diperuntukkan kepada pelajar walaupun hanya untuk kesalahan kecil.
·         Pihak sekolah tidak memberi sebarang penghargaan yang sewajarnya kepada sumbangan dan peranan mereka kepada sekolah, guru dan rakan sebaya.  
·         Sikap yang banyak dipengaruhi kawan dan rakan sebaya.
·         Sekolah/guru yang hanya tahu menghukum tanpa budi bicara atau perbincangan dan pertimbangan yang wajar.
·         Sekolah yang hanya berorientasikan peperiksaan dan pelajar tiada peluang untuk mendapat ilmu secara santai dan selesa.
·         Menerima tekanan daripada ibu bapa yang hannya mahu pelajar/anak-anak mereka cemerlang tanpa sokongan, dorongan dan kerjasama mereka.

Topi Hijau: Mendapatkan idea untuk menyelesaikan Masalah
Idea 1: Guru perlu mengubah cara PdP yang biasa-biasa kepada yang luar biasa atau yang lebih
            kreatif mengikut situasi keperluan pelajar.
Idea 2: Pelajar yang terlibat perlu dihukum dengan denda yang sewajarnya sebagai salah satu
            bentuk hukuman untuk mendidik mereka mematuhi peraturan sekolah.
Idea 3: Menggunakan pendekatan psikologi bagi mempengaruhi dan mendekati pelajar agar
            mereka boleh dipujuk atau dinasihat mengikut kemampuan dan keupayaan mengikut
            peraturan dan undang-undang sekolah.


 Topi Kuning:
Idea
Positif
Idea 1: Guru ubah cara PdP

·   Menarik minat pelajar
·   Mudah difahami pelajar
·   Memberi nilai tambah kpd profesionalisme guru
·   Motivasi diri dalam bidang tugas
·   Dicontohi rakan setugas
Idea 2: Pelajar dihukum
·   Mudah kerja guru
·   Pelajar serik
·   Senang dikawal
·   Memberi pengajaran kepada yang lain
Idea 3: Pendekatan psikologi
·   Mesra pelajar
·   Perkongsian masalah antara pelajar-guru
·   Guru memahami kehendak pelajar
·   Mudah mendapat kerjasama pelajar

Topi Hitam:
Idea
Negatif
Idea 1: Guru ubah cara PdP

·   Pelajar lain mungkin ketinggalan
·   Kekangan masa mengikut jadual kelas
·   Guru terpaksa menjalani latihan lebih interaktif
·   Kos yang tinggi, terpaksa menyediakan BBM berbagai
·   Penerimaan pelajar memerlukan masa
·   Menimbulkan rasa tidak senang dikalangan guru lain
Idea 2: Pelajar dihukum
·   Pelajar memberontak
·   Merasa tidak selesa untuk hadir ke sekolah
·   Keterpaksaan yang menyusahkan mereka
·   Hilang hormat terhadap guru
Idea 3: Pendekatan psikologi
·   Pelajar tidak hormat guru
·   Pelajar tidak minat dengan pelajaran
·   Tiada rasa mesra sesama mereka

 Topi Merah:
Idea
Positif
Idea 1: Guru ubah cara PdP

·   Lebih bermotivasi untuk bertugas
·   Yakin berhadapan pelajar
·   Sikap tanggung jawab lebih menyerlah
Idea 2: Pelajar dihukum
·   Sedih dan kesal atas perbuatan
·   Malu berhadapan dengan rakan - guru
·   Berusaha memperbaiki sikap
Idea 3: Pendekatan psikologi
·   Yakin dengan diri sendiri
·   Tenang dan sabar
·   Lebih hormat guru
  
Topi Biru:
Akhirnya, idea yang dipilih untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah Guru ubah cara PdP


Alat 2 (PMI)
Idea 1
Guru ubah cara PdP
Plus:
·   Menarik minat pelajar
·   Mudah difahami pelajar
·   Memberi nilai tambah kpd profesionalisme guru
·   Motivasi diri dalam bidang tugas
·   Dicontohi rakan setugas
Minus:
·   Pelajar lain mungkin ketinggalan
·   Kekangan masa mengikut jadual kelas
·   Guru terpaksa menjalani latihan lebih interaktif
·   Kos yang tinggi, terpaksa menyediakan BBM berbagai
·   Penerimaan pelajar memerlukan masa
·   Menimbulkan rasa tidak senang dikalangan guru lain
Interesting:
·   Lebih bermotivasi untuk bertugas
·   Yakin berhadapan pelajar
·   Sikap tanggung jawab lebih menyerlah

  
Idea 2
Pelajar dihukum
Plus:
·   Mudah kerja guru
·   Pelajar serik
·   Senang dikawal
·   Memberi pengajaran kepada yang lain
Minus:
·   Pelajar memberontak
·   Merasa tidak selesa untuk hadir ke sekolah
·   Keterpaksaan yang menyusahkan mereka
·   Hilang hormat terhadap guru
Interesting:
·   Sedih dan kesal atas perbuatan
·   Malu berhadapan dengan rakan - guru
·   Berusaha memperbaiki sikap
Idea 3
Pendekatan psikologi
Plus:
·   Mesra pelajar
·   Perkongsian masalah antara pelajar-guru
·   Guru memahami kehendak pelajar
·   Mudah mendapat kerjasama pelajar
Minus:
·   Pelajar tidak hormat guru
·   Pelajar tidak minat dengan pelajaran
·   Tiada rasa mesra sesama mereka
Interesting:
·   Yakin dengan diri sendiri
·   Tenang dan sabar
·   Lebih hormat guru


Alat 3 (OPV)
Idea 1 :
Guru ubah cara PdP

·   Rasa lebih bersedia berhadapan dengan pelajar
·   Ada pelbagai variasi dan pendekatan
·   Punya tanggung jawab terhadap pelajar
Idea 2 :
Pelajar dihukum
·   Lebih menghormati guru
·   Dapat memberi pengajaran yang berguna
·   Saling bertolak ansur
Idea 3 :
Pendekatan psikologi
·   Mesra dan rasa diberi perhatian
·   Contoh kepada rakan sebaya
·   Merubah sikap tidak baik


TAHAP 5: Menilai penyelesaian terbaik

Idea Penyelesaian: Guru ubah cara PdP
Alat 1 (CAF)
·         Faktor 1: Cara terkini mengikut situasi
·         Faktor 2: Pelajar yang berlainan kebolehan dan pencapaian
·         Faktor 3: Kesediaan terhadap penerimaan PdP
·         Faktor 4: Bahan yang banyak di pasaran
·         Faktor 5: Ibu bapa mahu anak-anak lebih berdikari

Idea Penyelesaian: Guru ubah cara PdP
Alat 2 (FIP)
·         Latihan/pendedahan guru diperlukan untuk PdP cara baru mengikut keupayaan pelajar
·         Kos yang minima dalam penyediaan ABM
·         Masa yang sesuai mengikut keupayaan guru dan pelajar
·         Modul yang diguna bersesuaian dan lebih padat


TAHAP 6: Memilih penyelesaian terbaik
Idea Penyelesaian: Guru ubah cara PdP
Alat 1 (AGO)
·         Kenapa – Menarik minat pelajar dengan variasi PdP dan faham dengan kehendak pelajar.
·         Bagaimana – Meluaskan pengetahuan dengan sistem PdP mengikut kaedah semasa yang
                      boleh dikongsi dengn pelajar.


Idea Penyelesaian: Guru ubah cara PdP
Alat 2 (C&S)
·         Kenapa – Boleh meningkatkan motivasi guru lain untuk memperbaiki kepakaran dalam
                bidang yang diajar.
·         Bagaimana – Sedia mengikuti kursus yang bersesuaian dengan kemahiran dimiliki dan
                       maklumat yang diketahui.

  
TAHAP 7: Melaksanakan penyelesaian
·         Kenapa – Perlu tarik minat pelajar bagi mengelak budaya tidak sihat mempengaruhi pelajar.
·         Bagaimana – Memberi pelbagai bentuk penghargaan dan perhatian yang sewajarnya untuk
                      mereka selesa berada di sekolah.

TAHAP 8: Menilai Keberkesanan Penyelesaian
Analisis SWOT untuk Penyelesaian Masalah: Guru ubah cara PdP
Strength
·   Guru bersemangat dan bermotivasi
·   Banyak bahan yang diperlukan
·   Lebih fokus dengan tugasan
Weaknesess
·   Terasa seperti dipaksa
·   Memerlukan kos yang besar
·   Terburu-buru dan tidak cermat
Opportunities
·   Mempunyai masa sertai  kursus berkaitan
·   Menyelidik latar belakang pelajar
·   Punyai bahan pelbagai yang sesuai
Threats
·   Perasaan dan pandangan rakan setugas
·   Masa yang tidak mencukupi
·   Gangguan persekitaran dan peribadi

BAHAGIAN 3: MEMBUAT KEPUTUSAN                                                                                     (8m)
·   Guru sentiasa bersedia dengan apa cara untuk menarik minat pelajar dalam P&P di sekolah
·   Cara demikian akan membantu pelajar dan memberi minat mereka untuk sentiasa berada di sekolah
·   Guru menaiktaraf diri dalam  bidang yang sesuai dengan cara mengikuti kursus atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kedudukan semasa.



Penyataan Masalah
Guru mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar
Kemungkinan Pilihan Penyelesaian
·         Guru mengubah cara penyampaian P&P
·         Mengenal pasti masalah dihadapi  pelajar
·         Memberi hukuman yang sewajarnya kepada pelajar
·         Ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak mereka
Pilihan Penyelesaian
Guru ubah cara PdP
Kesan
Sokong (+ve) atau
Tidak (-ve)
Nilai
·   Pelajar lebih berminat

·   Guru lebih bersedia

·   Sekolah lebih ceria

·   Kos akan bertambah

·   +

·   +

·   +

·   -



·   Penting : Menandakan PdP mencapai tahap piawai
·   Penting : Menaiktaraf keupayaan guru terhadap profesion
·   Tidak penting : telah menjadi kewajipan pada sekolah untuk sentiasa ceria
·   Penting : Semua aktiviti yang berkaitan perlukan kos yang munasabah untuk merealisasikan tujuan







·   Guru perlu mengubah cara penyampaian PdP agar sesuai dengan minat dan penerimaan pelajar berdasarkan kehendak Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan.


  
Kesilapan yang mungkin berlaku dalam membuat keputusan                                           (4m)
1.      Guru berasa tidak selesa dan mula hilang minat terutama fokus terhadap tugasan dan kerjaya yang seolah-olah diperhati setiap masa.
2.      Membabitkan individu yang tidak berkaitan dengan PdP secara rambang.
3.      Menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang tidak berkenaan dengan masalah yang timbul.
4.      Gangguan PdP sekelas yang boleh mengakibatkan pelajar lain tidak seronok dan rasa terganggu.


BAHAGIAN 4: REFLEKSI                                                                                                            (6m)

SEBELUM
  1. Saya rasa keliru, apa sebenarnya yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah sehingga kerangka ini diberi. Mulanya saya mengarang masalah lain, tetapi memandangkan masalah yang diolah tidak dapat diselesaikan dengan cara yang dikehendaki, maka saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan sahaja kerangka yang telah disediakan.
  2. Pada peringkat permulaan saya merasakan bahawa subjek ini mudah dan senang untuk diikuti kerana ia melibatkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah sesuatu yang bukanlah pertama kali saya dengar. Malah telah banyak kali dan sering juga terbaca di akhbar atau majalah tentang tajuk ini. Namun sebaliknya yang berlaku, saya mencuba sedaya upaya untuk memahami dan mengikuti apa yang disampaikan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat menerima penyampaian yang telah dilaksanakan. Tapi, bagi menyelesaikan tugasan yang diberi ini saya betul-betul buntu dan tidak tahu bagaimana akan memulakannya. Sehinggalah pada pertemuan yang keenam tergambar sedikit pencerahan bagaimana untuk menyiapkannya.

SEMASA
  1. Saya menghadapi masalah untuk membina ayat yang sesuai mengikut isi yang diberi. Isi yang sudah ada rasanya seperti sudah memadai. Namun apabila mula mengarang, terasa semakin seronok pula untuk menaip setiap ayat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan.
  2. Bagi menyiapkan tugasan ini pula saya amat berterima kasih kepada rakan kumpulan saya iaitu Ustaz Mohd NorMazlan kerana telah banyak menyumbangkan idea dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
  
SELEPAS
  1. Saya rasa lega bila semuanya selesai. Saya berharap tugasan ini dapat menyelesaikan masalah yang diutarakan dan menepati kehendak Pensyarah. Walau bagaimana pun, saya amat berharap jalan penyelesaian ini dapat diketengahkan untuk tindakan pihak bertanggung jawab bagi mengatasi kemelut yang membelenggu kebanyakan sekolah.
  2. Akhirnya siap juga tugasan ini walaupun pada permulaannya terdapat kekeliruan bagaimana untuk menyiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Pensyarah. Perasaan saya bercampur baur antara rasa gembira dan bersyukur serta masih lagi berdebar untuk menghadapi peperiksaan akhir semester nanti kerana masih lagi terdapat sedikit kepayahan untuk mengingat beberapa istilah terutama perkataan dari Bahasa Inggeris. Semoga kepayahan ini akan dipermudahkan oleh Allah Taala hendak-Nya.
 Sekian, Terima Kasih. Wassalam.