Ahad, April 25, 2010

Secebis kisah -1

"Cepatlah," gesa Tariq lagi. "Nanti Muhammad pergi dari situ!"
Mendengar pujian ke atas dirinya, Syihab tersenyum bangga. "Baiklah, biar aku bunuh si Muhammad sekarang juga. Akan ku bawa pulang kepalanya yang sudah hancur nanti...," kata Syihab. Dia pun meluru keluar dan berlari ke arah Kaabah.

Dengan berhati-hati, Syihab memanjat dinding Kaabah dan mencari kedudukan yang sesuai. Ketika itu Rasulullah sedang bersandar di dinding Kaabah. Baginda tidak menyedari kehadiran Syihab kerana sedang berehat.

"Rasakan kau...! kata Syihab sambil menghumbankan batu besar di tangannya ke bawah. Dia menghumbankan batu itu dengan sekuat-kuat hatinya.

Tapi alangkah anehnya! Batu itu tidak jatuh. Ia terapung-apung di udara. Apabila Rasulullah bangun meninggalkan tempat itu, barulah batu itu jatuh ke tanah. Batu itu kemudian bergolek mengelilingi Kaabah. Akhirnya batu itu berhenti di tempat ia mula bergolek tadi.

Gementar tubuh Syihab melihat peristiwa yang sungguh ajaib itu. Benarlah Muhammad ini bukan sebarangan orang. Batu pun tidak sanggup untuk membunuhnya," kata hatinya.

Syihab turun lalu mengejar Rasulullah s.a.w. "Muhammad a-Amin....," katanya dengan agak gementar. Syihab menceritakan kepada baginda tentang apa yang telah berlaku.

Rasulullah tetap menunjukkan wajah yang manis. Baginda tidak sedikit pun berasa marah kepada Syihab. Apa yang telah berlaku merupakan kuasa Allah. Baginda menasihatkan Syihab agar mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah.

Akhirnya Syihab memeluk agama Islam.