Selasa, Januari 18, 2011

Fasa-fasa Bulan.

Allah SWT berfirman: "Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah sampai ke tempat peredaran terakhir) kembalilah ia seperti tanduk tandan yang tua." (YaaSin: 39)

Begitu jelas sekali Allah SWT menceritakan keadaan rupa bentuk bulan semasa ia beredar mengelilingi bumi. Andai kata bulan kekal tidak bergerak, maka tidak mungkin kita dapat melihat perubahan fasanya (Aujahul Qamar), daripada ketika kali pertama melihat hilal, kemudian ia membesar menjadi bulan sabit, seterusnya ke bentuk bulan separuh, kemudian membesar menjadi bulan purnama, kembali mengecil ke bulan sabit tua, dan seterusnya kembali mendekati matahari.
Ia juga menunjukkan bahawa bulan itu sebenarnya tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, malah bergantung penuh kepada matahari untuk bersinar di langit bumi.

Sabtu, Januari 15, 2011

Bahagiakah Kita?



Kebahagian itu bukan bererti tidak ada masalah, tetapi kemampuan menghadapi masalah. Serta kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah, sama ada masalah diri sendiri dan keluarga. Atau pun masalah rakan sekerja apa tah lagi tindakan kita itu akan membuat orang lain turut merasa bahagia dan tersenyum puas. Itulah kebahagian sejati selain dari dapat menunaikan perintah Allah dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang menginsafi dirinya hanyalah sekadar menumpang di atas muka bumi milik Yang Maha Esa ini.

Persoalannya sekuat mana kemampuan kita untuk menghadapi masalah? Apakah mereka yang berbadan sasa, tegap dan berotot mampu dan cekal dalam menyelesaikan masalah atau tiada bermasalah. Atau mugkin juga mereka yang berwajah cantik, tampan atau jelita tidak memiliki masalah. Apakah mereka yang kaya raya bergelar hartawan mahu pun jutawan tiada masalah, kerana mereka mempunyai kemewahan dan kesenangan hidup yang mencukupi untuk berbuat apa saja. Mengikut apa yang mereka hajati dan idamkan. Atau orang dari kalangan yang kuat beragama akan mudah dan selesa hidupnya tanpa masalah. Semuanya memerlukan kepada kesabaran dan ketabahan hati dalam melayari kehidupan ini.

Kita mungkin juga tercari-cari atau terfikir, apakah ciri-ciri orang yang bahagia? Bagaimanakah jalan atau kaedah untuk mencapai bahagia? Apakah panduan atau petunjuk untuk mengecapi bahagia? Seharusnya semua itu menjadi kayu pengukur kepada kita untuk berfikir demi membahagiakan sebuah kehidupan.

BAHAGIAKAH KITA?

Selasa, Januari 11, 2011

InsyaAllah.




Turn to Allah, He's never far away!

-Maher Zain.

Khamis, Disember 30, 2010

Bila dan Kenapa Mesti Bersabar.



- Tekun melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan.

- Allah s.w.t sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.

- Menahan diri untuk melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan.

- Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan dijadikan pengajaran.

- Islam menegaskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.

Mutiara Kata 1.



Kebesaran seseorang itu terletak pada kejujurannya, bukan pada keberaniannya. Sebab keberanian belum tentu sama dengan kejujuran, sedangkan kejujuran itulah sebetulnya keberanian.

- Imam Malik.

Selasa, Disember 28, 2010

Hanya DIA Yang Maha Gagah.

Gagah ertinya kuat, perkasa, berani dan menang. Orang yang gagah ditakuti oleh orang yang lemah. Haiwan yang lemah menjadi mangsa haiwan yang kuat atau gagah. Contohnya ayam menjadi makanan ular sawa yang lebih kuat darinya. Jika kita seorang yang manusia biasa janganlah menunjuk-nunjuk yang kononnya kita ini gagah atau kuat dari orang lain.

Kegagahan atau kekuatan yang dimiliki adalah daripada Allah Yang Maha Gagah. Ia dipinjamkan untuk sementara sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Gunakan ia untuk membela diri jika diganggu dan untuk memberi pertolongan kepada orang lain jika diminta.

Allah adalah Maha Perkasa. Dia dapat menakluki sesiapa saja.Dia berkuasa menjadikan alam semesta ini dan menghancurkannya menurut kemahuan-Nya. Allah telah menunjukkan sifat gagah perkasa-Nya dengan menimpakan azab ke atas kaum yang derhaka. Kaum Nabi Nuh yang ingkar mati ditenggelami banjir besar. Kaum Nabi Lut hancur binasa dimusnahkan gempa bumi dan pekikan yang kuat. Dan banyak lagi peristiwa dahsyat yang menimpa golongan yang ingkar kepada Allah.

Oleh sebab itu, sebagai hamba Allah yang lemah dan sangat mengharapkan-Nya, kita mestilah sentiasa membesarkan dan memuji Allah Yang Maha Gagah. Tanamkan rasa gerun dan takut kepada kemurkaan-Nya. Mudah-mudahan dapat membantu serta menyelamatkan kita daripada terlibat dengan amalan yang tidak baik dan berdosa.

Gunakan kebolehan, keberanian dan kekuatan yang kita ada untuk kebaikan, bukan berbangga dengannya, atau disalahgunakan. Bila-bila masa saja Allah boleh mengambil semula nikmat yang dipinjamkan-Nya kepada kita kerana semua yang kita miliki adalah milik Allah Yang Maha Gagah.

Ahad, Disember 19, 2010

Orang Yang Beruntung.



Orang yang beruntung adalah orang yang mendapat kebahagian, ketenangan dan kemenangan. Orang-orang ini adalah golongan yang berada di dalam pimpinan Allah. Setiap kali berfikir, berkata dan apa saja perbuatan berdasarkan kepada petunjuk al-Quran dan al-Hadis. Diantara orang yang termasuk dalam golongan ini ialah:

1- Orang yang beriman kepada yang ghaib, iaitu beriman kepada Allah dan cabang-cabang iman yang lain dengan penuh keyakinan.

2- Menegakkan solat dan menginfakkan sebahagian hartanya di jalan Allah.

3- Orang yang khusyuk dalam solatnya.

4- Orang yang menjauhkan dirinya dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.

5- Orang yang memelihara amanah yang dipikulnya dan janji yang telah dibuatnya.