Jumaat, Ogos 21, 2009

5 masalah dijawab dengan satu jawapan

Syaqid bin Ibrahim berkata saya telah bertanya kepada 700 orang alim tentang 5 masalah, maka mereka semua menjawab dengan satu jawapan:

1- Siapakah orang yang sempurna akal?
Jawab mereka:- orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik?
Jawab mereka:- orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang yang kaya?
Jawab mereka:- orang yang redha menerima hukum takdir Allah.

4- Siapakah orang yang mengerti agama?
Jawab mereka:- orang yang tidak meminta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil?
Jawab mereka:- orang yang tidak mengeluarkan hak Allah di dalam hartanya.

5 masalah dijawab dengan satu jawapan.

Wallahu a'lam.

5 ulasan:

  1. Salam ziarah,

    Selamat menyambut kemeriahan dan menikmati keberkatan Ramadhan al-Mubarak.

    Al-Mankaraqi

    almankaraqi.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam...

    terimakasih di atas ziarah anda, semoga ramadhan kali ini membuahkan permata al-qadr untuk kita semua.

    b.tan.

    BalasPadam
  3. selamat meraikan ramadan yang barakah.

    BalasPadam
  4. salam...
    juga selamat merayakan ramadan buat brader pyan sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam