Rabu, November 03, 2010

Kulit Sebagai Organ Deria.

Kulit merupakan organ terbesar dan terberat sekali di dalam badan manusia. Purata berat kulit ialah 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita. Sel-sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari. Purata ketebalan kulit ialah 4 milimeter.

Fungsi utama kulit ialah:-

1- Melindungi bakteria, cahaya uv, bahan kimia dan kecederaan.

2- Mengawal suhu badan.

3- Organ deria (rangsangan sejuk, panas, tekanan dan sakit).

4- Menghasilkan vitamin D.


Struktur kulit terdiri dari:-

1- Epidermis- terdiri dari sel-sel berlapis yang sentiasa mengalami proses pertukaran melalui penggantian dan pembuangan sel-sel mati kepada sel-sel baru.

2- Dermis- terdiri daripada sel-sel hidup bersama-sama dengan saluran darah yang nyata daripada tisu-tisu pelekat yang mengandungi fiber kolagen yang berfungsi di dalam mengekalkan keanjalan kulit.

3- Subkutin- terdiri dari sel-sel lelemak dan sel pelekat yang longgar yang bertindak sebagai penebat suhu badan, simpanan tenaga dan penyerap hentakan.

Kulit sebagai organ deria menurut al-Quran:

Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana."

Ayat ini merujuk kepada kewujudan penghujung saraf di dalam kulit manusia yang berfungsi sebagai deria merasai rangsangan kebakaran, panas, sejuk, tekanan atau sakit. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhannya, ia akan kehilangan deria rasanya.


oleh Dr. Mohd Arip Hj. Kasmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan