Jumaat, November 23, 2012

Tahap Ibadat Haji.


Para jemaah haji pada tahun ini telah mulai kembali ke tanahair masing-masing setelah menjalankan ibadah tersebut di Tanah Suci Mekah. Semoga kepulangan mereka semua dengan membawa haji yang mabrur. Untuk pengetahuan semua ibadah haji itu mempunyai beberapa tahap.

Tahap pertama:

 Haji Mabrur
Ini adalah tahap haji yang paling tinggi dan istimewa. Tidak semua mereka yang menunaikan haji boleh memperolehinya.  Mereka yang memperolehi Haji Mabrur bukan sekadar berjaya menunaikan kewajipan malah semua dosanya diampunkan dan dimasukkan ke syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abdullah bin Abbas yang bermaksud: "Haji Mabrur itu tidak ada balasan baginya melainkan syurga".


Tahap kedua:

Haji Makhsus-
Ibadat haji yang dikerjakan oleh orang tertentu yang sempurna semua syarat dan rukunnya. Haji ini bukan sahaja dianggap sah dan diterima Allah tetapi diampunkan dosanya. Haji ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan ibadah haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya.


Tahap ketiga:

Haji Maqbul-
Haji yang sah dan diterima Allah SWT. Mereka yang memperolehi haji maqbul dianggap telah menunaikan perintah Allah dan menyempurnakan rukun Islam yang lima tanpa ganjaran pahala.


Tahap keempat:

Haji Mardud-
Haji ini tidak diterima oleh Allah SWT kerana tidak memenuhi syarat dan rukun haji atau sebab lain sehingga menyebabkan haji yang dilakukan tidak diterima oleh Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan