“Kawalan harga dilakukan bertujuan mengawal harga
pasaran terus meningkat mendadak disebabkan permintaan produk atau barangan
yang tinggi dipasaran terutama dimusim perayaan. Bincangkan sama ada keperluan
kawalan harga adalah terhad kepada sebilangan produk atau barangan sahaja
dan cadangkan kaedah penguatkuasaan kawalan tersebut oleh pihak yang berkaitan”
PENDAHULUAN
Isu barangan terkawal sering menjadi paparan dalam media
massa terutamanya di musim perayaan. Terdapat perbezaan antara barangan terkawal
semasa musim perayaan dan pada waktu-waktu biasa. Kebiasaannya, barang-barang
yang dijadikan barang kawalan semasa musim perayaan adalah melibatkan barang
basah dan bahan masakan. Hal ini berlaku kerana pada musim perayaan, permintaan
terhadap barang-barang seperti ayam, tepung, telor dan bawang adalah lebih
tinggi berbanding hari-hari biasa.
Dengan kata lain barangan
tertentu melebihi pengeluaran. Justeru, ini menyebabkan terdapat segelintir
peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi dengan
sewenang-wenangnya. Faktor inilah yang memaksa pihak kerajaan
mengenakan kawalan harga bagi sesetengah barangan bagi menjaga kebajikan
pengguna. Namun begitu, ada juga sesetengah peniaga yang tidak mengikut harga
yang telah ditetapkan, malah berani mengenakan harga melepasi harga siling.
Harga siling ini adalah untuk memastikan pengguna dapat menikmati harga
barangan pada kadar yang munasabah.
Menteri berkuasa menetapkan apa-apa barang yang hendak
dikawal harganya secara undang-undang.
Ini mengikut kepada permintaan
terhadap sesuatu barangan keperluan.
Seperti musim perayaan diadakan
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang mana ia mengikut tempoh tertentu.
DEFINISI BARANGAN KAWALAN
Barangan terkawal pula boleh didefinisikan sebagai benda
atau perkhidmatan yang dijualbelikan tetapi barangan tersebut dikawal daripada
segi harganya agar para peniaga tidak dapat menaikkan harga dengan
sewenang-wenangnya. Kebanyakan harga bagi barang terkawal adalah dijual di
bawah atau mengikut paras harga maksimum seperti yang telah ditetapkan
diperingkat borong dan runcit.
Penguatkuasaan yang dilakukan ialah bermula dari pembekal
barangan berkenaan sehinggalah kepada pemborong. Pembekal dan pemborong perlulah mendaftarkan
pergerakan mereka dan perlulah mendapat lesen terlebih dahulu.AKTA KAWALAN HARGA 1946
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di
bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah
berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang
kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.
Terdapat beberapa jenis kesalahan yang boleh dikenakan hukuman di bawah akta
ini. Salah satunya adalah seperti kesalahan gagal melabelkan barang-barang yang
tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar atau pengimport,
berat dan kuantiti, bahan kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar
barang itu. Kegagalan meletakkan tanda harga pada barang jualan juga menjadi
kesalahan di bawah akta ini. Peniaga juga boleh dikenakan denda sekiranya gagal
meletakkan harga runcit pada barang-barang terkawal.
Kini Akta Kawalan Harga
dan Anti Pencatutan 2011 adalah akta terbaru yang menggantikan Akta Kawalan
Harga 1946. Ia digubal bagi mewujudkan sebuah mekanisme
menghalang dan melarang peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab dan peniaga
tidak boleh menaikkan harga barang serta mengaut untung berlebihan sesuka hati
sehingga menyusah dan menekan pengguna yang sedikit sebanyak sama-sama membantu
memajukan perniagaan mereka.
Sekiranya melanggar peraturan
tersebut, mereka akan berdepan hukuman berat bagi menyekat sikap tamak dan
tidak amanah berkenaan. Selaras dengan
kewujudan akta itu juga ditubuhkan Majlis Penasihat Harga Barang dianggotai
golongan peniaga, pengguna dan pegawai kementerian yang akan menjalankan
pemantauan ke atas semua peniaga. Jika didapati peniaga menaikkan harga barang
tanpa sebab, jawatankuasa terbabit akan membuat laporan dan tindakan tegas akan
diambil ke atas mereka.
Melalui akta baru ini pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap
peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan dan akan menjadi satu lagi
platform penting yang menjaga hak dan kepentingan pengguna. Dengan pelaksanaan
undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga
sesuatu barangan tanpa sebab di negara kita.
Walaupun tidak dinafikan masih terdapat ramai peniaga yang jujur dan
amanah, namun segelintir peniaga yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga
mengambil pendekatan menjejaskan pengguna demi mengaut keuntungan secara
berlebihan sehingga sanggup mengenepikan larangan agama dan undang-undang
pengguna. Oleh itu, cara terbaik bagi
mengatasi sikap tamak ini ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang
mantap dan komprehensif.
Oleh itu, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 diwujudkan bagi
menyekat peniaga membuat keuntungan tanpa had dan akta ini juga membolehkan
pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga tanpa menunggu aduan
daripada pengguna. Sebelum ini pengawalan harga barang tidak dapat dilakukan
kerana tidak ada akta khusus untuk berbuat demikian. Melalui Akta Kawalan Harga
1946 sedia ada, kerajaan hanya boleh mengawal harga terhadap barangan yang
diwartakan saja, tetapi melalui akta baru itu, kerajaan berupaya mengawal
peniaga daripada menaikkan harga sesuka hati.
Semua peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga
maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna
merah jambu pada barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil mengikut Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap mereka yang gagal mematuhi
peraturan di bawah skim berkenaan. Peniaga yang menjual barang harga terkawal
melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM 100,00 atau penjara maksimim
tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM 50,000. Syarikat
yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM 500,00 atau dikenakan
kompaun sehingga RM 250,00.
Peniaga yang gagal meletak tanda harga merah jambu pula akan didenda
sehingga RM 10, 000 atau dikompaun sehingga RM 5,000 dan syarikat yang gagal
melakukannya boleh didenda RM 20,000 atau dikompaun sehingga RM 10,000.
SENARAI HARGA BARANGAN TERKAWAL
Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah :
- Ayam hidup (RM5.70)
- Ayam standard yang disembelih dan
dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
- Ayam super yang disembelih dan
dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
- Daging lembu tempatan (RM22.00)
- Daging lembu import-harga maksimum di
Sarawak sahaja (RM24.00)
- Daging kerbau tempatan (RM21.00)
- Daging kerbau import India (RM13.50)
- Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
- Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
- Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
- Kubis bulat import-Indonesia dan China
tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
- Cili merah (RM10.00)
- Tomato (RM4.50)
- Kelapa parut-harga maksimum di peringkat
runcit saja (RM6.00)
- Kacang tanah import (RM6.50)
- Bawang merah kecil India (RM5.00)
- Bawang besar import (RM2.50)
- Bawang putih China (RM7.50)
- Ubi kentang import China (RM3.00)
- Ikan kembung (RM12.00)
*sumber
dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri
tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga.
KEPERLUAN KEPADA KAWALAN HARGA BARANG
Satu
persoalan timbul, mengapa harga barang perlu kawal? Dan apakah ia melibatkan
semua jenis barangan? Atau sekadar hanya barangan makanan sahaja yang perlu
dikawal harganya. Bagi menjelaskan isu ini perlu diketahui bahawa setiap barang
atau produk mempunyai nilai atau harganya berdasarkan kualiti atau mutu serta
bahan yang digunakan untuk menghasilkannya. Jika ia diperbuat dari bahan yang
berkualiti dan mempunyai piawaian atau standard yang tertentu sudah semestinya
ia mempunyai nilai yang berharga.
Perlu
diketahui juga bahawa semua barangan sama ada keperluan harian seperti makanan
dan minuman, pakaian, kenderaan, rumah kediaman, malah apa saja yang melibatkan
pengguna, termasuklah tambang pengangkutan awam turut sama dalam kategori perlu
kepada kawalan harga.
Kita
ambil contoh barang keperluan dapur seperti yang disenaraikan di atas tadi,
apakah kita hanya membeli satu atau dua jenis bahan sahaja untuk sehari.
Tentulah tidak. Apatah lagi jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Pasti
bahannya akan bertambah yang akan membawa kepada bertambahnya wang yang
digunakan untuk membayar keperluan seharian. Bagaimana pula dengan gas atau
bahan api yang digunakan untuk memasaknya. Semuanya itu melibatkan harga yang
jika tidak dikawal akan mengakibatkan inflasi yang lebih parah. Pengguna tidak
lagi mampu untuk berbelanja dan akan timbul perasaan serba salah, apakah yang
perlu diutamakan sama ada membeli barangan dapur keperluan seharian atau
membayar dan menyara persekolahan anak yang tidak kurang juga pentingnya.
Sedangkan pendapatan mereka tidak selari dengan harga barang yang berada dipasaran
dan lebih memberi kesan lagi kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Umum mengetahui harga
barangan makanan yang dimasak sukar dikawal, namun pihak berkuasa perlu
menjalankan pemantauan terhadap barangan itu dari semasa ke semasa agar pengguna
di negara ini tidak menjadi mangsa rakus peniaga. Begitu juga masalah kenaikan harga barang
pada musim perayaan, kerajaan hanya boleh melaksanakan pewartaan jangka pendek
selama dua minggu dan tidak boleh melaksanakan pewartaan jangka panjang kerana ia
bertentangan dengan dasar pasaran terbuka yang diamalkan negara kita.
Sekarang telah hampir ke penghujung tahun, bermakna tidak lama lagi sesi
persekolahan tahun 2013 akan bermula. Para ibubapa dan penjaga akan sibuk untuk
menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak masing-masing tidak terkecuali
pakaian sekolah mereka. Terfikirkah oleh kita berapa harganya sekarang dan
berapa pula harganya pada tahun lalu. Adakah sama atau telah semakin meningkat.
Begitu juga kasut sekolah, jika berjenama sudah pasti harganya melebihi RM 20,
belum lagi pakaian sekolah untuk pelajar perempuan dengan tudungnya sekali.
Purata wang yang perlu diperuntukan bagi pakaian sekolah yang lengkap bagi
seorang anak ialah RM 100 – RM 150 untuk sepasang! Bagaimana jika anak yang
bersekolah dua, tiga atau empat orang? Berapa yang perlu disediakan oleh
seorang bapa yang berpendapatan gaji minima RM 900 sebulan untuk anaknya ke
sekolah seperti anak mereka yang berpendapatan RM 9,000 sebulan. Wajar
difikirkan apakah harga pakaian di negara ini juga perlu dimasukkan dalam
senarai harga barang kawalan.
Seterusnya kita tumpukan pula perhatian kita kepada satu lagi keperluan
asas manusia iaitu rumah kediaman sebagai tempat berlindung dari hujan dan
panas. Seperti juga pakaian, harga rumah kini makin melambung naik. Rumah teres
dengan 3 bilik tidur dan dua bilik air kini harganya antara RM 170,000 – RM
200,000 seunit. Sungguh sesuatu yang di luar jangkaan fikiran rakyat Malaysia
kenapa masalah ini boleh timbul. Alasan yang diberikan ialah bahan binaan
seperti simen, besi dan sebagainya telah naik mendadak yang mengakibatkan
tempiasnya harga rumah telah turut meningkat. Didapati sejak enam tahun
kebelakangan ini hatga rumah telah meningkat hampir 70 - 80 peratus tetapi berkualiti rendah. Tahun
pertama diduduki sahaja telah mengalami keretakan di sana sini.
Justeru saranan supaya kerajaan
mengawal harga rumah yang terlalu tinggi adalah antara cadangan utama
dikemukakan rakyat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2013. Satu lagi cadangan
yang banyak dikemukakan ialah memberi pelepasan cukai tambahan bagi
mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dua cadangan itu merangkumi 50
peratus daripada 2,990 cadangan yang dihantar oleh 2,693 orang dalam laman web
Datuk Seri Najib Razak, www.1malaysia.com.my sejak 16 hingga 29 Julai lalu.
Malah, dua cadangan berkenaan meraih 30,000 sokongan
daripada keseluruhan 41,879 undi orang ramai sepanjang tempoh perbincangan
mengenai bajet itu dibuka.
Sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan amat drastik dan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal. Keluhan sama turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif skim perumahan yang ditawarkan kerajaan.
Sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan amat drastik dan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal. Keluhan sama turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif skim perumahan yang ditawarkan kerajaan.
Dalam konteks ini, ramai meminta kerajaan mengekang
aktiviti spekulator mengaut keuntungan besar, terutama pihak yang membeli
semata-mata untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi serta
memperketatkan dasar pemilikan rumah dan hartanah oleh warga asing. Ini jelas
menunjukkan harga rumah telah menjadi masalah kepada penduduk negara ini untuk
memiliki rumah kediaman mereka sendiri.
Disebalik harga rumah yang kini menjadi beban kepada
mereka yang belum memilikinya, bagaimana pula dengan harga kereta yang juga
merupakan keperluan yang tidak boleh dikesampingkan pentingnya. Mungkin ada
yang akan berkata jika tidak mampu, naiklah saja motorsikal atau pengangkutan
awam yang sedia ada. Itu kata mereka yang berkemampuan dan tidak ada halangan
untuk memiliki dua atau tiga buah kereta. Tetapi terfikirkah oleh mereka sampai
bila mereka hendak menggunakan pengangkutan awam dengan bilangan anak yang
ramai. Bukankah itu juga merupakan satu beban bagi mereka untuk berkenderaan
sendiri dan menikmati hidup selesa dengan ahli keluarga mereka tanpa bergantung
kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang kadang kala menimbulkan kerenah juga
kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatannya.
Adalah amat sukar dimengerti
kenapa harga kereta di negara ini lebih mahal dari harga kereta yang dijual di negara
jiran. Sebagai contoh harga sebuah Toyota Vios di Thailand dijual dengan harga di
antara RM 50,000 hingga RM 70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di
antara RM 45,000 hingga RM 60,000. Tetapi
di Malaysia ia dipasarkan dengan harga di antara RM 70,000 hingga RM
90,000. Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga
kira-kira RM 90,000 tapi di China dijual dengan harga RM 50,000.
Malah kereta buatan
tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan. Sedangkan di
China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual
dengan hanya RM 19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual
dengan harga RM 38,000. Amat malang bagi rakyat negara ini terpaksa terus
menambah hutang bagi menikmati hidup yang selesa.
Jika dibuat penelitian yang lebih terperinci, banyak
lagi barangan yang menjadi keperluan penduduk negara ini mahal harganya dan
sepatutnya dikawal. Tindakan mengawal harga barang akan dapat menimbulkan minat
pengguna untuk membeli dan tidak teragak-agak untuk mengeluarkan belanja bagi
membawa keluarga pergi melancong ke tempat-tempat percutian dalam negara kita
ini. Jika ini berlaku, nescaya yang akan mendapat faedahnya adalah peniaga yang
tidak tamak untuk mengaut keuntungan dengan jalan yang singkat.
Fikir-fikirkanlah pandangan ini dari sudut positif dan realiti yang berlaku di
negara ini agar kemakmuran dan kesejahteraan dapat dinikmati bersama dengan
adil dan saksama.
KAEDAH UNTUK MENGAWAL HARGA BARANG.
Kempen
jimat cermat
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh
pihak kerajaan dan anggota masyarakat di negara kita untuk menangani masalah
ini. Langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu menjalankan kempen jimat
cermat dalam kalangan pengguna. Hal ini kerana dengan melalui kempen atau mesej
kerajaan, ia boleh menggalakkan masyarakat supaya berjimat cermat bagi
mendatangkan hasil. Kempen tersebut boleh dijalankan melalui media massa arus
perdana seperti televisyen, radio dan juga media cetak. Di samping itu, kempen
tersebut juga sekurang-kurangnya diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada
para pengguna. Dengan cara itu, kesan kenaikan harga barang akan dapat
ditangani dengan lebih berkesan dalam kalangan pengguna.
Jika
para pengguna telah mempunyai kesedaran, mereka akan mempraktikkan amalan
berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan
atau ikat
perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita
berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan
kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan.
Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan
seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus
dapat mengurangkan kenaikan harga barang.
Menjimatkan
perbelanjaan harian
Masyarakat yang juga merupakan pengguna digalakkan
untuk menanam sayur-sayuran bagi menjimatkan perbelanjaan harian. Sebenarnya,
cadangan ini pernah dipraktikkan pada 1970an dengan rancangan Buku Hijau.
Dengan cara ini, para pengguna tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar
setiap hari. Contohnya, masyarakat boleh menanam sayur-sayuran yang mudah
ditanam di belakang rumah ataupun di dalam pasu seperti cili, kangkung, sawi, kunyit,
serai, tomato dan sebagainya. Selain untuk kegunaan sendiri, sayur-sayuran itu
juga boleh diberikan kepada jiran-jiran yang berhampiran. Sudah tentu tindakan
ini akan menjimatkan perbelanjaan dan secara tidak langsung, cara ini juga
boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan seterusnya dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni. Selain itu, cara ini juga boleh menjimatkan masa untuk
membeli sayur-sayuran di pasar.
Selain
itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan harian
keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan
keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak
diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga
hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan
perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan
keperluan utama seperti gula, tepung,
dan sebagainya.
Membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas
Membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas
Pihak kerajaan hendaklah sentiasa membuat pemantauan
dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga
barangan dengan sesuka hati tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari
semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Contohnya, mana-mana pihak
yang menaikkan harga barangan dengan sesuka hati atau cuba mengambil kesempatan
hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak
berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kenaikan
harga barang.
Kawalan secara
kuatkuasa undang-undang.
Kawalan harga melalui undang-undang di bawah Akta
Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (menggantikan Akta Kawalan Harga 1946).
Harga kawalan yang dikuatkuasakan melalui Akta ini adalah gula putih bertapis
kasar dan halus serta topeng muka (pembedahan/perubatan). Selain dari terdapat
dua barang telah ditambah ke dalam senarai harga kawalan iaitu bawang merah
kecil (India) dan bawang putih (China).
Dalam
akta ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
akan melantik seorang pengawal harga, timbalan pengawal harga dan
pegawai-pegawai lain dilantik untuk melaksanakan peraturan yang terdapat di
bawah akta ini.
Pengawal
harga, dengan kelulusan Menteri KPDNKK, diberi kuasa untuk menentukan harga dan
caj maksimum, minimum atau tetap harga dan perkhidmatan bagi setiap rangkaian
pembekalan daripada peringkat pengeluar sehingga peruncit. Akta ini juga meneruskan peraturan
dalam Akta sebelum ini, iaitu penjual barang dan perkhidmatan hendaklah
mempamerkan senarai harga barang dan perkhidmatan di tempat yang mudah untuk
dilihat oleh pelanggan.
Kepentingan
utama akta ini adalah untuk menetapkan peraturan bagi memastikan tidak ada
peniaga menjual barang atau perkhidmatan dengan harga yang tidak munasabah.
Akta ini memberi kuasa kepada Menteri PDNKK untuk menetapkan satu mekanisme
penetapan harga yang munasabah berdasarkan elemen-elemen dalam penetapan harga,
seperti cukai, kos pembekal, keadaan penawaran dan permintaan, keadaan geografi
dan pasaran serta faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kedudukan harga.
Bagi
membantu dalam pelaksanaan akta ini, sebuah Majlis Penasihat Harga ditubuhkan,
Majlis ini berperanan untuk menasihatkan Menteri PDNKK berkaitan dengan
perbuatan mengaut keuntungan yang berlebih-lebihan dan hal-hal lain yang
berkenaan dengan harga serta caj barang dan perkhidmatan. Majlis Penasihat
Harga ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha KPDNKK atau wakilnya dan 10 orang
ahli lain, yang terdiri daripada empat orang wakil daripada kerajaan dan enam
orang daripada orang awam, industri dan pertubuhan bukan kerajaan.
Bagi syarikat pula, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta.
Bagi memastikan undang-undang atau akta ini dipatuhi terdapat kira-kita 2,000 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama 1,000 pegawai pemantauan harga akan memantau penjualan barang terkawal tersebut. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna (SRP) di seluruh negara tahun ini bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan Aidilfitri ini. Selain dari itu kerjasama dari orang ramai juga diperlukan untuk melapurkan salahlaku para peniaga dengan membuat aduan kepada KPDNKK. Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888dengan menaip “KPDNKK ADUAN” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.
Usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
1.
Dasar kawal harga barang sepanjang sebelum dan selepas musim perayaan
oleh kerajaan.
2.
Perbincangan dengan pihak industri – denda jika terdapat pihak
industri tidak ikut arahan.
3.
Menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga – kenal
pasti mekanisme bagi mengatasi ganguan bekalan dan isu kenaikan harga barang
keperluan.
dapat mengawal kenaikan harga barang runcit supaya tidak naik sewenangnya dan
pengguna berpendapatan rendah masih mampu membeli barang runcit keperluan mereka.
5.
Menambah projek pengedaran barang-barang perlu seperti gula,
tepung gandum, minyak masak dan bahanapi di kawasan pendalaman Sabah dan
Sarawak supaya penduduk kawasan pendalaman dapat menikmat harga barang kawalan
pada harga yang rendah.
6.
Boikot barangan yang mahal. Tunggu harga barang tersebut
turun baru beli. Para pengguna boleh melayari www.1pengguna.com untuk mencari
harga yang terbaik.
7.
Memberi kupon makanan (food coupon) pada golongan berpendapatan rendah (miskin).
1- Membuka duti import.
Kerajaan perlu membuka duti
import daripada negara lain supaya lebih banyak barang yang dibekalkan dan
harga tidak melambung tinggi. Contohnya gula, ia adalah barangan terkawal dan
kita hanya mendapatkan bekalan dari negara Brazil, jika kerajaan membuka import
dari negara lain maka gula akan dapat dibekalkan dengan lebih banyak dan harga
dapat dikawal. Begitu juga lesen-lesen import lain seperti kereta, daging
lembu, susu dan lain-lain. Kalau kita lihat di zaman Dr. Mahathir sebagai
Perdana Menteri, waktu harga simen naik, beliau bukakan lesen import simen
seluas-luasnya, hingga harga simen dapat dikawal sampai sekarang.
2- Kad
Rebat Diskaun / Mata Ganjaran 1Malaysia.
Konsepnya sama seperti kad Tesco atau Bonuslink. Cuma
penggunaannya diperluaskan kepada lebih banyak kedai runcit dan juga pasaraya.
Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran daripada pembelian barang keperluan.
Dengan mata ganjaran yang diterima boleh digunakan untuk menukarnya kepada
pakej pelancongan di dalam Negara. Kerajaan tidak perlu menyediakan hadiah,
sebaliknya ia adalah tanggungjawab social pihak hotel yang terlibat. Mereka
tidak akan rugi kerana pelanggan tetap akan berbelanja di tempat penginapan
mereka seperti makanan, cenderamata dan sebagainya. Kerajaan boleh memaksimakan
penggunaan kad pengenalan MyKad sebagai kad rebat subsidi.
Kad
rebat/ganjaran juga boleh digunakan untuk membayar balik subsidi kepada
golongan sasaran. Contohnya gula dijual pada harga RM2.60, setiap pengguna
layak menerima rebat 30 sen daripada setiap kg gula yang dibeli. Rakyat
boleh menerima duit rebat untuk membeli barangan lain.
3- Buka
Peluang Perniagaan Untuk Rkyat.
Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, sector
perniagaan perlu ditingkatkan. Kerajaan boleh
menyedakan lebih banyak kawasan perniagaan seperti downtown dan uptown yang memberi
peluang kepada masyarakat setempat untuk berniaga kecil kecilan. Untuk mencapai
matlamat ini, kerajaan perlu mempermudahkan urusan perlesenan bagi peniaga
kecil dan penjaja tanpa mengira bangsa.
4- Tiada Projek
Kroni dan Kepentingan Peribadi.
Pemberian tender kerajaan dan projek pembangunan
secara adil di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Penerima mestilah satu
syarikat yang berkemampuan dan mampu untuk melaksanakan projek tersebut dalam
masa yang telah ditetapkan. Ia adalah untuk memastikan projek tersebut tidak
terbengkalai atau dialibabakan oleh pihak yang berkenaan.
5- Kerajaan
Yang Berhemah dan berjimat cermat.
Di
negara yang maju, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong
perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Kita yang belum maju tetapi bercita-cita untuk menjadi maju telah bertindak
sebaliknya pula, bila negara kekurangan wang duit, rakyat yang ditekan dengan
pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin bermewahan. Rakyat pula dikelirukan
dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada
hanyalah pelarasan subsidi. Sedangkan ia adalah perkara yang sama.
6- Memantapkan
Pemberian Subsidi.
Pemberian
subsidi perlu diperhalusi agar ia sampai kepada
golongan sasaran iaitu mereka yang benar benar memerlukannya. Subsidi pada hari
ini dilihat lebih menguntungkan peniaga.a. Pengguna hanya menerima sebahagian
kecil sahaja faedah dari subsidi kerajaan ini. Contohnya gula, setiap keluarga
sebenarnya mengunakan kurang dari 1kg setiap bulan. Sikit sahaja kan? Manakala
peniaga kedai makan atau restoran mengunakan berpuluh kilogram setiap hari.
Jika berlaku kenaikan 20 sen, harga minuman pun meningkat sama. Adalah tidak
logik menggunakan gula sehingga 1kg gula untuk segelas air sedangkan ratio
keuntungan jualan air minuman sangat tinggi.
Antara
contoh lain tentang subsidi yang perlu diberikan penekanan ialah subsidi
diesel. Aktiviti penyeludupan diesel sedikit sebanyak telah merugikan kita. Ada
nelayan negara kita menjual diesel subsidi untuk mendapat duit secara mudah.
Hasil jualan diesel digunakan untuk membeli ikan dari Thailand untuk dijadikan
bukti mereka keluar menangkap ikan. Perkara ini perlu dibendung agar ia tidak
berlarutan dan menjadi semakin parah.
Kesimpulan.
Kesimpulannya,
kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan harga barang
yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi,
sosial dan
politik yang mengancam keharmonian negara. Oleh itu, semua pihak
harus memainkan
peranan membendung masalah kenaikan harga barangan keperluan
dan mengambil
tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya masalah kenaikan
harga barang dapat
dikurangkan.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah
memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam
hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah
Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat
janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak
munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut
dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.
Rujukan.
1-
BERNAMA.
2-
Gabungan Persatuan
Pengguna-Pengguna Malaysia ( FOMCA).
3-
Portal Rasmi Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Malaysia.
4-
www.parlimen
.gov.my/files/hindex/pdf/DR-06102011.pdf
6-
www.utusan.com.my/utusan/Dalam
Negeri/20120926/dn 14/Bajet-2013-cAssa-gesa-kawal-harga-makanan#ixzz2F5Zn5Wmc
@Utusan Melayu (M) Bhd
Apakah Anda memerlukan pinjaman segera untuk melunasi hutang Anda atau apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memperbaiki bisnis Anda? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Sudahkah anda ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Cari tidak lebih karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda terjadi di masa lalu !! Kami meminjamkan kepada perusahaan, entitas swasta dan individu dengan bunga rendah dan harga terjangkau 2%. Anda bisa menghubungi kami melalui e-mail via: (ivanaluka04@gmail.com)
BalasPadamAPLIKASI DATA
1) nama ...........................
2) Negara .......................
3) Alamat ......................
4) Jenis Kelamin ........................
5) status perkawinan .............
6) Bekerja ................
7) Nomor Telepon ...........
8) posisi di tempat kerja .....
9) penghasilan bulanan ....................
10) total pinjaman .........
11) durasi pinjaman .....
12) Tujuan pinjaman ..................
13) Tanggal lahir ........................
Terima kasih.
Salam saya abd rashid dri selangor ingin menyarankan pada kerajaan untuk buat susulan turunkan harga gula jika perdagangan gula di free trade kan konsepnya yaitu sesiapa pun yang nak impot gula disenangkan mendapati lesen impot dan gula blh dijual pada rakyat dgn harga 2.40 ringit klu di permudahkan olih menteri bawakan cadangan ini ke cabinet dan klu kita tinjau gula impot lagi murah sebab kementeriannya tidak langsung buat kerja dari dulu lagi sampai sekarang memteri pun goyang kaki dan makan gaji buta
BalasPadamCopy ya
BalasPadamSaya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.
BalasPadamBeberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.
Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)