Khamis, Julai 24, 2014

Puasa.


ERTI PUASA

Puasa itu ialah menahan diri dari melakukan segala yang membatalkannya, dimulai sejak dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan nia, keikhlasan dan dengan syarat-syarat tertentu.

HUKUM PUASA

Hukum Puasa terbahagi tiga:
  1. Puasa Fardzu – iaitu puasa bulan Ramadan dan Puasa Nazar
  2. Puasa Sunat – Puasa hari Isnin & Khamis, Puasa hari Asyura iaitu 10 Muharam, Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji., Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
  3. Puasa Haram – puasa pada Hari Raya puasa ( 1 Syawal), Hari Raya Haji, Hari Tasyriq iaitu 11,12 & 13 Zulhijjah, Hari Syak.

PUASA BULAN RAMADHAN

Puasa bulan Ramadhan , ialah puasa yang diwajibkan Allah kepada seluruh umat Islam yang telah baligh dan berakal.  Salah satu daripada rukun Islam yang lima.

RUKUN PUASA

  1. Berniat hendak mengerjakan pada besok hari

نؤىت صؤ م غد ا ن ا د ا ء فرض شهر ر مضا ن هز ه ا لسنة للة تعا تى

  1. Menahan diri dari makan, minum, mengadakan hubungan suami isteri pada siang  hari, serta menjauh segala perkara-perkara yang membatalkan puasa.

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

i.                     Islam
ii.                   Baligh
iii.                  Berakal
iv.                 Suci dari haidh dan nifas

SYARAT SAH PUASA
i.                     Islam
ii.                   suci dari haidh dan nifas
iii.                  mumayis
iv.                 Berpuasa pada waktunya

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dari lubang yang terbuka dengan sengaja, misalnya makan, minum, masuk benda ke dalam telinga,dubur,kubul  atau ke dalam hidung hingga melewati pangkal hidung, menghisap rokok dan sebaganya.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Wanita yang dalam haid, nipas dan wiladah
  • Melahirkan anak
  • Gila walau sebentar
  • Mabuk atau pengsan
  • Murtad iaitu orang yang keluar dari Agama Islam
  • Makan dan minum dengan sengaja.
  
PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN DALAM BULAN PUASA

1.      Menyegerakan berbuka puasa, berbuka dengan kurma atau buah yang manis-manis
2.      Melambatkan makan sahur
3.      Segera berbuka sesudah terbenam matahari (mengikut yang ditetapkan oleh pihak berkuasa).
4.      Mengerjakan solat tarawih setiap malam berserta witirnya
5.      Memperbanyakkan doa dan berzikir
6.      Mendahulukan berbuka dari solat Maghrib
7.      Meninggalkan perkataan yang kotor
8.      Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an
9.      I’tikaf dalam masjid
10.  Memperbanyakkan sedekah
11.  Menjamu orang berbuka, atau menghantar juadah untuk berbuka puasa ke masjid atau ke surau.
12.  Ketika berbuka puasa bacalah doa ini:

ا للةم لك صمت ؤبك ا منت ؤ على ر ز قك ا فطر ت بر حمتك  يا ارحم ا لر ا حمين                       

          Ertinya:
         Ya Allah untuk Engkaulah puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas   
         adanya reseki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Allah 
         yang maha pengasih.

PERKARA MAKRUH PUASA
1.        Berkumur-kumur yang keterlaluan
2.        Merasa makanan dengan lidah kecuali jika ada keperluan
3.        Berbekam kecuali ada hajat

HIKMAH PUASA
  1. Puasa itu menimbulkan perasaan ingin tolong –menolong dan ramah tamah terhadap                      fakir miskin,anak yatim dan orang – orang yang melarat hidupnya serta menginsafi akan kesusahan mereka yang menderita kelaparan.
  2. Melatih diri bersifat sabar, kuat dan tahan menghadapi penderitaan dan kesusahan.
  3. Puasa melatih diri bersifat amanah dan jujur.
  4. Melatih diri supaya hidup berdisiplin.
  5. Sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada Allah kerana telah menurunkan nikmat dan pemberiannya.
  6. Memperteguhkan iman kepada allah kerana beriman kepada Allah yang menyebabkan kita sanggup menahan diri dari segala godaan nafsu syahwat pada siang hari.
  7. Memelihara kesihatan badan.8
  8. Mensucikan jiwa atau membersihkan rohaniah dari sifat yang keji.
  9. Mendidik manusia berkualiti tinggi.
  10. Menghilangkan penyakit batin seperti takbur, mementingkan diri sendiri, bersifat kasar , suka marah, dan sebagainya.
  11. Dari segi kesihatan ia menguatkan maidah kerana mengosongkan perut itu bererti menyucikannya, kerana telah berbulan-bulan menerima makanan yang beranika, maka dengan ini akan menjadikan badan berkekalan sihat dan kuat.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan