Isnin, Jun 22, 2009

selsema yang menjelma

assalamualaikum......... sihat ke? jangan tak sihat dan jangan terlebih makan ubat. nanti dapat musibat yang dashyat-dashyat. almaklum sekarang dunia sedang dilanda h1n1 yang belum ada ubat yang dapat menyekat dari melarat ke seluruh muka alam ini kecuali dengan izin Allah jua. tapi macam mana Allah nak sekat dan bukan tak boleh disekat, ini semua silap dan salah manusia juga yang lupa pada amaran dan peringatan dari Allah. Allah sengaja datangkan h1n1 ini untuk manusia supaya manusia insaf dan sedar betapa begitu banyak kemungkaran yang telah dilakukan sehingga perkara maksiat yang dilakukan oleh manusia mengatasi kecemerlangan program maksiat yang dianjurkan oleh haiwan dan binatang. eh! ye ke haiwan dan binatang pun anjur program maksiat? betul, kalau tak percaya cuba tanya pada dia orang tu, mesti betul punya.

akhir zaman, itulah kalimah yang biasa digunakan untuk mengaitkan setiap apa yang berlaku sekarang ini di kala ini. semuanya telah jadi terbalik dan dibalikkan, seperti putaran roda apa yang berlaku dulu-dulu kini berulang kembali, tapi yang hairan manusia tetap tidak pernah nak ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku. itulah nasib alam, mengalami kehancuran dan kemusnahan sedikit demi sedikit akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia yang tidak tahu untuk menjaga akhlak dan adab dalam kehidupan yang sementara ini.

namun usahlah saling menuding antara satu sama lain, saling tuduh menuduh seperti lagu bangau oh bangau yang tidak ada kesudahannya. sewajarnyalah setiap individu mengkoreksi dan bermuhasabah diri sendiri dan mencari di mana salah dan silap, apakah ketelanjuran yang telah dilakukan, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau memang berniat nak tunjuk kehebatan yang tak seberapa, yang dipinjamkan sementara oleh Allah. jadilah insan yang cerdik bukan yang suka mencekik, yang pandai bukan yang pandir, yang berakal bukan yang sakai, yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan, yang boleh mengalah apabila kalah, yang menghargai dan mensyukuri kemenangan apabila beroleh kemenangan yang sering membuat seseorang akan mendabik dada, gah merasa diri gagah walhal diri sedang diuji oleh Ilahi.

sekarang, apabila selsema menjelma, banyaklah yang kecoh, yang panik dan yang tak tahu pun dah tahu apa itu h1n1. satu sekolah dah ditutup lepas ini apa pula yang bakal ditutup agaknya. jika dikehendaki Allah, bermula dari satu dan bermula dari perhubungan, komunikasi dan kontak pembawa vurus, tidak mustahil satu kuala lumpur akan ditutup dan dikuarantin. WOW! kl ditutup dan dikuarantin, macam tak percaya je. kenapa? tak percaya ke? tak percaya pada kuasa Allah? oleh kerana tidak percaya dan mungkin kurang percaya pada kuasa Allah lah yang menyebabkan manusia sekarang makin hanyut dan terus enak dibuai oleh bisikan iblis dan syaitan laknatullah. na'uzubillah min zalik...

kalau kl ditutup... kalau kl dikuarantin... lu pikirlah sendiri!!!!!!!!!

4 ulasan:

  1. dah terang dan nyata babi itu haram! tapi masih lagi nak dipelihara, apa kejadah nyer!

    BalasPadam
  2. salam...... manusia bukan tak belajar dan bukan tak tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu demi kepentingan tembolok sendiri.... bila agaknya mereka nak insaf

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. fadh,
    tak kisah, peliharalah sebab ia pun makhluk Allah, tapi manusia janganlah pulak nak ambil kesempatan, nak cari keuntungan, sedangkan benda baik pun boleh jadi buruk, jika salah guna. inikan pulok benda haram.

    dandon,
    mereka hanya insaf apabila mereka sendiri yang menerima akibatnya. begitulah manusia, kalau tidak tak dinamakan manusia.

    BalasPadam