PROPOSAL LATIHAN ILMIAH
EBP 4293
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN KUALA LUMPUR
NAMA :
NO MATRIK :
PROGRAM: PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN KUALA LUMPUR
1.0 Latar
belakang dan permasalahan kajian
Perkembangan
kurikulum yang semakin kompleks,menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat
diproses dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .Senario ini turut dialami dan
meliputi di dalam bidang Pendidikan
Islam juga.Permasalahan kurangnya
penggunaan ICT dikalangan Guru
Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,membuatkan
Penyelidik merasakan satu keperluan untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam
.Penyelidik ingin melihat skop skop yang
boleh diberi penambah baikan di dalam penggunaan ICT di kalangan guru
Pendidikan Islam.Penyelidik turut ingin melihat bagaimanan keberkesanan ICT di
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat meningkatkan prestasi
murid sejajar keperluan sebagai modal insan pada masa akan datang.
2.0 Matlamat Kajian
i.Mengenalpasti tahap penggunaan
ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
ii.Mengukur hubungan di antara
penggunaan ICT dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
iii.Menjelaskan limitasi yang
dialami oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berbantukan ICT.
iv.Menilai semula penambahbaikan
yang boleh digunapakai agar penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam
dapat diperhebatkan dan dipertingkatkan.
3.0 Objektif
Kajian
Berdasarkan
rekod penggunaan Makmal Cyber 1 ,Makmal Cyber At Sky,Makmal j Qaf didapati
penggunaan untuk sessi pengajaran dan
pembelajaran oleh Guru Pendidikan Islam hanya 45 % sahaja.Peratusan penggunaan
ini agak kecil dan memberikan satu konklusi bahawa penggunaan ICT di dalam
pengajaran dan pembelajaran tidak digunakan secara optimum oleh guru Pendidikan
Islam .
Penyelidik turut
menemubual beberapa orang guru Pendidikan Islam ,mereka merasakan lebih selesa
pengajaran dan pembelajaran di jalankan di dalam kelas secara tradisional berbanding
dengan penggunaan ICT di dalam
makmal.Oleh itu ,penyelidik merasakan satu kajian yang terperinci diperlukan
agar permasalahan ini dapat dilihat
secara lebih mendalam dan jelas.
Objektif kajian ini ialah :
i.Mengenal pasti tahap minat murid di
dalam Pendidikan Islam.
ii.Mengenalpasti hubungan
keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam.
iii.Menjelaskan faktor faktor yang
menjadi kengkangan oleh guru pendidikan Islam di dalam penggunaan ICT semasa
sessi pengajaran dan pembelajaran.
iv.Menganalisis penambah baikan yang
perlu dilaksanakan untuk penggunaan ICT secara optimum.
3.1
Persoalan Kajian
i. Bagaimanakah
penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan
prestasi murid?
ii. Bagaimanakah
kesediaan guru dan murid untuk menjadikan pembelajaran berbantukan ICT satu
budaya ?
iii. Apakah
faktor-faktor kengkangan dari sudut penggunaan ICT di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam?
iv. Apakah
penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan penggunaan ICT yang maksimum
di kalangan guru Pendidikan Islam?
4.0 Definisi Operasi Kajian
Keberkesanan :
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994 :ms663),keberkesanan boleh membawa maksud
sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh
sesudahnya.Secara amnya keberkesanan dalam kajian ini adalah kesan daripada penggunaan
ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
ICT :
Willems,Stakenbirg&Veugelers
( 2000) ICT ( Information and Communication Technology ) meliputi semua
teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio,televisyen,telefon
mudah alih,komputer dan internet. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh
dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian,peralihan dan
perubahan.Dalam fasa penggantian ,guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk
sessi pengajaran dan pembelajarantanpa mengubah kaedahpengajaran,manakala fasa
peralihan melibatkan guru menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan
seterusnya membawa kepada kaedah
pengajaran yang baru.Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Holmes (1999), memberikan pandangan
bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan
mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi
untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang
penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi
pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi
ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk
memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti
digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada
aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada
kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Lechner& Boli (2000)pada zaman
digital dan globalisasi ini,perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan
belajar.Perkembangan terkini menyaksikan Teknolog Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) menjadi alat pemangkin
utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru.
Pengajaran
Pengajaran adalah merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan
penggunaan berbagai bagai bentuk dan jenis kemahiran .Ianya juga melibatkan
perhubungan antara guru dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (
Omardin : 1997)
Pembelajaran
Menurut Baharuddin (2001),pembelajaran adalah perubahan tingkah
laku yang berlaku yang kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan
persekitaran.Secara umumnya pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedah
kaedah tertentu sehingga orang memperoleh pengetahuan ,pemahaman dan cara
tingkahlaku yang sesuai dengan keperluan.
5.0 Limitasi Kajian
Kajian
ini dijalankan berfokuskan kepada tahap keberkesanan penggunaan ICT ketika
amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam
sahaja.Ianya melibatkan guru Pendidikan Islam
dan murid Islam SK.Desa Pandan sahaja.
Fokus kajian ini akan melihat
secara umum minat murid terhadap
matapelajaran Pendidikan Islam.dan tahap penggunaan ICT di kalangan Guru
Pendidikan Islam di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fokus kedua kajian ini akan
meninjau dan menganalisis secara khusus penambah baikan yang perlu diberi
penekanan agar penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam dapat dipertingkatkan.
6.0 Kerangka Konseptual
Kerangka
konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar.Ianya ditunjukkan di
dalam bentuk gambarajah .Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor faktor
yang menyumbang kepada keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
|
6.1 Kerangka Teori
Teori Pembelajaran Sosial Bandura : Albert
Bandura, Richard Walters (1925-1959)
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi
penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui
peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara
memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga
sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan
menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh
orang lain (observational opportunity). Bandura
dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3 hingga 6 tahun
untuk menjalankan kajian mereka pada tahun 1963, dan berjaya membuktikan bahawa
kanak-kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih
agresif. Beliau merumuskan bahawa
pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model
dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan
oleh orang lain. Dalam konteks kajian ini mengaitkan teori dengan pertalian antara
persekitaran pembelaran yang berbantukan ICT akan dapat dibudayakan dan diserap
oleh pelajar.Pembudayaan yang baik akan diterima pakai oleh murid murid.
Teori Kognitif Robert Gagne
Tokoh
Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu
teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses
pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan
dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang.
Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat.
Dalam
konteks kajian ini,pengkaji ingin melihat secara jelas ,hubungan penggunaan ICT
di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta keberkesanannya
terhadap murid,dimana rangsangan luaran yang diterima akan mempercepatkan lagi
sistem pembelajaran.
7.0 Metodologi kajian
Metodologi
penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methods yang bererti cara atau jalan.
Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk
memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Manakala penyelidikan
bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu
pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau
spontan.
Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kuantitatif. Kajian deskriptif
adalah untuk menilai tahap minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam
melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi
menganalisis kengkangan yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam serta hubungan
di antara keberkesanan penggunaan ICT dengan Pendidikan Islam. Responden
kajian ini terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan juga 40 orang murid
Islam. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal
selidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik
akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka
oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi
membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.
7.1 Metod Penganalisaan
Data
Data Soal
Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 20.0. Antara
ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi
melihat hubungan antara penggunaan ICT dengan tahap kebersanan kefahaman
pelajar.
7.1.1 Reka
Bentuk Kajian
Penyelidikan
ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.
7.1. LokasiKajian
Lokasi penyelidikan ialah di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur.
7.1.3 SampelKajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah. Ianya melibatkan sebahagian murid Islam tahap dua.
.
7.1.4 PenganalisisanData
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS)
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS)
Dalam bab ini
dijelaskan serba sedikit berkenaan kajian-kajian dan penulisan terdahulu
tentang keberkesan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran daripada
secara umum. Kajian literatur ini amat
penting kepada pengkaji kerana ia dapat membantu memberikan idea-idea baru
sebelum perbincangan yang lebih mendalam diteruskan. Di samping itu juga, bab
ini akan menyingkap pelbagai pendapat daripada beberapa penulis dan tokoh berkenaan
amalan integrasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid
sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Seseorang yang ingin
menjalankan kajian perlulah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk
memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Selain itu, tinjauan literatur juga memberi
dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan yang belum
dijawab,alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan untuk meneroka ilmu
baru.Selain itu juga, tinjauan literatur akan memberi pengetahuan kepada
pengkaji tentang kaedah kajian yang lebih sesuai dijalankan dan juga masalah
yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Antara sumber literatur yang boleh
dirujuk oleh pengkaji sebelum menulis kajian ialah Jurnal Pendidikan dari
universiti tempatan dan luar negara, tesis, laporan akademik, buku pendidikan,
ensiklopedia pendidikan, prosiding seminar pendidikan, laporan penyelidikan
EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia dan sumber internet.
Menurut Aerisuli Awang & Hasbullah Mat Daud
(2013) dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan penguasaan pendidikan
Islam dengan menggunakan ICT berbanding pengajaran secara konvensional.
Beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan
pengajaran pendidikan Islam turut dinyatakan.
Dinyati,L.(2011) dapatan hasil kajian
menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah
tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan
ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan
minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi
tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.
Sharifah Nor,P,& Kamarul Zaman
A.S(2011) dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk
melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya
hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden.
Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif
yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian
daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan
pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah.
Robiah Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007)hasil
dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian
pelajar yang diajar mengikut pendekatan konstruktivisme melalui pembudayaan
ICT. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik
dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya
berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem
pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan
diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan
berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme
agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan
dan berpanjangan.
Andin, C. (2006) dapatan kajian menunjukkan murid yang
didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor
ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara
signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi
kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan
secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan
murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada
kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding
murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi
kesan positif kepada murid.
Atan, N., & Andrew, B. (2010). Hasil daripada analisis data, didapati
kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran mereka
dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring
dengan peningkatan kemahiran generik mereka.
Shau, K. H. (2008) dapatan kajian ini menunjukkan
keberkesanan penggunaan ICT di bilik darjah adalah sederhana dan kurang
mendapat sambutan daripada guru-guru di sekolah untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT ini juga tidak dapat meningkatkan
daya kreativiti pelajar. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai
ICT yang sederhana, sikap atau minat guru terhadap penggunaan ICT yang sederhana
dan kemudahan peralatan ICT yang kurang lengkap disediakan di bilik darjah.
Menurut Aluyah
binti Suhai (2011) hasil kajian menunjukkan
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran
amat dipengaruhi oleh faktor pengetahuan
(min=2.20)dan kemahiran di kalangn guru guru tentang ICT serta penyediaan
peralatan yang lengkapdi sekolah ( min =2.20).Dapatan kajian dari murid pula
menunjukkan pengetahuan sedia ada murid sangat penting bagi memastikan
pelaksanaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranAl Quran.
Menurut Abdul
Aziz bin Abdul Ghani (2009)penggunaan ICT telah membantu meningkatkan daya
ingatan murid dalam tajuk Aqidah – Allah S.W.T bersifat Al Qudrat.
Mohd
Rodzi Husin( 2010) Dapatan menunjukkan
perspektif murid terhadap Teknologi Maklumat berda pada tahap tinggi.Dalam
ujian post didapati statistinya meningkat berbanding dengan kelas yang diajar
dengan menggunakan kaedah tradisional.Ini member makna bahawa murid murid
sangat bersedia untuk menerima perubahan daripada pengajaran tradisional kepada
pengajaran yang menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang
lebih menarik.
Kanazuwati bt Mohd Damin( 2012)Dapatan
hasil kajian ialah 94% responden menunjukkan perspektif
positif terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ,agar dapat
menarik minat mereka terhadap pembelajaran Tilawah Al Quran.Sebahagian pelajar
yang kurang berminat adalah dalam kalangan murid yang tercicir.Beberapa
cadangan penyelesaian dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan
agar dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan dalam bidang Tilawah Al
Quran.
Aminudin bin Mansor( 2010 ) mendapati dari hasil kajian menunjukkan
bahawa sikap,tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada
pada tahap positif dan tinggi apabila pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Syariah Islamiyyah ,menggunakan ICT.Hal ini demikian ,penggunaan ICT seperti power point,video,internet dan
multimedia menggalakkan pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika
belajar dan lebih menyeronokkan mereka. Dapatan analisa
menunjukkan bahawa purata min bagi sikap ,tahap motivasi dan tahap pencapaian
akademik ialah masing masing 3.837,3.416 dan 3.429.Kajian ini membuktikan kepentingan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar masa kini.Ianya bukan
sahaja perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PPSMI ,malah turut
penting bagi matapelajaran lain.
9.0Rangka/Cadangan
Laporan
CADANGAN JADUAL
PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH ISMP-SR-PPG*
Minggu
|
Tarikh
|
Perkara
|
Tindakan
|
Catatan
|
PRA-
LI-ISMP-SR
|
09.06.2014
|
Taklimat LI-ISMP-SR
|
AJK LI-ISMP-SR
|
Penyediaan Tajuk Latihan Ilmiah
|
06.08.2014
|
Bengkel Latihan Ilmiah
(Pemilihan tajuk & Penulisan Proposal)
|
Pelajar
|
||
27.08.2014
|
Penghantaran proposal Latihan Ilmiah kepada penyelia (5-10 m.s.)
|
Pelajar
|
||
1-2
|
08.09.2014 – 19.09.2014
|
Penulisan draf Bab 1 (Pengenalan) & Bab 2 (Kajian Literatur)
|
Pelajar
|
|
2
|
20.09.2014
|
Seminar Latihan Ilmiah 1
(Penyeliaan Bab 1 & Bab 2)
|
Penyelia & Pelajar
|
Tandatangan buku log
|
3 – 5
|
22.09.2014 – 10.10.2014
|
Penulisan draf Bab 2 (Kajian Literatur) & Bab 3 (Metodologi)
|
Pelajar
|
|
6 – 8
|
13.10.2014 – 31.10.2014
|
Kutipan data
|
Pelajar
|
|
8
|
01.11.2014
|
Seminar Latihan Ilmiah 2
(Penyeliaan Bab 3 & Hasil Kutipan Data)
|
Penyelia & Pelajar
|
Tandatangan buku log
|
9 – 11
|
03.11.2014 –
21.11.2014
|
Analisa data
|
Penyelia
|
|
12 – 14
|
24.11.2014 – 12.12.2014
|
Penulisan draf Bab 4
(Keputusan & Perbincangan)
|
Pelajar
|
|
14
|
13.12.2014
|
Seminar Latihan Ilmiah 3
(Penyeliaan Bab 4)
|
Penyelia & Pelajar
|
Tandatangan buku log
|
15 – 16
|
15.12.2014 – 26.12.2014
|
Penulisan draf Draf Bab 5 (Penutup)
|
Pelajar
|
|
17
|
29.12.2014 – 02.01.2015
|
Pemurnian draf laporan Latihan Ilmiah
|
||
18 - 19
|
05.01.2015 – 16.01.2015
|
Semakan draf laporan Latihan Ilmiah
Pembetulan draf laporan Latihan Ilmiah
|
Pelajar
|
|
20
|
19.01.2015 – 23.01.2015
|
Penulisan akhir laporan Latihan Ilmiah
|
Pelajar
|
|
-
|
26.01.2015-30.01.2015
|
Tarikh akhir penyerahan laporan Latihan Ilmiah “hard cover
binding”
a) 3 salinan (wajib)
1. FPBU
2. Perpustakaan
3. Penyelia
b) 1 CD laporan lengkap LI-ISMP-SR
format PDF
|
Pelajar
|
Perlu tandatangan penyelia
|
9.1 CARTA GANTT PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH ISMP-SR-PPG*
BIL
|
6/8
|
7-12/8
|
13/8
|
14/8
|
23/8
|
8-18/9
|
20/9
|
22/9
|
24/11
|
15/12
|
26/1
|
1.Bengkel
Latihan Ilmiah
|
|||||||||||
2.Pemilihan
tajuk kajian ilmiah
|
|||||||||||
3.Menentukan
dan menetapkan tajuk dihantar kepada penyelia
|
|||||||||||
4.Menyediakan
proposal
|
|||||||||||
5.Menghantar
proposal
|
|||||||||||
6.Penulisan
draf Bab 1 dan Bab 2
|
|||||||||||
7.Perjumpaan
dengan penyelia
|
|||||||||||
8.Penulisan
draf bab 2 dan 3
|
|||||||||||
9.Penulisan
draf bab 4
|
|||||||||||
10.Penulisan
draf Bab 5
|
|||||||||||
11.Tarikh
akhir serahan kajian ilmiah
|
10.Rujukan
Kamus Dewan Edisi
Ketiga.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz bin
Abdul Ghani.(2009).Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam.OUM
Aerisuli
Awang, & Hasbullah Mat Daud. (2013). Kajian Tinjauan Terhadap Pelaksanaan
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Prasekolah. In International
Conference on Early Childhood Education (pp. 1–15).
Aluyah
binti Suhai.(2011).Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Al Quran di SK Abang Haji Matahir Sarikei.OUM.
Aminudin
bin Mansor.(2010).Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam Pendidikan
Syariyyah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.UKM
Andin,
C. (2006). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia, Vol. 2,
31–42.
Atan,
N., & Andrew, B. (2010). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran:
sejauh mana ia meningkatkan kemahiran generik guru pelatih Universiti Teknologi
Malaysia. … Meningkatkan Kemahiran Generik Guru Pelatih ….
Retrieved from http://eprints.utm.my/11648/
Baharuddin Aris,Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin
(2001).Rekabentuk Perisian Multimedia.Muapakat Jaya Percitakan Sdn.Bhd.
Dinyati, L. (2011). Persepsi guru-guru Pendidikan Islam
terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah
kebangsaan di daerah Kluang. UNSPECIFIED. Retrieved
from http://eprints.utm.my/11802/
Fadzilah
bt Hasan.(2012).Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pendidikan Islam meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi murid Tahun 4.OUM
Hafiza
Saad.(2009)Keberkesanan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi ke atas
peningkatan prestasi pelajar Tahun 5 dalam topik Tilawah Al Quran.OUM
Hashman
bin Abdarahim.(2010).Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pendidikan Islam
meningkatkan penguasaan bertayammum bagi murid Tahun 5.OUM
Holmes, W. 1999. The transforming Power of Information Technology.
Community College Journal,
70(2): m.s. 10-15
Kanuzawati
bt Mohd Damin .(2012).Keberkesanan aplikasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah Al Quran ,murid Tahun 4 SK.Oh Jerteh Besut Terengganu.OUM
Leghner,F.J.& Boli,J .2000,The globalization reader,Oxford:
Blackwell Publisher
Mohd
Rodzi bin Husin.(2009).Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah Al Quran terhadap murid Tahun 5. OUM.
Muhammad
Zaim bin Adam.(2010).Keberkesanan penggunaan internet:Enjin carian www.yahoo.com.my/google.com.my bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk sirah (hijrah Rasulullah S.A.W ke
Madinah) Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.OUM
Omardin Ashari.(1997).Prinsip Pengajaran Mikro,Kuala Lumpur: Dewan
dan Pustaka
Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating
Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.
Robiah
Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan
cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32,
139–152. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/197/
Sharifah
Nor, P., & Kamarul Azman, A. S. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36, 25–34.
Shau, K. H. (2008). Keberkesanan
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru. 2008.
Retrieved from http://ojs.cakna.net/index.php/spp/article/view/459/457
Willems,G.M.,Stakenborg,J.H.J
&Veugelers W.(2000), Trends in Dutch teachereducation.Netherland:
Garant.Retrieved 1 July 2009,from http://books.goggle.com/books?id=U9UUBs0dnDYC&pg=PA66&dq=ICT+in=teacher+
education
http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan