Jumaat, Ogos 05, 2011

Salah Guna Masjid.


Di bawah ini adalah antara beberapa perkara salah guna masjid yang tidak sepatutnya berlaku:-

1- Tempat berborak mengalahkan kedai kopi.

2- Tempat tidur macam kat hotel.

3- Tempat mengumpat dan hina menghina.

4- Tempat bercerita perkara-perkara yang lagho.

5- Tempat mencuri kasut dan duit tabung masjid.

6- Tempat kosong yang tak ada orang bersolat di dalamnya.


Mungkin ada lagi fungsi masjid yang disalahgunakan seperti tempat berebut jawatan, berebut nak jadi pengerusi, setiausaha dan juga bendahari. Jawatan ajk masing-masing tak mahu sebab peranannya kecil saja. Tapi kalau dapat jadi bendahari masjidlah yang paling bertuah badan. Apa tidaknya, boleh kontrol keluar masuk duit, sedangkan jawatan itu adalah amanah dari Allah bukan sekadar dilantik dengan undi mengangkat tangan.

Tapi oleh kerana ajk yang tidak aktif jugalah yang menyebabkan perkara yang disebutkan di atas tadi berlaku dan terus berlaku. Tiada usaha untuk mengimarahkan atau memakmurkan masjid mau pun surau dengan program yang boleh memberi faedah kepada penduduk setempat. Masing-masing asyik mengharapkan orang lain yang memulakan dulu, tapi bila nak dilaksanakan lagilah teruk. Mulalah masing-masing tak sanggup, akhirnya jadilah tolak menolak untuk ke hadapan bagi menjayakan sesuatu program.

Bila agaknya perkara sebegini dapat diatasi dan masjid meriah pada setiap masa dengan program kemasyarakatan berbentuk keagamaan, malah suasana persekitaran masjid juga ceria dan berseri dengan prasarana dan lanskap yang menarik. Ini sedikit sebanyak akan membawa ke arah kebaikan kerana akan menjadi satu daya tarikan untuk orang ramai hadir solat berjamaah. Jangan hanya pada hari Jumaat sahaja atau pun pada hari raya idilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Sekian, bersamalah kita berazam untuk mengimarahkan masjid atau pun surau bukan hanya di bulan ramadan sahaja, tetapi di sepanjang kehidupan yang masih berbaki ini. Wassalam.

1 ulasan:

  1. Mohon maaf. Tumpang singgah untuk menyampaikan berita. Harap tidak mengganggu.

    Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

    Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

    Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, sila baca butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini di:

    http://diskopi.wordpress.com

    Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini di dalam format jpeg file dan meletakkannya di blog, website atau facebook anda.

    Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda baik yang di online mahu pun offline!

    Terima kaseh.

    BalasPadam