1.0 PENGENALAN
Antara permainan yang
terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah
diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1928. Terdapat banyak perubahan
yang berlaku di dalam sukan hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun
dahulu. Antara perubahan yang berlaku
termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain lagi.
1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI
Seperti yang telah
dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di dalam sukan hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada
asalnya menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi
di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick).
Contoh seterusnya ialah
penggunaan bola gabus yang telah ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih
dan seterusnya ditukarkan kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada peralatan permainan, padang
juga mengalami proses perubahan seiring dengan peredaran zaman. Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter
panjang dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter
panjang dan 55 meter lebar.
Selain daripada padang,
pintu gol turut menerima tempias yang serupa.
Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua tiang
gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain itu, di kawasan gol juga tidak
mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890,
batang mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan
(striking circle).
1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA
Negara-negara seperti Wales,
Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan terperinci
hoki yang telah dirangka pada tahun 1886.
Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan
sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua.
Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan Olimpik namun
terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada badan induk dunia yang
mengawal permainan ini.
Hal ini menyebabkan pemimpin
hoki Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang berminat
dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan
antarabangsa bagi permainan hoki.
Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak menghadirkan
diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India juga menyertai badan ini dan merupakan
negara bukan putih pertama yang menyertainya.
Kini, hoki telah berkembang
ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112 buah negara yang menganggotai
Persekutuan Hoki Antarabangsa. Persatuan
ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk memajukan sukan
ini. Antara penganjuran mereka ialah
Piala Dunia, Piala Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.
1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948, sebuah
badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan
telah ditubuhkan bersama-sama Singapura.
Namun, pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan.
Kini, pertubuhan sukan ini
lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada
semua negeri sebagai ahli. Secara
ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan
Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu pertandingan
peringkat antarabangsa pertama Malaysia.
Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia
juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan
untuk memberi bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian.
Setelah hampir 61 tahun hoki
diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan
antara 15 pasukan terbaik dunia. Selain
itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat
antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia
Remaja.
2.0 PERALATAN SUKAN
Setiap permainan mempunyai
peralatannya tersendiri. Begitu juga
dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan
berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang
telibat.
2.1 PADANG
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i)
Berbentuk segi empat bujur.
ii)
Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii)
Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan
lebar dikenali sebagai garisan belakang.
Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk
lampiran (a).
2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i)
Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan
garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii)
Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis
bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii)
Dikenali sebagai kawasan D.
iv)
Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala
garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang
gol kiri atau kanan.
2.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga
hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu
tidak mempunyai matlamat untuk dicapai.
Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol
masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol
hoki adalah seperti berikut:
i)
Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
ii)
Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan
sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah
3.66 meter.
iii)
Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv)
Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat
bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
v)
Semua tiang gol dicat putih.
2.4 JARING
Jaring merupakan pasangan
bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh
kepada tiang tengah dan tiang mendatar.
Jaring mempunyai ‘mesh’
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.5 TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru
padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan
ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter.
Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada
bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.
2.6 BOLA
Ciri-ciri bola:
i)
Keras, pejal atau kosong
ii)
Permukaan licin
iii)
Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua
belah pihak)
iv)
Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
v)
Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)
2.7 KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i)
Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.
ii)
Pada bahagian back
stick tidak dibenarkan untuk memukul bola.
Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii)
Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk
‘J’ atau ‘U’.
iv)
Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam
dan merbahaya di tepi-tepi kayu.
v)
Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang
berdiameter 51 mm boleh melepasinya.
vi)
Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun
kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak
melebihi 737 g.
2.8 KASUT
i)
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis
kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut
yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak
dibenarkan sama sekali. Kasut yang
mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan.
Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan
sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
2.9 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga
keselamatan dengan baik. Hal ini
bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai
oleh penjaga gol adalah seperti:
i)
Ped kaki
-
Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
-
Dipasang bersama kickers.
-
Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan
tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers
diatas pergelangan kaki.
-
Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk
suatu permainan.
ii)
Sarung tangan
-
Diperbuat daripada kulit dan plastik
-
Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada
penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam.
-
Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang
kayu hoki dengan kukuh.
-
Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355
mm panjang.
iii)
Alat-alat lain
-
pelindung dada
-
ped-ped bahu
-
penutup muka
-
pelindung mulut
-
seluar berped
-
pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)
2.10 PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian
popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki
Antarabangsa. Banyak pic-pic sintetik
diisi dengan pasir dan menyebabkan
kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.
3.0 CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
Setiap guru pelatih perlu mengetahui
cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan
keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini.
3.1 PERATURAN ASAS
Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya
yang tersendiri. Demikianlah juga sukan
hoki. Antara peraturan-peraturan asas
yang perlu dititikberatkan ialah:
i)
Komposisi pasukan
-
Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
-
Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
-
Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang
dalam suatu masa.
-
Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan
sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.
-
Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah
seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan
pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.
ii)
Mengganti pemain
-
Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain
berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.
-
Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa
kecuali pada sudut penalti yang diambil.
-
Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya
terdapat pemain yang dihukum keluar.
-
Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti
tanpa memasuki padang.
-
Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi
permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya
ingin menggantikan penjaga gol.
-
Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran
garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.
iii)
Ketua pasukan
-
Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan
atau kapten dalam kalangan mereka.
-
Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau
dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.
-
Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan
memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.
iv)
Pakaian dan peralatan pemain
-
Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam
berlainan dengan pasukan lawan.
-
Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli
pasukan sendiri dan pasukan lawan.
-
Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol
kecuali apabila menghadapi penalty stroke.
-
Lain-lain, rujuk 2.0.
v)
Perlawanan dan keputusannya
- Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa,
dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
-
Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat
persetujuan kedua-dua pihak.
-
Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai
pemenang.
- Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau
menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi)
Permulaan permainan
- Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu
memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.
-
Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
-
Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
-
Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan
perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.
-
Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol
membuat hantaran tengah.
-
Ciri-ciri hantaran tengah:
- dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke
mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.
- apabila pengadil
menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan,
permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan
gerakan yang tidak dibenarkan
-
Bermain bola dengan back
stick
-
Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
-
Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau
mengangkat tinggi kayu hoki.
-
Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian
lawan.
-
Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali
untuk menjaringkan gol.
-
Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
-
Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan
yang sedang menerima bola tinggi. Namun
pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan
dikawal di atas padang.
-
Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka
menahan gol.
- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak
melakukan pukulan sudut atau penalti.
-
Membuang masa dengan sengaja.
-
Menghalang pemain.
- Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan
mana-mana bahagian badan.
-
Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
-
Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola
pemain atau pengadil.
-
Penjaga gol baring di atas bola.
-
Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
- Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan,
kaki atau mana-mana bahagian badan.
4.0 KEMAHIRAN ASAS
Hoki memerlukan kepantasan,
kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan
permainan ini seronok dan mencabar. Bagi
memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran
asas dahulu. Pada tajuk ini, guru
pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek,
memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1 MENGGELECEK
Menggelecek merupakan
kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan
baik. Terdapat tiga cara untuk
menggelecek iaitu:
CARA
MENGGELECEK
|
BUTIRAN
MENGGELECEK
|
menggelecek longgar
|
-
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan
belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
-
Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
dibengkokkan.
-
Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
-
Bola hoki harus berada disebelah kanan dan
di hadapan kaki kanan.
-
Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah
|
menggelecek rapat
|
-
Pegangan seperti menggelecek longgar.
-
Badan juga seperti menggelecek longgar
-
Mata sentiasa memandang ke arah bola dan
sekilas kepada pemain yang akan bergerak
sambil mengkaji situasi padang.
-
Bola harus berada ke kanan dan dihadapan
kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.
|
menggelecek Indian
|
-
Pemain menukar pegangan dengan membiarkan
kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil
meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.
-
Bola berada di hadapan pemain dan bergerak
dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
-
Mata seperti menggelecek rapat.
-
Badan mengikut pergerakan bola.
-
Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola
dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
|
Bagi peringkat pelajar
sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk
diajar. Hal ini kerana kemahiran ini
lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
- Pelajar perlu untuk menggelecek
bola mengikut garisan lurus.
Gunakan hanya satu biji bola.
- Aktiviti dimulakan dengan
membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
- Dua kumpulan ini dipisahkan dengan
jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
- Pelajar kumpulan A dikehendaki
melalui garisan sambil menggelecek bola.
Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
- Pelajar mesti berupaya untuk
mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola
tersebut.
A --------------10 meter-------------- B
- Teruskan latihan dengan menambah
jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
- Tingkatkan kemahiran
pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
- Pelajar dikehendaki berbaris satu
garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
- Pelajar pertama akan menggelecek
bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke
arah kumpulan pelajar.
- Pelajar tersebut perlu mengawal
bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut.
- Pelajar kedua mengulang semula
perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar
terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
4.2 MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan
kemahiran yang penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran
asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul
ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan
oleh pemain.
MEKANIK
MEMUKUL
|
BUTIRAN
MENGAJAR
|
Pegangan
|
-
Letakkankepala kayu hoki di atas tanah
-
Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan
digenggam secara longgar
-
Tangan kanan diletakkan di bawah tangan
kiri.
-
Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’
apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu
hoki.
|
Cara berdiri
|
-
Bahu kiri menghadap sasaran atau arah
pukulan.
-
Kedudukan badan seimbang.
-
Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu.
-
Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu
manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° - 40°.
|
Bola
|
-
Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan
berjarak selesa.
|
Ayunan
|
-
Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan
belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.
-
Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang,
pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai
hadapan sambil bola dipukul.
-
Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan
kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju.
|
Badan
|
-
Pada masa bola dipukul, berat badan berada
pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak.
-
Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di
atas jari kaki.
|
Kuasa untuk memukul bola
|
-
Momentum badan dan pemindahan berat badan
perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi.
-
Selain daripada momentum dan pemindahan
berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke
bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi
faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki.
|
Bagi memantapkan kemahiran
memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
- Berdiri satu langkah di belakang
bola. Pelajar mengambil satu
langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.
- Ulang semula seperti (1), tetapi
dalam keadaan berlari.
- Menolak bola, kemudian berlari dan
seterusnya memukul bola kepada pasangan.
- Berdiri dengan bola tiga langkah di
hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu
mengejarnya. Pukul bola ke dalam
gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
- Memukul bola yang bergerak dari
kanan.
a)
Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan
A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.
A D
b)
Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A
menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam
gol.
c)
Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari
arah kiri. Namun, pastikan pelajar mahir
dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah
ketika membuat latihan seperti di (c).
- Pelajar memukul bola satu demi satu
sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.
4.3 MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini
selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan
dan berpusing. Cara memegang kayu hoki
bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan,
pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola
hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.
Kedudukan bola berada
di hadapan kaki hadapan. Berat badan
bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum
dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat
supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran
bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh
bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran
ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi
memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama
yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah
bawah bola. Seterusnya, kayu hoki
menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’ kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
- Satu garisan 60 cm dari lantai ke
dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di atas garisan pada dinding
tersebut.
- Berdiri dengan kaki rapat, kemudian
melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di
hadapan.
- Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah
bola dan lakukan kuitan.
- Seperti di (3), tetapi melakukan
larian ke arah bola tersebut.
- Gelecek bola lebih kurang dalam 3 –
5 langkah lalu menguit bola.
Peringatan. Berhenti
sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan,
pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak
untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.
5.0 PENUTUP
Sukan hoki merupakan sukan
yang menyeronokkan. Namun, untuk
memperoleh keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih
dahulu selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya
sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai
perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani. Pemain hoki juga perlulah menjaga kesihatan
diri mereka dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai dengan diet harian seorang
pemain hoki dan melakukan latihan kecergasan supaya dapat mengekalkan
kecergasan diri. Kepentingan melakukan
aktiviti memanaskan badan juga penting supaya badan kita benar-benar bersedia
untuk melakukan latihan hoki. Oleh yang
demikian, setiap pemain atau pelajar perlu memastikan diri mereka telah
melakukan aktiviti memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang
digunakan dalam sukan hoki.
7.0 BIBLIOGRAFI
1) Sumber
rujukan utama:
Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan
pertama, 2006).
Siri Sukan Popular: Hoki.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)
2) Sumber
rujukan kedua:
Taverner; Claire Mitchell.
(cetakan pertama, 2005).
Field
Hockey: Techniques & Tactics. (2005).
.Human Kinetics
3) Sumber
rujukan ketiga:
Hawkins;
Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006).
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4) Sumber
rujukan keempat:
Internet. Diakses pada 29
Jun 2009.
5) Sumber
rujukan kelima:
Internet. Diakses pada 29
Jun 2009.
6) Sumber rujukan keenam:
Internet. diakses pada 3 Julai – 15 Julai
2009.
http://apps.citcat.com/en/translate