"Cepatlah," gesa Tariq lagi. "Nanti Muhammad pergi dari situ!"
Mendengar pujian ke atas dirinya, Syihab tersenyum bangga. "Baiklah, biar aku bunuh si Muhammad sekarang juga. Akan ku bawa pulang kepalanya yang sudah hancur nanti...," kata Syihab. Dia pun meluru keluar dan berlari ke arah Kaabah.
Dengan berhati-hati, Syihab memanjat dinding Kaabah dan mencari kedudukan yang sesuai. Ketika itu Rasulullah sedang bersandar di dinding Kaabah. Baginda tidak menyedari kehadiran Syihab kerana sedang berehat.
"Rasakan kau...! kata Syihab sambil menghumbankan batu besar di tangannya ke bawah. Dia menghumbankan batu itu dengan sekuat-kuat hatinya.
Tapi alangkah anehnya! Batu itu tidak jatuh. Ia terapung-apung di udara. Apabila Rasulullah bangun meninggalkan tempat itu, barulah batu itu jatuh ke tanah. Batu itu kemudian bergolek mengelilingi Kaabah. Akhirnya batu itu berhenti di tempat ia mula bergolek tadi.
Gementar tubuh Syihab melihat peristiwa yang sungguh ajaib itu. Benarlah Muhammad ini bukan sebarangan orang. Batu pun tidak sanggup untuk membunuhnya," kata hatinya.
Syihab turun lalu mengejar Rasulullah s.a.w. "Muhammad a-Amin....," katanya dengan agak gementar. Syihab menceritakan kepada baginda tentang apa yang telah berlaku.
Rasulullah tetap menunjukkan wajah yang manis. Baginda tidak sedikit pun berasa marah kepada Syihab. Apa yang telah berlaku merupakan kuasa Allah. Baginda menasihatkan Syihab agar mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah.
Akhirnya Syihab memeluk agama Islam.
Ahad, April 25, 2010
Khamis, April 22, 2010
TAZKIRAH 2.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani.
Assalamualaikum.
Wanita yang ideal untuk dijadikan isteri ialah wanita yang mempunyai akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Cara untuk mengenal pasti wanita seperti ini tidak lain dari melihat tingkah laku dan pembawaannya setiap hari. Kemuliaan akhlak seseorang akan dapat dikesan melalui caranya bermuamalah serta membawa diri.
Akhlak yang mulia jauh penting bagi seorang wanita berbanding kecantikan rupa paras, kerana akhlak akan kekal walaupun usianya sudah lanjut, sedangkan kecantikan akan lenyap apabila tubuhnya sudah dimamah usia.
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Harta yang paling baik ialah lidah yang bersyukur, hati yang bersyukur , dan isteri yang solehah, kerana ia dapat membantu seseorang untuk (menguatkan) keimanannya."
-Riwayat Tirmizi.
Wanita yang kuat agamanya sudah tentu mempunyai akhlak yang baik tetapi bukanlah wanita yang menjadikan agama sekadar simbol dan keyakinan sahaja, malah maksudnya adalah wanita yang iltizamnya mengikuti ajaran-ajaran Islam sebagaimana yang diwajibkan kepada setiap wanita muslimah dalam kehidupan hariannya.
Dengan kata lain, wanita tersebut hendaklah mempunyai akhlak Islami, memelihara kesucian dirinya lahir dan batin. Sesungguhnya, ada kewajipan-kewajipan tertentu buat kaum wanita dalam hal ini,yang mesti mereka tunaikan dengan cara yang baik, mengikut syariat dan aturan yang ditetapkan oleh Islam.
Wassalam.

Jumaat, April 16, 2010
Muhasabah diri... buat aku dan semua- 1.
Memelihara Solat Lima Waktu.
Saiyidina Usman r.a. telah berkata:
Sesiapa yang memelihara solat lima waktu terus menerus tepat pada waktunya, maka Allah SWT menganugerahi kepadanya sebanyak sembilan kemuliaan, iaitu:
1- Allah cinta kepadanya.
2- Tubuhnya menjadi sihat.
3- Ia dijaga oleh para malaikat.
4- Turun keberkatan ke dalam rumahnya.
5- Terdapat tanda orang-orang soleh di wajahnya.
6- Alah akan melembutkan hatinya.
7- Meniti titian sirat sepantas kilat.
8- Allah menyelamatkannya dari api neraka.
9- Allah menempatkannya di sisi para waliNya yang tidak pernah merasa takut dan sedih.
* macam mana kita boleh tahu sembilan kemuliaan itu?
*Tak payahlah kita bersusah payah memikirkan kemuliaan itu, itu semua kerja Allah (hak Allah), bukan kerja kita. Kerja kita ialah memperbaiki solat kita supaya ia menjadi sempurna dan diterima-Nya. Amin

Khamis, April 15, 2010
Tak tahu ... tolong bagi tahu.
Assalamualaikum...
aku cuba mengagak siapakah pengunjung yang ke seribu. tapi tak pasti yang mana satu. sebenornya bukan tak pasti tapi tak tahu nak kaji macam mana. malam tadi tak bukak blog, jadi tak dapatlah nak di'detect' sape kah yang bertuah itu.
Kala ada sesiapa yang memang terer merer boleh lah tolong tunjuk caranya.
Sekian terimakasih.

Rabu, April 14, 2010
Siapa dia???
Siapa agaknya pengunjung blog ini yang ke seribu? Kalau blog orang lain tentu dah beratus ribu, tapi untuk blog pinggiran seperti blog aku ini, tak kesah sangat berapa yang berkunjung dan menjengok. Tapi nak jugak tahu siapa yang ke seribu. Nak bagi hadiah, tok lah gamoknya sebab tokey blog pun selalu miss bayor berokband. Apa-apa pun terimakasihlah kepada semua dan diri aku sekali kerana sudi datang berkunjung. Bak kata pepatah: Kala ada sumur di ladang, boleh lah nompang gosok gigi, kala ada umur yang tak berapa panjang, boleh lah berblog lagi.
Sekian terima kasih.
Sekian terima kasih.
Rabu, April 07, 2010
Berbagai aktiviti dan peristiwa -1.
Tiga bulan pertama persekolahan hingga bulan April semua sekolah sibuk dan aktif dengan berbagai aktiviti dan program. Sama ada di peringkat Zon atau pun Daerah, masing-masing menjayakannya dengan sebaik mungkin. Meski dikhabarkan pada awal tahun tentang pengurangan bajet untuk Kementerian Pelajaran, namun dengan berhemah dan jimat cermat beberapa program di peringkat Zon Mendi telah berjaya dilangsungkan.
Bermula dengan Majlis Tadarus al-Quran yang diadakan di SK Tembangau Satu pada 23.03.2010.

Kemudian pada 25.03.2010 di padang SK Tembangau Satu pulak:

EFIL FO YAW EHT.
Setelah aku amati dengan teliti baru aku dapat membacanya. Satu dakyah untuk menyesatkan orang ramai.
Setelah aku amati dengan teliti baru aku dapat membacanya. Satu dakyah untuk menyesatkan orang ramai.
Sabtu, April 03, 2010
Tanda orang takwa.
Kematian pasti menjelma. Hanya waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba diamati punca orang nazak yang ajal mereka hampir tetapi tidak dapat berkata dengan lidahnya kelu, hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Manusia harus takut jika tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' kerana sesiapa yang dapat mengucap kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah menjanjikan syurga untuk mereka.
Selain itu, harus diperingatkan wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali ra:
"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Jujur berkata-kata.
2- Menjauhi segala yang haram.
3- Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Merahsiakan ibadahnya.
2- Merahsiakan sedekahnya.
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Takut berlaku dusta dan keji.
2- Menjauhi kejahatan.
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda-tandanya:
1- Mengawal dirinya.
2- Menghisab dirinya.
3- Membanyakkan ibadah kepada Allah.
*Sumber Harian Metro - 19 Ogos 2007.

Muhasabah diri... buat aku dan semua.
20- Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.
21- Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan kamu) hari akhirat ( yang kekal abadi kehidupannya).
21- Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan kamu) hari akhirat ( yang kekal abadi kehidupannya).
Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.
Surah al-Qiamah ayat 20-21.
Langgan:
Catatan (Atom)