2.1
Pengenalan
Tinjauan literatur
dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam aspek pengurusan
bilik darjah yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah banyak kajian yang dijalankan oleh
pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang menyambung pelajaran di bawah
Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa.
2.3 Konsep Bilik Darjah
Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka
di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah?
Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru
mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik
darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di
mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid
atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan.
Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:
(a)
Mengajar murid-murid di sekolah
atau di institusi pendidikan,
atau
(b)
Menyediakan bahan pelajaran atau
menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia
boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang
teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland
(1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh’ dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan
dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid
dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.
2.4 Konsep Pengurusan Bilik
Darjah
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran
dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama
berlaku gangguan daripada timgkah laku murid.
Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang
paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi
guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik
darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).
Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru
kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat
dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan
seperti “pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum,
mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk
memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan
masalah.” (Lemlech, 1988).
Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut
Anderson (1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam
aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu
tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang
efisen.
2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah
Di dalam mengurus bilik
darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya
bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia
perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam
bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap
pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang
masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.
a)
Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid
yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya
sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu
siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan
memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
b)
Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh
satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah
mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang
tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk
menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan
perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik
darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru.
Kecekapan
guru dalam mengurus penggunaan rutin
di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti
menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan
menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip
yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks,
Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala
aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses
pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan
dengan lebih berkesan.
c)
Bagi menjamin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta
kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan
dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini,
guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian,
lembaran kerja atau pun projek.
d)
Malah guru juga berperanan sebagai
pegawai perhubungan awam semasa di
dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang
datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan
ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang
pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
e)
Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan
pembelajaran yang telah mereka
jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi
supaya hasilnya benar-
benar menepati objektif yang telah ditetapkan.
2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah
2.5.1 Merancang
Seseorang guru perlu
merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran
guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis
bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan
suasana pengajaran dan pembelajaran.
Selain perancangan
pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik
agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang tenteram.
Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti
menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru
boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan.
Sebagai kesimpulan,
bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau
kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang
dibuat oleh seseorang guru.
2.5.2 Mengurus
Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang
cekap.Ini penting bagi mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang
tenteram adalah selesa untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan
memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan dan mengedar serta
mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.
Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja
dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada
penglihatan murid-murid yang lain hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk
murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru dengan
murid serta antara murid dengan murid.
Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah
murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha
untuk menggerakkan muridnya supaya
mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap
lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya.
Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri
di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu
pengajaran-pembelajaran.
2.5.3 Mengelola
Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang
juga pentingnya. Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di
dalam bilik darjah:
1-
Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran.
2-
Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan
murid-murid.
3-
Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan
mencukupi.
4-
Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian
dalam perbincangan seperti sesi buzz dan
sumbangsaran.
5-
Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
6-
Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk
mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.
Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan
suasana bagi menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
2.5.4 Mengarah
Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari
dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai
seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang
dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada
muridmurid yang diajarnya.
Field
(2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut
beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah
juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai
personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah
organisasi kecil yang dipimpinnya.
2.5.5 Mengawal
Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru
turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau
objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya
dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang
hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah
benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna.
Pembelajaran
yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya
mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi
pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif
pembelajaran.
Guru
juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan,
mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh
itu, guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar
sesuatu matlamat tercapai.
2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting
dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu
cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah,
mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar
di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru
yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta
mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.
Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik
darjah. Antaranya yang akan dibincangkan ialah:
2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku
Mengikut
kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan) mengubah
sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru
mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif.
Pengurusan
bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah
laku positif.

2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model ini menekankan hubungan
yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru menerangkan kehendak dan
peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap
tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan
kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah.
Matlamat utama model
ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah supaya
dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk
pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu
bertindak menjadi guru asertif.
Terdapat beberapa
prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:
•
Guru perlu memberi peneguhan
terhadap tindakan pelajar dengan wajar.
•
guru harus merangka sistem dendaan dan
ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.
Pandangan Canter adalah
untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru perlulah bersifat
tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di
dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk
jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah
yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.
2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
Model ini menekankan kepentingan
guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenalpasti
punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing untuk memahami
peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk mendapatkan
kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara
keseluruhannya, murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam
pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.
Tingkah laku
bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan
Cara komunikasi guru
yang berkesan untuk menangani salah laku
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi
2.6.4 Terapi Realiti Glasser
Model Terapi Realiti
ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950-an. Beliau
telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan
dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk ‘Reality Theraphy: A New Approach to
Psychiatry” yang memperkatakan tentang terapi realiti.
Asas utama kepada
model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan
pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah
tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan
atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan
persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di
sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
a) kasih sayang –
b) mempunyai kuasa dan kawalan
c) kebebasan
d) keseronokan
Model
terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat
perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid.
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku.
- bertindak sebagai pembimbing murid.
Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kurikulum
yang berkualiti
• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.
Kualiti pengajaran
• persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan
• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.
Kualiti pengajaran
• persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan
seharian murid
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan
2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970)
Model pengurusan kelompok kounin
bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap
aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi yang
proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik
yang baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan
ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru
lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.
Model
ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan
teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk
mencegah masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan
kelas yang baik bergantung pada
pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ‘ripple effect’. Ripple
effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar
yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang
efektif adalah guru yang menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik
darjah.
Teori Kounin :
2.6.5.1 Kesedaran dan kepekaan (Withitness)
q Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik
darjah.
q guru bertanggunjawab
memerhatikan sikap pelajar dalam kelas.
q guru mesti mengetahui perkara
asas berkenaan murid.
( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan)
q Guru perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan).
2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping)
q Menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindihan).
q Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa.
Contoh: Mariam, teruskan dengan
pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian dan
jangan bercakap.
2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness)
q Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member
pendapat berkenaan dengan pengajaran.
q Guru dapat menilai tahap
pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan.
q Guru sebagai fasilitator semasa
kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika diperlukan.
2.6.5.4 Momentum
q Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di
akhir pengajaran dengan berkesan.
q Mengambil kira aspek minat,
kebolehan dan perkembangan pelajar.
q Menerangkan konsep terlebih
dahulu supaya pelajar faham.
2.6.5.5 Kepekaan Kelompok/Kumpulan
•
Perhatian
kumpulan(Group alerting) :
•
Pelajar
lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan.
•
Menggalakkan
akauntabiliti(Encouraging accountability)
:
•
Memberitahu
pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai.
•
Format
penyertaan tinggi(High participation
format)
•
Mentakrifkan
tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.
2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan
tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara
rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan
murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam memanipulasi saiz dan
ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik
untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah
merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam
pelajaran.
Namun terdapat beberapa
masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan bilik darjah.
Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu masalah
disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu terdapat
beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik darjah
iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan
persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak
dijangka.
Berikut pecahan atau huraian tentang
masalah disiplin yang bersifat disruptif seperti
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur
didalam kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak
membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak,
berlari, menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori
kesalahan disiplin ialah masalah masalah
kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku
panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut panjang.
Selain dari disiplin, soal tingkah
laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan halangan dalam pengurusan
bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan,
2004) apa jua tingkah laku yang
mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi
mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan
seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif,
apati (tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar
bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan
dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah
marah dan agrasif. Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan
nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau geng.
Masalah gangguan atau
halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin
disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar
pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap
sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap
subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan
aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak
suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa
menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah
komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan
pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami
bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya.
Pembelajaran dan
pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat
masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas.
Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media,
interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia
hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut
untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik
perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan
pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut
sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana
bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses
interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Masalah lain yang
dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa.
Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak
berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau
sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan
mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran
dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan
pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah
di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik
apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai
tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap
kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua
karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau
tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang
mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu
rakan dan bergerak ke sana sini.
sumber:
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar
Samuel)
2.8 Kesimpulan
Pengurusan
bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran
akan berlaku dengan lancar sekiranya
bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku
yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa
pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang
maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang
bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat
pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan
membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan
cemerlang.
Kepimpinan
bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian
matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang
ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah
dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
Timbul
satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan
di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan
yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu
guru untuk membuat kajian lanjut.
RUJUKAN
Banathy, B. H.
(1991). Systems design of education:
Ajourney to create the future.Englewood.
Ahmad Zabidi Abdul
Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 -
19 3, Ciri Iklim Sekolah
Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan 2005, Universiti
Malaya.
Chew Fong Peng &
Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam
Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia.
Dr. Ragbir Kaur
Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Mohd Hasani Dali
& Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan
Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.