Isnin, Jun 21, 2010

perkhemahan bersepadu sk kemayan 2010.




Setelah semua peserta mendaftarkan diri di meja urusetia, mereka kemudian berbaris mengikut unit masing-masing dan telah diberi taklimat ringkas oleh aku dan beberapa orang guru.


Jika semua murid tahun 4,5, dan 6 mengikuti program ini bilangan peserta ialah seramai 149 orang. Tetapi ada yang telah menarik diri dengan berbagai alasan termasuklah mereka yang ada penyakit yang agak berat seperti lelah, jantung atau penyakit saja tak mahu ikut.


Murid perempuan pun tak mahu ketinggalan dalam perkhemahan ini. Masing-masing ingin mencari dan menimba pengalaman baru. Bertambah pengalaman bermakna bertambahlah pengetahuan seseorang itu. Pengalaman dan pengetahuan bukan hanya diperolehi dalam kelas sahaja, tetapi ia merangkumi proses yang melibatkan aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti perkhemahan ini.

Panas ke? ala, sikit je tu. tunggulah besok lagi panasnya. Sabar lah sikit!!


Oooh! pasukan PBSM rupanya. tu, cikgu penasihatnya yang berbaju biru tu.


Selesai taklimat, maka bermulalah pula sesi mendirikan khemah. Oleh kerana tidak ada orang lain, maka cikgu shahriman telah mengendalikan aktiviti untuk membimbing dan menunjuk ajar para peserta bagaimana nak mendirikan khemah.

Semua peserta terlibat dalam slot ini termasuk peserta perempuan, walaupun mereka akan bermalam di dalam kelas sahaja kerana kekurangan khemah. Bukan main gembira lagi beberapa orang ahli puteri islam setelah siap mendirikan khemah.

Sebahagian dari ahli pengakap berehat selepas mendirikan khemah.


Apa agaknya yang dibincangkan oleh mereka ini? operasi menangkap hantu ke?

Ahli pengakap perempuan pun turut sama gembira dan tersipu-sipu apabila bergambar di hadapan khemah.


Hai! PBSM, tak siap lagi ke? karang lambat makan!


Selepas solat isyak, slot yang pertama ialah 'Penghayatan Malam'. Ia disampaikan oleh 'ayahanda' Kamaruzaman bin Rashid, bekas penolong pengurus felda bukit mendi. Slot yang berbentuk motivasi ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada peserta perkhemahan untuk menyedari tujuan dan matlamat serta erti sebuah kehidupan di pentas dunia.


Suasana hening dan bening, yang kedengaran hanyalah suara penceramah yang memecah sunyi malam. para peserta tunduk menghayati setiap butir patah perkataan yang terlontar keluar dari mulut penceramah.


Di kala ini mulalah kedengaran suara esakan yang makin meninggi dan menjadi tangisan yang tertahan-tahan. Tak tahu sama ada ia benar-benar tangisan keinsafan atau sekadar tangisan yang sementara cuma. Dibimbangi berakhir ceramah, maka berakhirlah kesedaran dan keinsafan di hati muda yang masih mentah itu.

Peserta lelaki pun sama turut teresak-esak yang kadang-kadang kedengaran seperti dibuat-buat, sehingga dijerkah oleh penceramah dengan katanya: jangan kamu menjadi kurang ajar kalau kamu tidak mampu untuk memahami apa yang disampaikan.


Suara yang lantang dan keras menyebabkan semua terdiam dan terpaku mendengar kata-kata nasihat dan semangat semoga anak bangsa menjadi warga yang berguna.


Setelah hampir satu jam setengah 'ayahanda' Kamaruzaman beraksi dan mencuri perhatian para peserta, maka slot ini pun menuju ke penghujungnya.


Seperti biasa apabila usai majlis, para peserta berebut untuk bersalaman dan mengucapkan terimakasih kepada tuan penceramah di atas kata-kata nasihat dan dorongan yang telah disampaikan.


Seperti artis pula lagaknya apabila dikerumuni oleh anak-anak yang ikhlas ingin mengucapkan jutaan terimakasih.


Lapar nampak! beginilah keadaan ketika makan malam. Cukup berselera menikmati hidangan makan malam meski pun dalam gelap dan hanya di kaki lima bangunan sekolah sahaja.


Peserta perempuan pun sama turut menikmati makan malam dalam suasana malam yang samar-samar. hati-hati jangan tertelan tulang ayam sudah!


Kedudukan atau susun atur khemah yang tak teratur di lihat dari bilik aku. pada mulanya aku bercadang nak buat lot atau petak untuk setiap unit beruniform, tapi kesuntukan masa beginilah keadaan rupanya.


Lagi gambar yang menunjukkan keadaan khemah para peserta perkhemahan bersepadu pada tahun ini. untuk tahun hadapan mungkin lebih kemaskini lagi kedudukannya. InsyaAllah.
Pada hari sabtu selepas bersarapan, aktiviti pertama ialah latihan kawad kaki. oleh kerana aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap rabu selepas waktu persekolahan, maka ramailah yang tak tahu bagaimana nak berkawad, malah peserta dari tahun enam pun tak tahu asas-asas kawad kaki.


Untuk slot ini aku telah menjemput seorang anggota bomba dari balai bomba triang untuk memberi tunjuk ajar dan menghakimi pertandingan kawad kaki selepas pendedahan yang diberikan. memang agak sukar untuk melatih murid yang tak pernah berkawad, kesihan aku tengok bomba tersebut, terpaksalah aku bantu setakat yang aku mampu. tapi, biasalah aku lebih memberi tumpuan kepada pasukan tkrs!


Ini pulak pasukan bulan sabit merah sedang dilatih dan diberi tunjuk ajar cara-cara nak berkawad.


Pasukan Puteri Islam pun turut sama mengambil bahagian dan tak mahu kalah, walaupun inilah pertama kali mereka berkawad tapi itu semua tak melemahkan semangat mereka.
Seperti biasa inilah pemandangan yang akan kelihatan apabila diadakan apa-apa program perkhemahan, maka akan adalah bendera-bendera tak rasmi berkibaran ditiup angin.


Sebahagian lagi bendera tak rasmi, sama ada menambahkan seri atau mencacatkan pemandangan terpulanglah kepada penilaian sendiri.


Sekarang tibalah masa untuk menilai atau menghakimi kebolehan melakukan kawad asas walau baru sejam lebih kurang belajar. pasukan pengakap terlebih dahulu dinilai kerana ia yang pertama mula belajar.

Nampak gaya boleh tahan jugak pasukan ini melakukannya.

tkrs selaku pasukan kedua, jugak tak kurang hebatnya. dengan suara ketua platun yang mantap dan bersemangat mungkin ada harapan untuk menang tempat pertama.

tapi tak semua yang diajar dapat dipraktikkan dan dilakukan dengan baik oleh semua ahli pasukan.

akibatnya pasukan tkrs hanya berjaya meraih tempat kedua sahaja, apabila arahan keluar baris diberikan, sebahagian ke kiri dan sebahagian lagi ke kanan. jika tidak berlaku kesilapan ini tentu pasukan pengakap tidak berpeluang untuk menjadi johan kawad kaki 2010.


pasukan puteri islam dengan bilangan ahli yang tak ramai hanya menduduki tempat ketiga sahaja.
Kawad kaki ni nampak saja senang, tapi nak mendengar dan mengikut arahan ketua tu yang susah.


Silap dengar dan silap langkah malu besarlah jawabnya.
Pasukan Bulan Sabit Merah sama juga seperti pasukan Puteri Islam, langsung tiada asas kawad kaki tapi atas dasar ingin mencuba dan menambah pengetahuan/pengalaman turut memberikan yang terbaik walau sekadar mendapat tempat keempat.
Apa nak dihairankan kalah menang adat bertanding, belum cuba belum tahu.


Suasana di malam terakhir. Malam kebudayaan, di mana semua pasukan akan mempersembahkan sama ada lakunan, tarian atau nyanyian secara berkumpulan.

Masing-masing berdebar untuk melihat persembahan dari rakan mereka sendiri.


Persembahan pertama dari pasukan pengakap. tapi aku dah lupa apa dia punya cerita.

Seterusnya diikuti oleh puteri islam dengan persembahan yang bertajuk dikir puteri.

Seperti konsert pulak pada malam itu kerana turut dihadiri oleh ibubapa dan keluarga pelajar.

Seterusnya persembahan oleh ahli-ahli pbsm iaitu satu sketsa di hospital bahagia atau sakit mental yang telah membuatkan para hadirin gelak sekuat hati. agaknya lah tu. hahaha!!!
Persembahan terakhir ialah dari pasukan tkrs yang berhubungkait dengan kebersihan alam sekitar.

Bahagian penutup persembahan tkrs.

Persembahan yang penuh dengan mesej ini telah berjaya mendapat tempat pertama,
johanlah tu!

Para hakim atau juri pada malam itu sedang tekun mengira markah untuk mencari persembahan yang betul-betul mantap dan layak menjadi pemenang.

Sebahagian lagi ibubapa yang hadir pada malam tersebut, mereka seakan macam tak puas dengan masa persembahan yang begitu singkat. Tapi dia orang kena ingat ini bukan konsert tapi malam di mana peserta perkhemahan menunjukkan bakat masing-masing.

Turut hadir pada malam itu ialah penjaga dari kaum India - emak kepada thinisrao dan herina anak kepada ramunaidu.

Barulah boleh tersenyum dan ketawa sebab markah dah siap dikira dan telah ada keputusannya.


para peserta perkhemahan sekali lagi berkumpul di dewan sekolah untuk majlis penutupan.


Mak, oi! banyaknya hamper, bolehlah mintak satu nak bawak balik rumah.

Fuuh!! bukan main serius lagi kem komandan dan anak buahnya mencari pemenang keseluruhan atau johan keseluruhan sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Kalau ada yang komplen lagi lepas ni tak tahulah!


Apa ni, lambat sangat perasmi sampai kome dah lenguh dah duduk. Aik! duduk pun lenguh, nak kena bebudak ni.

Sementara menunggu perasmi tiba, kita tengok dulu apa-apa yang dibawak balik oleh para peserta perkhemahan kali ini.

Aiseh! sekali pandang macam barang pelarian sahaja.
Tapi, walau apa pun balik tetap balik, jangan ada yang tertinggal barang sudah!

Nanti, puas pulak nak mencari tuannya. Kalau ada yang mengaku tak pe, yang payahnya masing-masing pakat cakap tak tahu.!

Ada lagi, ingat dah habis dah kena angkut dek alam flora!


Hah! tu pun dia perasminya, yb fadil, adun kemayan tengah memberi ucapannya sambil memberi kata nasihat dan semangat kepada para peserta perkhemahan.

Dalam banyak-banyak penyampaian hadiah, ini saja yang sempat aku ambil. tak ingat dah sama ada johan persembahan atau johan gadget.

Masing-masing dah dapat hadiah yang patut mereka dapat, tunggu apa lagi jom lah bergambar pulak.

Tompang lalu! tepi sikit guru besar nak lalu tu nak bergambar dengan awak semua.

Cepatlah sikit, kome dah lapor dah ni!

Inilah dia gambar para peserta perkhemahan bersama yb fadil, gb ustaz ishak dan ketua rela yang turut hadir meramaikan orang ramai.

Pasukan pengakap telah muncul sebagai johan keseluruhan, tkrs kedua dan puteri islam ketiga.

Pasukan bulan sabit merah keempat. kome tak kesah, dapat jugak hadiah, sikit sebab kome tak ramai. Cuba ramai mesti dapat banyak punya!!



* entri ini telah tertangguh berpuluh kali, kalau tak percaya tengok tarikhnya diatas dan hari ini ialah 12 Ogos 2010. Oleh sebab entri inilah maka aku berkata: selagi tak siap, aku takkan buat entri untuk danau kalbu ku. Maka banyaklah cerita aku yang nak di'danau'kan berlalu begitu sahaja. sekian terimakasih.