Sabtu, April 03, 2010

Tanda orang takwa.

Kematian pasti menjelma. Hanya waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba diamati punca orang nazak yang ajal mereka hampir tetapi tidak dapat berkata dengan lidahnya kelu, hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Manusia harus takut jika tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' kerana sesiapa yang dapat mengucap kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah menjanjikan syurga untuk mereka.

Selain itu, harus diperingatkan wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali ra:
"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Jujur berkata-kata.
2- Menjauhi segala yang haram.
3- Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Merahsiakan ibadahnya.
2- Merahsiakan sedekahnya.
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Takut berlaku dusta dan keji.
2- Menjauhi kejahatan.
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Mengawal dirinya.
2- Menghisab dirinya.
3- Membanyakkan ibadah kepada Allah.


*Sumber Harian Metro - 19 Ogos 2007.

Muhasabah diri... buat aku dan semua.

20- Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.

21- Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan kamu) hari akhirat ( yang kekal abadi kehidupannya).

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Surah al-Qiamah ayat 20-21.