ERTI PUASA
Puasa itu ialah menahan diri dari
melakukan segala yang membatalkannya, dimulai sejak dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari disertai dengan nia, keikhlasan dan dengan syarat-syarat
tertentu.
HUKUM PUASA
Hukum Puasa terbahagi tiga:
- Puasa Fardzu – iaitu puasa bulan Ramadan dan Puasa Nazar
- Puasa Sunat – Puasa hari Isnin & Khamis, Puasa hari Asyura iaitu 10 Muharam, Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji., Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
- Puasa Haram – puasa pada Hari Raya puasa ( 1 Syawal), Hari Raya Haji, Hari Tasyriq iaitu 11,12 & 13 Zulhijjah, Hari Syak.
PUASA BULAN RAMADHAN
Puasa bulan Ramadhan , ialah puasa
yang diwajibkan Allah kepada seluruh umat Islam yang telah baligh dan
berakal. Salah satu daripada rukun Islam
yang lima .
RUKUN PUASA
- Berniat hendak mengerjakan pada besok hari
نؤىت صؤ م غد ا ن ا د ا ء فرض شهر ر مضا ن هز ه ا لسنة للة تعا
تى
- Menahan diri dari makan, minum, mengadakan hubungan suami isteri pada siang hari, serta menjauh segala perkara-perkara yang membatalkan puasa.
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
i.
Islam
ii.
Baligh
iii.
Berakal
iv.
Suci dari haidh dan nifas
SYARAT
SAH PUASA
i. Islam
ii.
suci dari haidh dan nifas
iii.
mumayis
iv.
Berpuasa pada waktunya
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dari lubang yang terbuka dengan sengaja, misalnya makan, minum, masuk benda ke dalam telinga,dubur,kubul atau ke dalam hidung hingga melewati pangkal hidung, menghisap rokok dan sebaganya.
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau mengeluarkan air mani dengan sengaja
- Wanita yang dalam haid, nipas dan wiladah
- Melahirkan anak
- Gila walau sebentar
- Mabuk atau pengsan
- Murtad iaitu orang yang keluar dari Agama Islam
- Makan dan minum dengan sengaja.
PERKARA-PERKARA
YANG SUNAT DILAKUKAN DALAM BULAN PUASA
1.
Menyegerakan berbuka puasa, berbuka dengan kurma atau
buah yang manis-manis
2.
Melambatkan makan sahur
3.
Segera berbuka sesudah terbenam matahari (mengikut yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa).
4.
Mengerjakan solat tarawih setiap malam berserta
witirnya
5.
Memperbanyakkan doa dan berzikir
6.
Mendahulukan berbuka dari solat Maghrib
7.
Meninggalkan perkataan yang kotor
8.
Memperbanyakkan membaca Al-Qur’an
9.
I’tikaf dalam masjid
10. Memperbanyakkan
sedekah
11. Menjamu
orang berbuka, atau menghantar juadah untuk berbuka puasa ke masjid atau ke
surau.
12. Ketika
berbuka puasa bacalah doa ini:
ا للةم
لك صمت ؤبك ا منت ؤ على ر ز قك ا فطر ت بر حمتك
يا ارحم ا لر ا حمين
Ertinya:
Ya Allah untuk Engkaulah puasaku, dan
dengan Engkaulah aku beriman, dan atas
adanya reseki Engkaulah aku berbuka,
disertai dengan rahmat Engkau wahai Allah
yang maha pengasih.
PERKARA MAKRUH PUASA
1.
Berkumur-kumur yang keterlaluan
2.
Merasa makanan dengan lidah kecuali jika ada keperluan
3.
Berbekam kecuali ada hajat
HIKMAH
PUASA
- Puasa itu menimbulkan perasaan ingin tolong –menolong dan ramah tamah terhadap fakir miskin,anak yatim dan orang – orang yang melarat hidupnya serta menginsafi akan kesusahan mereka yang menderita kelaparan.
- Melatih diri bersifat sabar, kuat dan tahan menghadapi penderitaan dan kesusahan.
- Puasa melatih diri bersifat amanah dan jujur.
- Melatih diri supaya hidup berdisiplin.
- Sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada Allah kerana telah menurunkan nikmat dan pemberiannya.
- Memperteguhkan iman kepada allah kerana beriman kepada Allah yang menyebabkan kita sanggup menahan diri dari segala godaan nafsu syahwat pada siang hari.
- Memelihara kesihatan badan.8
- Mensucikan jiwa atau membersihkan rohaniah dari sifat yang keji.
- Mendidik manusia berkualiti tinggi.
- Menghilangkan penyakit batin seperti takbur, mementingkan diri sendiri, bersifat kasar , suka marah, dan sebagainya.
- Dari segi kesihatan ia menguatkan maidah kerana mengosongkan perut itu bererti menyucikannya, kerana telah berbulan-bulan menerima makanan yang beranika, maka dengan ini akan menjadikan badan berkekalan sihat dan kuat.