Sabtu, Januari 22, 2011

Garis peredaran objek-objek cakerawala.

Allah SWT berfirman: "Tidakkah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya." (Yasin: 40)

Pernahkah kita merasa atau mengalami suatu hari yang tiba-tiba sahaja waktu siang bertukar malam, atau pada waktu malam yang gelap tiba-tiba bertukar siang dengan matahari terik.Sudah tentu tak pernah.
Itulah sebenarnya bukti kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah mengaturkan pergerakan objek-objek di langit dalam susunan atur yang sungguh tepat, sempurna dan tidak berubah-ubah. Kesemua makhluk Allah tetap bergerak di dalam laluan yang telah pun ditetapkan-Nya. Matahari di laluannya, bulan berada di satahnya. Planet-planet bergerak di dalam orbitnya yang jauh dari bumi. Bintang-bintang yang beredar deras mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Itu semua telah ditentukan oleh Allah SWT.