Rabu, Jun 09, 2010

Berbagai aktiviti dan peristiwa - 2.

pada 31 Mac 2010 telah berlangsung kejohanan bolajaring zon mendi yang diadakan di sk kemayan. selaku tuan rumah sk kemayan telah berlatih sebulan lebih awal, apatah lagi untuk mempertahankan gelaran sebagai juara pada tahun 2009. tetapi apakah latihan itu mencukupi untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang juga berhajat besar untuk menjadi juara.


aksi pertama bagi sk kemayan (berbaju jalur biru) ialah menentang sk tembangau tiga. menang. tapi pemain sk kemayan nampak macam takut-takut saja nak rebut bola walau bermain di padang sendiri.

lagi aksi perlawanan pertama.

perlawanan diantara sk bukit puchong menentang sk tembangau satu. satu pertembungan yang sengit!!!
juruletih dan jurujerit yang merangkap pengurus dan guru pengiring menegangkan urat leher masing-masing untuk menyokong pasukan mereka.

kejar dan tangkap bola. hantar/baling pada kawan adalah antara aksi atau gerakan dalam perlawanan bolajaring.

memang menghiburkan perlawanan antara kedua pasukan ini kerama sama-sama kuat. macam perlawanan akhir pulak.

pertarungan kedua bagi sk kemayan. tapi aku dah lupa menentang pasukan mana. maaf, lah ye!!

kelihatan pemain sk kemayan yang keletihan. hanya mampu menduduki tempat ketiga dan bermakna gagal mempertahankan kejuaraan. hai! sedih nampak.

antara pemain sk kemayan yang sedang menerima hadiah dari gpk 1, en. leong chee weng. stail bersalam fesyen baru, bukan cium tangan tapi letak kat dahi!!! aku pun beberapa kali memgalaminya ketika murid-murid bersalaman. tapi bukan semua cuma segelintir sahaja.
kesedihan jelas terpancar di wajah pemain sk tembangau satu. walau mempunyai jurujerit-jurujerit yang bersuara kuat dan lantang, tapi hanya mampu bergelar naib juara saja.

lagi barisan pemain sk tembangau satu yang sedih. usah dikenang barang yang lepas, tahun hadapan cuba lagi.

pasukan sk bukit puchong yang menjadi juara sedang berdebar-debar bersedia untuk menerima hadiah.
ha!!! dah dapat pun medal idaman semua pemain yang bertanding. medal kejuaraan yang berwarna emas. tapi bukan emas tulen atau emas ori cuma emas celup saja!!!
inilah pemain yang terpilih untuk mewakili zon mendi ke kejohanan peringkat daerah. dari sk kemayan cuma seorang saja. tapi tak pergi sebab nak pindah ke terengganu.

pasukan yang menjadi johan bergambar bersama juruletih dan jurujerit mereka sebagai kenang-kenangan.