PENDAHULUAN
Senario masa
kini dapat dilihat bahawa Islam itu sedang dimusuhi oleh sebahagian
umatnya sendiri. Ini dapat dilihat dengn penolakan terhadap hukum-hukum
Allah. Umat Islam zaman
sekarang lebih suka untuk mengikut cara barat berbanding daripada
mengikut panduan dan peraturan yang telah Allah tetapkan.
Umat Islam jenis ini boleh diklafikasikan sebagai golongan munafiq. Persoalannya siapakah golongan munafiq ini? Golongan munafiq ini ialah golongan yang berpura-pura muslim tetapi pada masa yang sama cuba untuk merosakkan Islam itu sendiri.
Firman Allah swt:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah: 120)
Persoalannya apakah punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri?
DIDIKAN BARAT
Salah satunya
adalah kerana didikan budaya barat. Kegagalan sebahagian umat kita untuk
menahan diri daripada digoda dengan budaya barat itu susah. Apabila unsur-unsur barat sudah masuk ke dalam jiwa umat Islam, maka akan berlakulah penolakan pada ayat-ayat Allah.
Pelbagai
falsafah barat yang cuba diterapkan. Ada yang positif dan ada yang
negatif.Akan tetapi bahayanya ialah apabila unsur-unsur negatif itu
lebih banyak berbanding dari yang positif. Barat terkenal
dengan budaya yang bersifat kepuasan diri. Seks bebas, arak, dan
sebagainya menjadi amalan biasa rakyatnya.Dan ia merebak kepada umat
Islam itu sendiri. Syaitan berusaha menggoda kita untuk menjadikan kita golongan yang sesat.
Firman Allah swt:
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Surah al-Aaraf: 175)
KURANGNYA TARBIYAH
Apa yang kita
lihat dengan fenomena ini adalah kerana kurangnya tarbiyah pada umat
Islam.Cuba tanya pada mereka yang memilih budaya barat, bagaimanakah
mereka meletakkan al-quran di dalam kehidupan mereka?
Bilakah kali
terakhir mereka membaca maksud ayat-ayat Allah? Bagaimanakah perasaan
mereka terhadap kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw? Tarbiyah memimpin kita ke jalan yang benar dan membawa kita dalam kehidupan Islam yang sebenar.
Firman Allah swt:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Surah al-Baqarah: 132)
UTAMAKAN DUNIAWI
Selain itu salah
satu puncanya ialah ketaksuban individu tersebut dalam mengejar urusan
duniawi. Kerana mengganggap dengan mengamalkan konsep konvesional akan
meraih harta yang berlipat ganda, maka segala hokum-hakam ditolak
ketepi. Yang penting kepuasan diri. Apabila memiliki
kebendaan menjadi matlamat hidup, maka individu tersebut sudah
semestinya akan memilih jalan yang senang walaupun ia terpaksa menolak
al-quran.
Apabila dunia
itu tidak disandarkan kepada Allah, maka kemusnahan dan kerosakan akan
berlaku.Buktinya apabila nilai-nilai kemanusiaan bertukar menjadi
negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya.
Firman Allah swt:
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Surah al-Baqarah: 86)
Oleh yang demikian apakah penyelesaian yang terbaik?
KEMBALI PADA SYARIAT ISLAM
Dengan situasi
yang kita lihat terhadap sebahagian umat Islam yang menolak al-quran dan
as-sunnah ini, penyelesaiannya ialah dengan cara kembali kepada Islam. Perhatikan di
sudut manakah yang menyebabkan kita sedang menuju ke neraka? Segera
perbaiki jalan kita. Ubah haluan kerana hidup hanya sekali.
Patuhilah segala
hukum-hakam yang telah ditetapkan. Percayalah bahawa tujuan Allah
memberi panduan syariat pada manusia adalah untuk membimbing manusia ke
jalan yang benar.
Firman Allah swt:
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariatdan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Surah al-Baqarah:128)
SENSITIF TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Jadilah individu
muslim yang sensitive terhadap dosa dan pahala.Jangan menjadikan dosa
menjadi punca kita ke neraka sedangkan kita sudah diberi peluang dan
ruang untuk memilih syurga ketika hayat kita.
Muslim yang berhati-hati terhadap nilai dosa dan pahala pasti akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.
Yang jelas
sekiranay dosa yang kita miliki lebih banyak dari pahala ketika ia
ditimbang di akhirat kelak, maka neraka adalah tempat yang terbaik bagi
orang tersebut.
Friman Allah swt:
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Surah al-Baqarah: 95)
AL-QURAN PENYELAMAT MANUSIA
Sangat jelas
bahawa al-quran menjadi panduan buat umat Islam baik masa dahulu mahupun
masa sekarang. Tanpa al-Quran manusia itu akan hilang arah.ibarat
layang-layang yang terputus tali.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah: 2)
PENUTUP
Sebagai pengajaran pada hari ini ialah:
1. Kita ketahui bahawa punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri adalah kerana terlalu menganggungkan budaya barat.
2. Selain
itu kurangnya tarbiyah terhadap jiwa juga menjadi puncanya, dan apabila
individu tersebut tidak mentarbiyahkan jiwanya maka ia akan lena dengan
keasyikan duniawi.
3. Apabila
duniawi menjadi keutamaan hidupnya, kelak hidupnya menjadi tidak
terurus dan akhirnya kehiudpannya berakhir dengan pengakhiran yang tidak
baik.
4. Islam datangkan penyelesaian iaitu dengan cara mematuhi segala syariat Allah.
5. Sentiasa muhasabah diri terhadap segala dosa yang telah kita lakukan secara harian.
6. Sebagai orang Islam letaklah al-Quran ditempatnya iaitu bukan sekadar dilidah, akan tetapi juga dihati.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam.
* dipetik dari http://myibrah.com/jangan-jadi-musuh-agama-sendiri
* sekian... terima kasih...