Jumaat, Julai 25, 2014

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan.

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah

menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada 

pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri

dan berkata:



'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-



tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.



Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail,


kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada 

seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir



zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 


Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu 

mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa 

serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar

juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih

sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu 


mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'



Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka



sebagai imbalan ibadat mereka?'



Lalu Allah berfirman yang bermaksud: 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai 



tempat tinggal...'



Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail


as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan 

sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh

jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia

merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah

pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:



'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau 


sepertiganya, atau seperempatnya? '




Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang


selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan 

yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak 

akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada 


umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'



Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah 



menyembunyikan enam perkara iaitu :



* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.




* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima 


   waktu).



* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.





* semoga catatan kecil ini dapat memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua.

   in sya Allah...