Jumaat, November 20, 2009

sekadar renungan.

Sesiapa yang berpuasa pada hari-hari sepuluh Zulhijjah (1-9 Zulhijjah) , maka Allah akan memuliakannya dengan sepuluh perkara iaitu:

* Berkat umurnya.
* Bertambah hartanya.
* Terpelihara keluarganya.
* Dihapuskan kesalahannya.
* Dilipat gandakan kebaikannya.
* Dimudahkan ketika dalam keadaan sakratul maut.
* Mendapat penerangan di dalam kegelapan kubur.
* Diberatkan timbangan kebaikan.
* Selamat daripada keruntuhannya.
* Meningkat darjatnya.


Menurut sebuah riwayat: "Barang siapa berpuasa pasa hari Arafah, maka Allah menuliskan baginya (pahala) berpuasa selama enam puluh tahun dan dicatat oleh Allah sebagai orang yang khusyuk."

Bagi hari kesepuluh iaitu pada Hari Raya Korban, barang siapa menyembelih satu korban pada hari itu, maka dengan titisan darahnya yang pertama, Allah mengampuni dosanya dan dosa keluarganya.

Barang siapa memberi makan pada hari itu kepada seorang mukmin atau bersedekah dengan satu sedekah, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan aman, sedangkan mizannya(timbangannya) menjadi lebih berat daripada gunung Uhud.

Sekian.

Khamis, November 19, 2009

jenis-jenis salib.

semua orang mengenali tanda salib atau lambang bagi agama kristian. ia seperti huruf 't' kecil. ia biasa terdapat atau diletak pada gereja-gereja di mana-mna sahaja. tapi tahukah kita terdapat banyak lagi jenis-jenis salib yang berada di sekeliling kita. kadang-kadang kita tak tahu dan tak sangka bahawa ia adalah tanda salib atau lambang yang digunakan oleh penganut agama kristian. malah kita tak terfikir pun pada sejadah yang kita hamparkan untuk alas tempat kita sujud semasa menunaikan solat terdapat tanda salib. kerana sikap tak kisah kita semasa membeli sejadah atau apa-apa jenis karpet dan permaidani, asal cantik dan berkenan sahaja terus beli tanpa meneliti dan mengamati akan corak dan grafik yang terdapat pada barangan yang kita beli, yang akan kita gunakan semasa solat menghadap Ilahi atau pun kita bentang diruang tamu sebagai perhiasan bagi menambah seri rumah yang kita miliki.

pengalaman yang dialami sendiri banyak membuat aku berhati-hati ketika menggunakan sejadah untuk bersolat. pernah terjadi suatu masa ketika sedang menunaikan solat sewaktu hendak sujud mata terpandang pada satu tanda salib yang kedudukannya betul-betul ditempat di mana dahi akan diletakkan. serba salah ketika itu, walau pun ia bersaiz kecil tetapi ia tetap salib! kita tidak perasan kerana ia adalah corak yang menghiasi gambar masjid, menara masjid atau apa sahaja yang berkaitan cuba-cubalah amati, pasti kita akan ketemuinya.

kembali kepada topik jenis-jenis salib, terdapat sepuluh (10) jenis salib yang nak dikongsi dengan pembaca. mengetahuinya bererti kita akan berhati-hati dan peka dengan kesempurnaan ibadah kita. bukanlah kita nak mempercayai agama kristian, tidak sama sekali. nauzubillahi min zalik!




keterangan:-

atas dari kiri- salib yunani, salib latin, salib st. antiony, salib st. andrew dan salib beregu.

bawah dari kiri- salib bersimpang, salib malta, salib daun bercabang tiga, salib lorraine, salib
pope.


gambar ini aku ambil dari akhbar arus perdana tapi tak ingat sama ada utusan malaysia atau berita harian sebab sudah terlalu lama. aku terjumpa semula bersama potongan-potongan akhbar yang aku simpan sejak bertahun yang lalu. gambar masih terang tapi tulisannya telah pudar dan kelabu. bagi aku ini sebagai bukti bahawa salib itu banyak jenisnya. sekian harap dimaklumi bersama.

Isnin, November 16, 2009

kata Sheikh as-Subki

Sheikh as-Subki ialah guru kepada ad-Dumairi dan beliau telah berkata:

-ilmu dan amal itu saling bergandingan, kerana huruf kedua-dua perkataan ini
sama, tidak berbeza, cuma satu huruf didahulukan dan yang satu lagi
dikemudiankan.

-tidak seharusnya seseorang itu mengucup tangan orang lain melainkan tangan kedua
ibubapanya kerana kasih, hormat, dan takzim, atau tangan seorang bayi, kerana
kasih sayang dan bermanja.

bahagikan sesama kita secara saksama

Kini ad-Dumairi telah berumur hampir 60 tahun. Suatu malam, cucunya datang menghampirinya lalu berkata,
“Datuk! Ceritakan kepada saya satu hikayat.”
Ad-Dumairi mendudukkan cucunya di atas ribanya dan bercerita seperti berikut:
“Di dalam sebuah hutan, seekor singa, seekor serigala dan seekor musang bersahabat. Suatu hari, mereka terasa lapar lalu keluar memburu bersama-sama. Ketiga-tiganya bekerjasama dan dapat menangkap seekor keldai, seekor rusa dan seekor arnab.”

Singa berkata kepada serigala,“Sahabatku! Bahagikanlah buruan ini sesama kita secara saksama. Siapakah yang akan makan keldai, siapa yang makan rusa dan siapa yang makan arnab.”

Serigala menyalak dengan gembira lantas berkata kepada singa,“Awak paling besar antara kita. Awak juga ketua kita. Keldai ialah buruan kita yang paling besar hari ini. Oleh itu, keldai ini untuk awak makan. Saya pula lebih besar daripada musang, maka rusa ini untuk saya. Musang pula lebih kecil dari saya, oleh itu dia boleh makan arnab ini. Inilah dia keadilan kami di kalangan serigala.”

Singa berasa marah dengan pembahagian yang dibuat oleh serigala kerana daging rusa jauh lebih enak dan lazat dari daripada daging keldai. Kerana itulah serigala memilih rusa untuk dirinya sendiri dalam pembahagian itu. Maka singa menerkam dan menggonggong tengkuk serigala itu hingga putus.

Kemudian singa berkata kepada musang, "Hai musang! Serigala ni bodoh dan tak tahu bagaimana mahu membahagi. Dia tidak berlaku adil kepadaku... dan kepadamu."

Musang yang cerdik itu berkata kepada singa,
"Benar, wahai raja di rimba! Saya akan berlaku adil membahagikan buruan ini."

Maka singa berkata kepada musang,
"Apa? Kita kini tinggal hanya berdua, dan buruan kita ada tiga. Wahai sahabatku, bahagikan secara adil antara kita berdua. Kalau tidak...".

Musang memintas cakap singa,
"Hai raja di rimba! Pembahagiannya jelas. Keldai itu untuk makan tengah harimu, rusa itu untuk makan malammu, manakala arnab itu pula untuk santapan mu antara makan tengah hari dan makan malam."

Singa tertawa lalu berkata kepada musang,
"Sungguh bijak pembahagianmu, wahai sahabatku. Siapakah yang mengajarmu pembahagian yang bijak itu?"

Musang meloncat untuk menjauhkan diri lantas berkata,
"Yang mengajarku pembahagian yang bijak ini ialah kepala serigala itu yang telah kau putuskan daripada badannya."

Maka ad-Dumairi berkata kepada cucunya,
"Ketahuilah hikmah kisah ini. Apabila kamu besar nanti, janganlah menggauli orang yang sifatnya seperti singa, orang yang sifatnya sepeti serigala dan ...".

Ad-Dumairi tidak menyambung nasihatnya kerana cucunya telah terlena di atas ribanya.

Ahad, November 15, 2009

ad-Dumairi-pakar haiwan.

Ad-Dumairi – ialah Muhammad bin Musa bin Isa (Pakar Haiwan) pernah berkata;-

1-Sesiapa saja yang menyerahkan jiwanya kepada ilmu dan makrifat, dia tidak akan lupa segala perkara yang masuk ke dalam mindanya, sama ada makrifat, kitab dan syair. Antara ciri seorang ulamak ialah dia menghubungkan segala perkataan atau pendapat yang dinukilnya kepada yang empunya pendapat. Jika dia tidak berbuat begitu, maka dia seorang pencuri, sama seperti pencuri harta.


2-Lihatlah sesiapa saja, perhatikan apa yng dibacanya dan apa yang dituturkannya kepada orang lain. Pasti kamu boleh meneka apa akan terjadi kepadanya suatu hari nanti.


Khamis, Oktober 29, 2009

program bulan bahasa dan kempen membaca satu malaysia.



semalam sk perantau damai telah mengadakan program bulan bahasa kebangsaan dan kempen membaca 1malaysia. sekarang ini kalau boleh semua perkara hendak di 1malaysiakan. menyentuh tentang program yang telah berjalan dengan lancar itu, terimakasih daun keladi diucapkan kepada semua guru dan mereka yang terlibat dalam menjayakannya. aku tak mahu dan berhajat nak bercerita secara terperinci perjalanan majlis tersebut, cukup sekadar mempamerkan beberapa keping gambar yang aku sempat ambil untuk dipaparkan di blog ini.


ucapan perasmian dari gpk 1


persembahan koir dari murid tahun enam.



salah seorang peserta pertandingan bercerita.


barisan hakim yang arif lagi bijaksana.


namun apa yang lebih penting dari itu ialah penghayatan dan tindakan yang diambil untuk merealisasikan apa yang diimpikan. bulan bahasa kebangsaan yang antara lain berhasrat untuk memartabatkan bahasa malaysia(melayu?) di kalangan rakyat negara ini. sememangnya bahasa malaysia(melayu?) dipertuturkan dalam urusan seharian tetapi bahasa yang dipertutur itu telah rosak dan parah di lidah para penuturnya. terdengar bahasa yang bercampur aduk. di tengah-tengah bahasa melayu terselit pula bahasa inggeris, kadang-kadang ada juga perkatan dari bahasa cina atau mandarin, atau pun bahasa tamil, tidak pun bahasa arab yang tidak ramai boleh bertutur dengannya walau setiap hari kita membaca al-quran yang berbahasa arab.

berbagai program dan aktiviti yang telah disusun dan diatur oleh ahli jawatankuasa sama ada dari peringkat kebangsaan sehinggalah ke peringkat sekolah. semuanya menjuruskan kearah memantapkan dan memperkukuh serta mempamerkan jati diri dan citra bangsa malaysia melalui penggunaan bahasa yang betul dan tepat. jika kita toleh ke belakang, sejarah pernah mencatatkan bahawa bahasa melayu pernah menjadi bahasa utama di zaman kesultanan melayu melaka. jadi tidak hairanlah seandainya bahasa melayu ini dapat diperluaskan penggunaannya dalam apa saja urusan. tidak bolehkah kita berurusan dengan tetamu dari luar negara dengan berbahasa melayu sahaja dan mereka menggunakan penterjemah untuk memahami isu atau topik perbincangan antara kedua belah pihak. aku fikir ini lebih praktikal untuk kita menzahirkan rasa megah kita terhadap bahasa ibunda kita. usah dipersoalkan tentang rumit atau leceh bercakap dengan menggunakan jurubahasa jika kita benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan bahasa melayu yang telah diubah nama kepada bahasa malaysia. sekaranglah masanya dan sekaranglah waktu yang tepat untuk bertindak memperbetulkan kesilapan yang lalu dengan mendaulatkan kembali bahasa yang dianggap bahasa kebangsaan ini di persadanya.

Khamis, Oktober 22, 2009

karnival prasekolah... dan bertukar!!!



pada 10.10.2009 bersamaan hari sabtu, sekolah aku telah menjadi tuan rumah majlis karnival prasekolah peringkat daerah rompin 2009. beberapa hari sebelum berlangsung program, sibuk jugaklah para cikgu dan kakitangan serta pekerja membuat persiapan dan persediaan. mengecat semula dewan, menghias dan mengindahkan tempat-tempat akan berlangsungnya acara pertandingan. acaranya tak banyak cuma mendeklamasikan sajak, bercerita bahasa melayu dan inggeris, hafazan surah dan tarian rampai. seperti biasa acara yang paling mendapat sambutan ialah tarian rampai yang diadakan di dalam dewan utama.

aku tinjau semua lokasi, semua acara berjaan lancar dan aku pun menumpukan perhatian pada pertandingan mendeklamasikan sajak yang telah berjalan dengan separuh peserta telah pun mendeklamasikan sajak mereka. aku terpegun dengan gaya dan aksi mereka cuma aku terkilan kerana muzik latar yang dipasang mengiringi peserta tak berbunyi dan bukan aku saja malah guru pengiringnya aku lihat agak kecewa diatas perkara yang berlaku. terpikir aku, kalau dulu hanya menggunakan kaset lebih mudah untuk dikendalikan daripada cd atau dvd. boleh rewind atau forward dengan senang. itulah dia teknologi, ada kelebihan dan kekurangannya. walau bagaimana pun sekalung tahniah kepada semua peserta cilik kerana mereka boleh mengingat dan menghafal bait-bait sajak yang mereka deklamasikan. bagi aku bukanlah satu perkara yang mudah dalam usia mereka yang masih terlalu muda.

semua acara berakhir pada pukul 11.00 pagi kecuali tarian tampai yang lewat. tapi kelewatannya memberi peluang kepada perasmi penutup iaitu datuk maznah mazlan adun muadzam shah menyaksikan kebolehan anak-anak kecil mempersembahkan tarian mereka.

sebelum itu, ketibaannya telah disambut oleh persembahan kawat kaki dari pasukan tunas kadet remaja sekolah sk perantau damai yang telah menjadi johan negeri dan mewakili pahang ke peringkat kebangsaan di nilai 3, negeri sembilan tapi hanya mampu menduduki tempat ke tujuh sahaja. nampaknya datuk maznah berpuashati dengan persembahan kawat kaki tersebut, kalau tidak tak kan beliau ajak budak-budak tu bergambar sebelum masuk ke dewan utama.

datuk maznah mazlan, baju biru puan ppd rompin dan gb aku berbaju kuning.

acara penutupan tak lah terlalu lama kerana datuk maznah ada program lain yang perlu dihadiri. selepas jamuan, beliau bergegas untuk ke satu lagi program di muadzam shah dan para hadirin termasuk puan ppd rompin meneruskan acara makan-makan. berakhir majlis maka berakhirlah satu tanggungjawab yang agak besar yang diadakan di sekolah aku.

untuk karnival peringkat negeri nanti daerah rompin telah diamanahkan sebagai tuan rumah dan akan diadakan di rompin beach resort. tentu seronok para guru dan ibubapa dari daerah lain nanti apabila berkunjung ke daerah rompin, maklumlah tepi pantai tak macam tahun lepas di kompleks rakan muda daerah bera. tapi tahun lepas hiasan pentasnya lebih hebat dari peringkat kebangsaan. apa taknya krew yang menyediakannya terpaksa bertungkus lumus tiga hari tiga malam untuk menyiapkan, siap ada air terjun lagi atas pentas kalah hiasan pentas peringkat kebangsaan tahun 2007. bukan kata aku tapi kata orang yang pergilah dan juga pujian dari pegawai jpn pahang sendiri.

apa pun itu semua adalah kenangan aku semasa di tahun 2008, kini hari makin beransur menuju ke akhir tahun 2009 dan aku mula memikirkan untuk memohon bertukar ke daerah bera setelah berjumpa secara tak sengaja dengan cikgu nawi di masjid daerah bera pada hari jumaat minggu kedua puasa yang lalu. beliau menyarankan kalau aku nak bertukar ke bera semula buatlah surat ke unit sekolah rendah dan satu salinan ke ppd bera. aku hanya tersenyum saja ketika itu.

semasa sibuk membuat persiapan karnival prasekolah, gb aku ada bertanya: ustaz mintak tukar ke? tak. aku jawab dan bertanya kembali, kenapa cikgu? ada orang ppd rompin talipon tanya nama gpk hem dan koko, dia orang tengah mesyuarat di cameron highlands sekarang ni. kemudian ketika nak balik cikgu wahat, gpk 1 pulak yang tanya: ustaz ada mohon tukar ke? tak ada. dan jawapan dari cikgu wahat selepas itu pun hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh gb aku.

dan pertemuan aku dengan cikgu amran serta ustaz hamid yang telah mengambil alih tempat cikgu nawi di hadapan kedai mereka berdua pada 11.10.2009 telah menguatkan semangat aku untuk memohon bertukar ke bera. akhirnya pada 19.10.2009 aku telah mengepos 3 pucuk surat permohonan bertukar, satu untuk jpn dan dua lagi untuk ppd rompin dan bera. kini aku sedang menunggu dan terus menunggu jawapannya.

isteri aku pula apatah lagi, memang dah tak sabar nak balik semula ke rumah lama kami di taman sri buntar. banyak kali dah ia menyuruh aku membawa barang sikit-sikit bila balik ke kerayong. tapi kata aku tunggu dulu. ya, tunggu dulu mungkin tahun hadapan aku akan dapat jawapannya. penantian satu penyeksaan. hahaha!!! konon!

Selasa, Oktober 13, 2009

musim demam...

sebenarnya aku tengah mengumpul semula semangat dan tenaga aku. tapi bukanlah tenaga seperti catatan yang dulu tu. ceritanya begini- aku dan keluarga telah dilanda oleh demam. semuanya bermula dengan siti nur aisyah yang baru berumur lima bulan lebih telah diserang demam campak.
dalam bulan puasa pulak tu. bila dah nak elok anak aku ahmad ali abdullah dan ahmad abdullah abbas pulak yang terkena kudis macam kulit terbakar. pergi poliklinik hidayat di bandar tun razak, keratong. kata doktor bahaya jika tidak dirawat dengan cepat. kemudian ahmad kamal abdullah dan ahmad abdullah azzam pulak. sama saja kudis nya dan sangat cepat dan mudah merebak. jangan digaru atau dikopis, kalau tidak akan merebak satu badanlah jawabnya.



selepas itu batuk pulak melanda termasuklah aku sekali. pada 11 haribulan 10 aku serta isteri dan beberapa orang anak aku balik ke kerayong kerana anak aku siti nur akmal yang sedang menduduki peperiksaan pmr nak beli beberapa barang yang dah habis untuk kegunaan hariannya. aku yang dari malamnya rasa tak berapa sedap badan terpaksa mengagahkan diri. walau kepala rasa pening berdenyut-denyut. sebelum balik singgah di kedai beli contact 500 tiga ulas. aku telan sekali dua ulas, satu lagi untuk isteri aku. terasa ada perubahan tapi kepala aku masih lagi berdenyut.

setelah selesai urusan anak, aku singgah di rumah mak aku kerana dah lama tak jumpa untuk bertanya khabar. masa itu aku dah terasa badan aku lemah, mungkin ubat selsema yang aku telan tu dah beroperasi agaknya. oleh kerana dah hampir pukul satu aku dan keluarga pun minta izin dulu untuk balik ke keratong. dalam perjalanan selepas felda sebertak rasa mengantuk mula menyerang. aku cuba bertahan tapi tak lama. setiba di bera selatan 2 aku terpaksa memberhentikan van aku di tepi jalan berhampiran surau biru sebelum jambatan sungai bera. aku kata pada isteri aku nak rehat dalam setengah jam kerana mengantuk. tiba-tiba aku terjaga kerana anak aku menangis, tengok jam baru pukul 2.10 minit. kalau dalam situasi badan aku 'ok' dari simpang tasik bera ke keratong 9 hanya memakan masa 30-40 minit sahaja dah sampai tapi kali ini tak tahulah.

sampai di rumah keratong 9, aku tak turun van hanya bersandar dan terlena lagi. sedar-sedar anak aku panggil ajak masuk dalam rumah. aku berehat dulu sebelum mandi nak hantar anak aku siti nur amni balik ke asramanya. tapi kata isteri aku hantar besoklah sebab isteri aku tak daya dan lemah badan, nak mintak amni tolong jaga adik-adik. aku tak kisah ikut saja lagi pun aku terasa sengal-sengal satu badan dan rasa sejuk dah mula menyerang. aku sambung lagi tidur. malam itu bukan aku saja yang demam sejuk tapi isteri aku lagi teruk mengigil kesejukan. terpaksalah suami yang prihatin ini(perasan pulak!) berjaga malam melayan kerenahnya.

begitulah adanya, esoknya aku terpaksa jugak ke sekolah walau badan masih lagi kesejukan tapi aku tahan saja kerana aku lelaki sejati.(hahaha!!!) balik dari sekolah anak aku siti nur amni pulak yang demam. tak jadi nak hantar asrama tapi aku sempat berpesan hari ini dan malam ini mesti sembuh, besok balik asrama. macamlah sembuh demam tu boleh buat sendiri-sendiri. aku tahu tapi sengaja nak acah dia. cuma aku tengok isteri aku tak ada perubahan masih lagi demam, bimbang jugak aku sebab dia baru beberapa bulan habis pantang. tawakkal sajalah pada Allah, ajak pergi klinik dia tak mahu. asal nak makan nasi sudah, kira oklah tu.

Isnin, Oktober 12, 2009

satu lagi untuk dicuba....




Mencegah Kelemahan Tenaga Batin.


Ramai orang yang membeli ubat di kaki lima secara tidak menentu semata-mata untuk membuktikan kepada seorang perempuan bahawa dirinya 'hero'. Sebenarnya ubat-ubat di kaki lima tidak menjamin kebaikannya dan dipercayai boleh mendatangkan kesan sampingan kepada si pemakan.

Terdapat satu cara lama yang dipercayai mempunyai khasiat lebih baik. Anda boleh membuatnya sendiri walaupun cara ini agak rumit. Campuran bahan-bahan ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang lemah tenaga.

Caranya, paru sedikit halia ambil airnya kemudian campur dengan 1 biji telur ayam, air limau nipis kira-kira sebiji, 1 sudu kicap, 1 sudu serbuk kopi, 1 sudu madu asli dan sepuluh butir lada putih, ditumbuk halus.

Campurkan bahan-bahan tersebut dan gaul sehingga rata dan sebati selepas itu barulah diminum sebelum melakukan hubungan suami isteri dan hampas halia pula boleh dicampur dengan air panas dan campur gula, lalu diminum sesudah anda membuktikan kegagahan anda.



* ini satu lagi petua, pun aku tak pernah mencubanya. cuma aku ambil dan simpan untuk koleksi. tapi nampak gayanya selepas ini ia akan ke bakul sampah. aku ambil petua ini juga dari akhbar "Bacaria". memang dulu-dulu aku suka baca Bacaria. sebab ia lain dari yang lain. banyak ruangan yang berfaedah. tapi kini dah lama tak baca apatah lagi nak membeli, sebab banyak sangat cerita sensasi yang tah apa-apa dan langsung tak membina minda. itu pada pemikiran akulah, mungkin orang lain, lain pulak dia punya pendapat. walau macam mana pun bagi mereka yang bermasalah lemah tenaga batin bolehlah mencuba. tak payah nak beli-beli ubat kat kedai.

Isnin, Oktober 05, 2009

nak cuba ke.....!




Langkah Pertama Pulihkan Tenaga Batin.


Ini ada satu peluang baik kepada mereka yang menghadapi masalah lemah tenaga batin terutama di kalangan suami. Perkara seperti ini sering dihadapi oleh para suami.

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah dengan menyediakan kacang kuda sebanyak 7 biji setiap kali makan. Waktu yang seelok-eloknya ialah pagi selepas bersarapan.

Apa yang anda harus lakukan ialah membaca ayat bismillah, surah al-Falaq dan selawat nabi sebanyak 7 kali.

Kemudian hembus kacang kuda yang hendak dimakan itu. Amalkan selama 99 pagi.

Selain dari itu anda juga dikehendaki membaca "Allah-hu-yakubu-kuliha-saiin" setiap kali sembahyang 5 kali. Ini adalah sebagai memberikan ketahanan tapi dengan syarat menggunakannya cara yang halal.

Pantangnya semasa mengamalkan hendaklah mengelakkan dari minum minuman keras, merokok, dilarang membuang air kecil secara berdiri, minum berdiri, memuaskan nafsu sama ada onani mahu pun liwat dan setiap kali bersetubuh dilarang membasuhnya buat beberapa jam.

Anda juga digalakkan banyak minum air masak kerana cara ini adalah sesuai diamalkan. Bila semuanya anda turuti pasti akan mendapat nikmatnya bersama-sama isteri tanpa ragu-ragu lagi.


* artikel ini aku ambil dari akhbar tabloid "Bacaria" lama dulu, sekitar tahun 1994. aku tak pernah mencuba pun sebab susah nak cari kacang kuda dan setiap pagi pulak tu. kalau ada sesiapa yang nak mencuba bolehlah. baru boleh tahu dia punya keberkesanannya.

Rabu, September 30, 2009

mari beramal....."BERBELANJA SAMBIL MENDERMA"



semasa balik ke kerayong untuk berhari raya, aku terpandang satu kain rentang yang tergantung di pagar dewan majlis daerah bera/dewan orang ramai, padang luas. program apa pulak ni, kata aku dalam hati. tapi aku tak sempat nak baca. apabila balik dari jeram ular pada raya pertama, aku cuba amati dan fahamlah apa yang tertera pada kain rentang itu. dan pada tembok pagar sk kerayong jugak ada satu.

korang boleh baca sendiri apa isi butirannya, sebab aku malas nak cerita panjang. jika ada sesiapa yang terbaca blog ini dan pernah bersekolah di sk kerayong, atau mengenali kawan, saudara mara atau sesiapa saja yang pernah bersekolah di sk kerayong bolehlah dimaklumkan atau diceritakan tentang program yang dianjurkan oleh pibg sk kerayong ini. bila dah tahu, janganlah pulak malu nak menghadirkan diri atau buat-buat segan. di sinilah kita semua bersekolah dan berlajar mengenal abc, 123, alif, ba, ta dan bermacam perkara lagi.
datang jangan tak datang. datang jangan tak datang. datang jangan tak datang!!!

kalah.....

kalah pulak.....
tak apa, pertandingan dan perlawanan masih banyak lagi. kalah sekali tak bererti kalah selamanya.

YOU'LL NEVER WALK ALONE!!!

terlepas dan melepas...

apa pulak yang terlepas ni? aku tak tahu tah macam mana anak aku si ahmad bilal abdullah mainkan tivi kat rumah aku, hilang gambar dan suaranya.
jadi melepaslah aku nak tengok liverpool berentap dengan fiorentina.
puas aku cuba membetul dan memandai-mandai menggunakan remote, tapi masih tak berfungsi lagi. tak kan astro potong line? selalunya lambat pun, ok aje.
aku betul-betul melepas geram dengan tak tidur sepanjang malam mengadap laptop aku ni. selepas siap membuat posting 1 syawal 1430 yang tersangkut beberapa kali, aku cuba lagi bukak tivi tapi masih lagi gagal berfungsi. lantaklah, tak tengok tivi jimat sikit duit nak bayar bil letrik ye tak.

tapi liverpool boleh menangkan!!!
hahaha!!!
YOU'LL NEVER WALK ALONE.

* mesti mamat-mamat m.u dan chelsea bengkek ni.

Isnin, September 21, 2009

1 syawal 1430


belakang dari kiri: puteri sulong aku-siti nur akmal(15 tahun), puteri kedua aku-siti nur amni(13 tahun), isteri kesayangan aku-rusnah binti ramli, ibu kesayangan aku-jawiah binti sulong dan puteri bongsu aku- siti nur aisyah(5 bulan lebih) serta ahmad ali abdullah.



putera-putera kesayangan aku. dari kiri: ahmad kamal abdullah(11 tahun), ahmad ali abdullah(2 tahun), ahmad abdullah abbas(4 tahun), ahmad abdullah azzam(8 tahun) dan ahmad bilal abdullah(6 tahun)



akhirnya satu syawal menjelma juga. dan berakhirlah ramadan yang penuh keberkatan. sungguh beruntung bagi mereka yang telah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim mukmin yang memenuhi ramadan dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Khalik. sementara bagi yang gagal atau cuai melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan pada tahun ini, berdoalah semoga dipanjangkan umur oleh Allah agar ada lagi kesempatan bagi melakukan ibadah puasa dan memakmurkan bulan yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda ini pada tahun hadapan. InsyaAllah.

bagi aku sekeluarga raya tahun ini seperti juga raya-raya tahun lepas disambut secara sederhana sahaja. tiada apa yang istimewa disediakan. jika tahun lepas aku beraya di rumah sendiri, tapi tahun ini aku terpaksa beraya di rumah mak mertua aku. sejak aku duduk di keratong sembilan, rumah aku itu telah aku sewakan, kini ia disewa oleh "bulat" anak kak semah yang baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga. pada mulanya aku keberatan untuk menyewakannya, tapi bila memikirkan daripada dibiarkan kosong berhabuk lebih baik disewakan. ada jugak duit masuk.

pagi raya pertama aku dan keluarga balik ke kerayong. solat sunat idil fitri di masjid bera, pergi jalan kaki saja dengan anak lelaki aku. tak jauh pun. sampai di masjid aku tengok orang dah ramai. aku ambil tempat di sebelah kanan luar masjid, duduk bersebelahan dengan md. sarif tokey yong tau fu yang tinggal di taman jati. orang makin ramai yang baru tiba antaranya cikgu amran anak beranak yang sekarang merupakan guru besar sk kuala bera dan bersalaman dengan aku. dari cikgu amranlah aku mula-mula belajar buat jadual waktu pada hari pertama aku melapur diri di sk kerayong pada 2.12.1995 dan juga belajar komputer. malah komputer pertama aku beli pun dengan bantuan beliau.

entah macam mana ada hamba Allah yang baru hadir, punyalah kuat dan pekat bau minyak atarnya. hidung aku pun apa lagi mulalah rasa lain macam dan terus terbersin dua tiga kali. dan baru tiba ialah dua beranak yang aku tak kenali tapi warna baju melayunya sama dengan baju melayu aku. mungkin ia baju melayu baru tahun ini, sedangkan aku baju tahun lepas yang masih elok dan kainnya tu pun adalah hadiah dari kak siti pengusaha kantin sk kerayong sempena hari guru 2008. dan aku dapati ada beberapa orang lagi yang hadir berbaju melayu sama dengan warna baju melayu aku. macam boria pulak kata hati aku.

lepas solat sunat iedil fitri, hidung aku mula buat hal akibat dari bau minyak atar dan terbersin, mengalirlah cecair jernih. aku pun bangun terus menuju ke tempat mengambil wuduk dan menyelesaikan masalah yang tiba-tiba muncul. aku memerhati manalah anak aku ini dan duduk saja di tangga masjid bersama hadirin yang lain sambil mendengar khutbah hari raya. kelihatan cikgu sahrunizam berbaju melayu warna merah meron baru keluar dari tandas agaknya menuju ke arah sebelah kiri masjid. tiba-tiba datang wan rosli ayah kepada siti wan nur ainatul mardhiah dan wan mohd aiman bersalaman dengan aku: nak balik dulu kena kerja ni, orang rumah dah hantar balik kampung. tak apa, bayar lebih tu, kata aku. ia pekerja tnb di temerloh yang telah lama aku kenali dan tinggal di taman permai.

setelah selesai khutbah, aku pun bersalaman dengan beberapa orang dan langsung pulang dengan anak aku. di rumah mak aku telah mula riuh rendah suara anak-anak dan masing-masing sibuk bersalaman antara satu sama lain. aku hanya sempat mengambil beberapa gambar saja kerana talifon bimbit aku telah kelemahan baterinya. jadi tak sempatlah nak suruh medan ambil gambar aku sekeluarga.

pada tahun ini tak semua adik beradik aku yang dapat berkumpul, antaranya andak yang beraya di tanjung lumpur, ngah di segamat kerana anaknya belum cukup sembuh lagi, abang teh(tapi perempuan!) yang tinggal di lebak dan chu yang beraya di kemayan di rumah mak mertuanya.

seperti biasa semua ke tanah perkuburan berhampiran masjid kampung kerayong dan seterusnya ke tanah perkuburan kampung mengkarak. balik singgah di jeram ular, rumah ayah cu dan bertemu dengan beberapa orang anak almarhum ayah ngah budin(baharudin) antaranya bahaznan sekeluarga, badrul hisam sekeluarga dan juga bekas anak murid aku syamsayanie adik bahaznan yang belum kahwin lagi, begitu juga syakilla yang bongsu sekali. ustaz ni, makin tua makin handsome pulak!! pandailah awok syamsayanie, tu tandanya dah nak mati, kata aku. janganlah macam tu ustaz, balas syamsayanie semula. seingat aku semasa upsr pada tahun 1996, syamsayanie hanya mendapat 3a 2b saja, tapi beliau telah ditawarkan ke sm sains batu pahat atas tiket pelajar miskin dari luar bandar. alhamdulillah ia telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. baru-baru ini ia menjadi guru sandaran di smk seri bera. awok ngajor di seri bera lagi ke? tanya aku. dok dah, kome merajuk dengan seri bera, katanya.

balik dari rumah ayah cu, singgah pulak di rumah makndak zaiton untuk menziarah dan bertanya khabar dengan tok andak mat misai. ia satu-satunya adik beradik wan aku yang masih tinggal. sudah uzur tapi boleh lagi berjalan perlahan-lahan bertongkat dalam rumah. semasa aku hampir dengannya, ia sedang berbaring berehat atas katil. awok kenei orang ni, tanya mak aku padanya sambil menunjuk ke arah aku. kenei, katanya. mana tak kenei sebab dulu-dulu selalu bermesyuarat dan berusrah dengannya di darul huda. tapi memang ia kelihatan telah tua dan aku teringat kepada arwah tok aku dulu.

di rumah makndak zaiton lagi sekali berjumpa dengan anak murid iaitu nor fazila binti jaafar. aku pernah jadi guru kelasnya pada tahun 1996 dan 1997. kini dah besar panjang dan belajar di ikm kangar, perlis. begitu jugak adiknya nur ain yang sebaya dengan anak aku siti nur akmal. berborak panjanglah masing-masing, maklumlah lama tak berjumpa tak bercerita. bila sesekali jumpa banyaklah yang nak ditanya dan dijawab. begitulah kehidupan yang berputar ligat, tak terkejar dek kita. tahu-tahu dah berubah, dah tua, dah tiada. semuanya akan ke sana.

tak lama selepas balik dari jeram ular, kakak aku (abang teh) dari lebak pun sampai sekeluarga. tapi aku dan keluarga terpaksa balik ke kampung seri buntar kerana ada sedara nak datang, kesihan kat mak mertua aku, nanti tak terlayan pulak dek dia. adik ipar aku rukiah tak balik sebab tak dapat cuti, yang ada hanya ridhuan sorang saja. tak kesahlah sebab bukan jauh sangat pun. lagi pun besok raya kedua aku sekeluarga akan ke jengka dua untuk menziarahi kubur kak long zaini yang meninggal dunia semasa hari persiapan kenduri perkahwinan rukiah tempohari. raya ketiga pulak akan ke tanah perkuburan Islam taman ibu kota, gombak menziarahi kubur ayah mertua aku yang disemadikan disitu dan singgah di rumah maklong biah di greenwood untuk beraya dan bertanya khabar berita. seingat aku dah dua tahun kubur itu tak diziarahi oleh aku sekeuarga

itulah secebis kisah aku dan keluarga aku di hari raya pertama tahun ini. untuk hari kedua dan ketiga memang banyak yang nak dicatat tapi sengaja aku biarkan sebab aku nak beraya dan berehat seketika dari blog ini. semoga semua mendapat nikmat dan rahmat dari Ilahi di satu syawal pada tahun ini seterusnya di hari-hari mendatang. kepada yang pulang ke kampung semoga kepulangan itu membawa kebahagian dan mengukuhkan persaudaraan yang telah lama terjalin. kunjung mengunjung antara satu sama lain, insya-Allah akan ada hikmahnya, cuma terkadang kita leka pada yang telah tiada. kepada yang tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung atau memang tiada kampung, usahlah bersedih atau berduka. raya tetap raya. dan ia adalah hari bahagia untuk semua.
wassalam.

Rabu, September 16, 2009

Rahsia Allah...

Syaidina Umar r.a. berkata: Allah merahsiakan lima perkara kepada hamba-Nya sebab lima perkara iaitu:

1- RedhaNya kepada hambaNya yang taat agar hambaNya itu tetap terus berbakti dan taat.

2- Wali-wali-Nya daripada orang ramai agar mereka tidak dipuja.

3- Umur seseorang hamba (hari kematiannya) agar ia selalu bersiap sedia untuk mati.

4- Keutamaan solat wusta (solat yang utama dari solat-solat yang lain) agar hamba-Nya itu tetap rajin beramal soleh dan berusaha mencapainya.

5- Turunnya LAILATUL QADAR di bulan Ramadhan agar hamba-Nya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa bosan.

Wassalamu.

TAZKIRAH 1.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum.

Kekayaan harta benda tidak kekal, ia boleh bertambah dan sebaliknya boleh musnah dalam sekelip mata. Justeru kekayaan adalah anugerah dan amanah Allah S.W.T. Cara mendapatkannya dan juga cara menggunakannya ditentukan peraturannya oleh Allah.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

(Surah At-Taubah: 41)

Apa yang perlu difahami ialah Islam tidak menghalang memiliki harta dunia, kerana jika demikian tentulah Rasulullah s.a.w tidak membiarkan para sahabatnya berniaga dan memiliki harta. Memiliki kekayaan harta dunia itu di antara naluri manusia yang diizinkan oleh Islam. Tetapi bukan sebagai penghimpun harta kekayaan yang tamak seperti Qarun yang dilaknat Allah, atau menjadi kapitalis yang menindas melalui sistem riba. Sebaliknya Islam mengemukakan zakat sebagai satu peraturan yang menganjurkan manusia jadi pemurah, sekurang-kurangnya dengan mengeluarkan zakat untuk diagihkan kepada lapan asnaf, iaitu kepada kalangan orang yang berhak ke atas harta zakat.

Oleh itu, jangan abaikan kekayaan itu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya, kerana jika alam semesta ini pun boleh kiamat maka tidak mustahil kekayaan juga akan musnah pada bila-bila masa.

Wassalam.


*dipetik dari majalah kartun "LANUN" terbitan Giant-Add Publishers Sdn. Bhd. tapi majalah ini dah tak ada, tak tahu ke mana menghilangnya.

SELAMAT BERZAKAT FITRAH, BAPAK-BAPAK DAN MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Selasa, September 15, 2009

terjemahan hadis qudsi.

Dari Abu Hurairah rodiallahu anhu, dari Rasulullah S.A.W Firman Allah:

Aku telah membahagikan Al-Fatihah kepada dua bahagian, separuhnya untukKu dan separuhnya lagi untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu.
Apabila hamba itu berkata: Alhamdulillahi Robbil a'lamin,
Allah menjawab: HambaKu memujiKu.

Apabila hamba itu berkata: Ar-Rohmanir Rohim,
Allah menjawab: HambaKu memberi sanjungan kepadaKu.

Apabila hamba itu berkata: Maliki yaumiddin,
Allah menjawab: HambaKu telah mengagung-agungkanKu.

Dan apabila hamba itu berkata: Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in,
Allah menjawab: Ini diantara hambaKu dengan Aku dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaku.

Apabila hamba itu berkata: Ihdinas sirotol mustaqim, sirotol lazina an'amta a'laihim ghoiril maghdhu bi a'laihim waladhdholin,
Allah menjawab: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu.

Sekian.

Ahad, September 13, 2009

satu peristiwa di bulan ramadan.....

kisah ini terjadi pada suatu hari jumaat dalam bulan ramadan. kejadian berlaku ketika khatib sedang membaca khutbah di atas mimbar. semua para jemaah sedang khusyuk dan tawadhuk mendengar khutbah tentang kelebihan puasa di bulan ramadan. terdapat beberapa kepala yang terkulai tunduk. sesekali diangkat dan tunduk semula dengan perlahan-lahan. ada yang merenung jauh sambil mata tertumpu kepada khatib di atas mimbar. agaknya bilalah nak habis khutbah ini.

tiba-tiba terdengar suatu suara yang cukup lantang dan bersemangat: sollallah wa sallam a'laih!!! semua mata tertumpu ke arah satu sudut di tepi dinding. aik! kenapa pulak si mamat ni tiba-tiba berselawat. masing-masing terpinga-pinga kehairanan. tok khatib di atas mimbar pun terhenti seketika, terkejut dengan bunyi selawat yang kuat itu. tetapi si mamat ni buat muka selamba sahaja. suasana menjadi pulih semula dan khatib meneruskan khutbahnya sehingga selesai.

peristiwa ini menjadi buah mulut di kampung tersebut. kenapalah tiba-tiba saja si mamat ini berselawat. nak protes tok khatib baca khutbah lama sangat ke atau pun sebab minggu sudah khutbah yang sama jugak dibacanya? semua itu menjadi persoalan kepada orang kampung. tetapi tiada seorang pun yang berani bertanya kepada si mamat.

setelah disiasat oleh beberapa orang 'sb' yang tak bertauliah, maka terjawablah akhirnya segala teka-teki yang sedang bermain di minda penduduk kampung. menurut lapuran 'sb' berkenaan kepada tok empat (ketua kampung): ketika kejadian itu berlaku, si mamat ini sedang khusyuk mendengar khutbah lalu tertidur, tiba-tiba dalam tidurnya ia terdengar khatib menyebut 'Allahumma solli a'la Muhammad'. oleh kerana menyangkakan beliau sedang sembahyang terawih, maka beliau pun dengan bersemangat dan lantang menjawab selawat khatib tersebut. tetapi beliau hairan kenapa beliau seorang sahaja yang berselawat. apabila semua mata memandang ke arahnya, barulah ia sedar, ia telah mengigau dan terus saja buat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

pecahlah perut ketua kampung dan para hadirin yang datang ketawa berdekah-dekah semasa sesi lapuran ini diadakan. mereka tidak dapat menahan perasaan gelihati yang amat sangat.

moral dari cerita ini: jangan tidur semasa khatib sedang membaca khutbah, nanti jadi macam si mamat yang mengigau tu.

Ahad, September 06, 2009

bubur lambuk dan ramadan

dalam bulan ramadan ini memang banyak makanan yang tidak dihidangkan atau dimasak dalam bulan-bulan lain tetapi terdapat dalam bulan ramadan, antaranya ialah bubur lambuk bukan bubur lombok. bukanlah tak ada bubur lambuk di bulan-bulan lain tapi dibulan puasa inilah banyak terdapat bubur lambuk dijual. malah terdapat masjid yang menyediakan bubur lambuk untuk diberi percuma kepada ahli kariahnya. manakala resepinya pulak tu hampir sama saja. kalau berbeza pun, mungkin ada tambahan beberapa bahan yang terdapat dalam bubur lambuk tersebut.

aku memang suka makan bubur lambuk ni. aku mula mengenali bubur ini ketika aku bersekolah di pekan dan menyewa rumah di kampung pancor berhampiran kampung padang polo dan kawasan istana sultan pahang bersama beberapa rodong dari jengka, maran dan pekan sendiri. bersekolah di sekolah menengah agama tengku ampuan fatimah, pekan. ketika aku tingkatan 5, pelajar lelaki seramai 18 sahaja. tetapi pengetua ketika itu ustazah soleha kata: awok ni 18 orang, tapi macam jaga 18 ribu orang. kami bukanlah nakal sangat atau ganas tapi budak lelaki biasalah. asrama ada tapi untuk pelajar perempuan saja. kamilah lelaki terakhir yang bersekolah di sekolah itu.

berbalik kepada cerita bubur lambuk ni, dekat rumah yang kami sewa ini ada satu keluarga, yang telah mengistiharkan mereka sebagai keluarga angkat kami. disitulah tempat kami tengok tivi, kadang-kadang kami diajak makan bersama, tak pun dihantar lauk atau kuih ke rumah kami. bila tiba bulan puasa, antara menu yang dihantar kepada kami ialah bubur lambuk. aku pada mulanya rasa pelik sebab tak pernah makan. rupa-rupanya bila dah sekali kena nak lagi. bak kata orang tu: sampai menjilat jarilah katakan. sehingga sekarang aku rasa bubur lambuk yang dimasak oleh mak angkat kami tu lah yang paling sedap. masa kat maktab dulu lain rasanya, masa kat lawas, sarawak pun ada jugak bubur lambuk tapi lain juga dia punya rasa. sekarang ni duduk di keratong, pun lain sikit rasanya. walau pun kadang-kadang ada rasa macam bubur lambuk yang makcik esah tu masak.

bagi aku bubur lambuk dan ramadan atau bulan puasa dah sinonim. kalau makan bubur ni di luar bulan puasa, rasa lain. rasa macam puasa pulak. entahlah, mungkin itu perasaan aku saja agaknya. untuk makcik esah dan pakcik noh sekeluarga, aku doakan semoga kehidupan mereka dilimpahi rahmat dari Ilahi. sekali sekala bila aku ke pekan teringat juga nak singgah tapi apa kan daya, hati saja yang nak pergi tapi kaki berat nak melangkah. seingat aku sejak berumahtangga, baru sekali aku pergi. ketika aku masih lagi berkereta 'toyota ke20'. tak tahulah bila lagi agaknya aku akan ke rumahnya untuk bertanya khabar. mungkinkah di syawal tahun ini.....
tapi setiap kali makan bubur lambuk aku mesti teringat bubur lambuk masakan makcik esah, mungkin sebab itu cinta pertama ku dengan bubur lambuk agaknya. tak kisah lah, janji aku memang gemar makan bubur lambuk selagi selera masih ada diizin Allah.

Selasa, Ogos 25, 2009

ujian dan cobaaaaaaaaaan.........

pagi jumaat ketika baru sampai di sekolah, aku dapat panggilan dari emak aku. semalam awok pergi mana? pergi bandar tun razak isi minyak van. petang semalam masa maghrib, awok pergi mana? petang semalam.... saya pergi surau sekolah ada solat hajat dan baca yaasin untuk budak ambik periksa upsr, ngapenya mok? tak de ape, awok tak dengar ke afiq anak ngoh masuk hospital. tak, bila? dah dua tiga hari dah tak sedar lagi. di mana? johor bahru. kepala aku pun membayangkan yang kemalangan itu berlaku di johor bahru.

petang itu selepas solat jumaat dan berehat sekejap kerana kenyang makan tengahari di sebelah petang, aku dan ahmad kamal abdullah balik ke kerayong. mak aku minta aku menghantarnya dan ayah aku ke johor bahru pada esok hari. malam tu aku berterawih di masjid darul fikri daerah bera, tak jauh dari rumah mak aku. sebelum dan selepas solat isyak sempatlah bertegur sapa dengan beberapa kenalan lama, bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. terawih sebanyak dua puluh rokaat, tapi aku buat lapan saja sebab nak ajak sabri pergi ngeteh dan ahmad kamal abdullah pun dah lapar. terserempak pula dengan cikgu sahrunizam 'bahasa senjata' yang sedang mencari anaknya. kami bersalaman dan bertegur sapa. memang aku mengenali cikgu ini kerana beliau mengajar di sekolah anak aku belajar dan kalau ada orang yang minat sajak atau puisi, tak kenal cikgu sahrunizam ni, payahlah aku nak cakap.

setelah menghantar ahmad kamal abdullah balik dan memberitahu mak aku, yang aku nak keluar dulu dan baik dalam pukul dua belas, aku pun ke rumah sabri dan berpusing dua tiga kali di sekitar kerayong untuk mencari port yang paling sesuai untuk berlabuh. akhirnya kami terpaksa jugak memilih 'gerai abang' bersebelahan stesen bas kerayong. maka bermulalah sessi borak kami yang kadang kala di selang seli dengan gelak ketawa. aku bukan tak ingat nak ajak sorang lagi partner mengeteh iaitu fadzeli, tapi aku fikir mungkin dia balik kemaman'g', nyambut puasa di rumah mertuanya atau balik ke mayam rumah maknya.

aku balik pukul dua belas setengah dan tak sedar masa bila aku terlelap, sedar-sedar mak aku panggil untuk bersahur. aku tengok sebelah aku, laptop masih terbuka dan tak di 'switch off' pun. pukul tujuh setengah lebih kurang, aku, mak, ayah dan ahmad kamal abdullah berangkat ke johor bahru melalui jalan bera selatan dan keluar ke jalan kuantan-segamat. malang tak berbau, dua ratus meter sebelum simpang felda selancar, tayar depan sebelah kiri van aku pecah. aku pun berhenti di depan kedai makan sebelah simpang ke selancar. belek-belek, tak ada pulak tayar yang pancit atau pecah. mana nak nampak, ia pecah sebelah dalam bawah van. baru aku teringat itu tayar 'second' yang aku tukar semasa pancit di rumah kakak aku di masa kenduri menyambut menantu bulan lima dulu. made in korea, tapi kalau dah second tu, second jugak. getahnya terkopak menampakkan dawai-dawai besi. melihat rupanya, mungkin dah lama tayar tu 'haus', tapi aku saja yang tak perasan. cuma yang aku terasa, stereng van bergegar semasa bergerak. aku fikir tayar dah lama tak di allingment. jadi aku tak kisahlah sangat.

hampir setengah jam jugak aku mencari idea untuk menyelesaikan masalah ini, yang bertambah masalah kerana peralatan membuka tayar tertinggal di keratong sembilan. maklumlah ramai anak lelaki, itulah jadinya. masing-masing sibuk nak merepair basikal, akhirnya barang-barang tu tertinggal. aku talipon lan (par sekolah aku), dia kata ada kawan kat selancar tapi nombor taliponnya dah hilang. nak masuk ke selancar jauh lagi, sepuluh kilometer lebih. kepala aku ligat berfikir. ayah aku dah mula resah, dia talipon kakak aku, rupanya dia orang pergi jb ikut mersing. aku pun membayangkan siapa lagi yang aku boleh mintak tolong, suami ustazah sarifah mengajar di selancar, mungkin dia ada kawan di sini. dail dua tiga kali tak berjawab, mungkin tidur kot sebab hari pertama puasa. aku tengok jam, dah sepuluh lebih. pukul berapa nak sampai ni. sambil berfikir aku melihat senarai nama dan nombor talipon cikgu-cikgu di sekoah aku. mat noor! ya, mat noor. aku pun mendail nombor kaki pancing ni yang memang dah ada dalam handset aku. alhamdulillah, berjawab dan dia akan cuba contact kawannya di selancar, kot-kot ada dan kalau dia tak balik kampung.

lima belas minit lebih kurang, sebuah citra hitam keluar dari simpang dan berhenti di sebelah van aku. rupanya dia kawan mat noor yang telah di'contact'nya. bermulalah operasi membuka dan memasang tayar, hampir dua puluh minit jugak, selesailah ia ditukar. ayah aku menghulurkan saguhati, tapi ia menolak. terimakasih sajalah kepada cikgu itu dan mat noor atas bantuan yang diberikan. aku tengok jam pukul sebelas empat puluh dua. agak-agak pukul dua nanti sampailah jb.

sebelum sampai bandar segamat, di jabi aku berhenti menukar tayar. terbang 110.00. apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat. di yong peng, aku membelok masuk ke lebuhraya utara-selatan. baru lega rasa memandu, tak payah ikut belakang lori. dan hilanglah rasa mengantuk aku. perjalanan berjalan lancar dan tak membosankan, ketika waktu zohor bagi wilayah persekutuan kolumpor masuk, aku telah selamat sampai di persimpangan menuju ke taman setia indah. satu kawasan perumahan yang agak luas dan berbagai ragam jiran tetangganya.

pukul empat petang, aku, ayah, emak dan lit serta atikah ke hospital sultanah aminah. waktu melawat empat setengah hingga enam setengah. aku nampak abang zainal, ngah dan hakimah telah sedia ada menunggu untuk masuk ke wad. tertarik aku kepada seorang lelaki melayu yang aku pasti memang ada wayarnya yang telah terputus duduk bersila sambil mendeklamasikan sajak spontannya di tepi dinding di ruang menunggu, walaupun orangnya 'kurang', tapi dari pendengaran aku, tersirat maksud dan makna yang mendalam yang menyentuh tentang kehidupan manusia.

ketika tiba di katil nombor 30, tingkat 4, aku terasa pilu melihat sekujur tubuh anak saudara aku yang terdapat 3 kesan jahitan di perut, dada sebelah kiri dan lengan sebelah kiri. pembedahan itu terpaksa dilakukan bagi membetulkan paru-paru dan jantung serta memasukkan besi di tangannya yang patah. kesan jahitannya saja dah membuatkan aku rasa ngeri dan macam manalah nak tahan dia punya sakit. menurut abg zainal, doktor dah mula kurangkan ubat bius, tu yang afiq tengah tahan rasa sakit tu, kesihan aku melihatnya. tapi itu sajalah yang dapat aku katakan selain dari berdoa agar ia cepat sembuh, sekurang-kurangnya boleh dipindahkan ke hospital segamat pulak. terlihatlah kasih sayang seorang ayah dan ibu, walau anak telah besar remaja, tapi perasaan kasih dan sayang itu tidak dapat disembunyikan oleh sesiapa pun. masing-masing yang hadir ketika itu hanya berdiam diri dan rasa terharu menyelubungi suasana, hanya bicara-bicara yang ala kadar saja dan perlahan nadanya.

untuk menghilangkan rasa sayu, aku berlegar-legar di sekitar wad itu dan menuju ke tingkap yang menghadap ke selat tebrau. pandangan aku terus menjauh melangkaui selat menuju ke tanah singa yang megah dengan pembangunan dan kepesatan ekonominya. aku berbisik dalam hati: dulu kau adalah sebahagian dari kami, tapi kerana kebangangan orang dulu-dulu kau terlepas dengan percuma. kini ada kala dan ketikanya kau menyakitkan hati kami. semua itu adalah sejarah yang telah terpahat dalam ruang lingkup hidup orang yang tahu sejarah dan tahu harga sebuah perjuangan. aku teringat kepada wilayah pembangunan iskandar, siapalah nanti yang akan mengaut untung dan siapalah pula nanti yang terus melopong, melihat segala perubahan atau terus menjadi tukang tengok yang hanya mengeluh kosong tanpa sebarang erti. aku tak tahulah nasib bangsa aku di bumi sendiri. teringat kepada lirik lagu: bumi dipijak milik orang. memang sekarang berapa sangatlah keluasan tanah milik orang melayu. ahh! malas aku nak bercerita tentang tanah orang melayu dan kerenah birokrasi orang-orang di pejabat tanah, khususnya di bera.amat menyakitkan hati!!!.

waktu berbuka puasa petang itu turut disertai oleh kakak aku dari pekan dan kuantan, dah lama tak merasa makan ramai-ramai macam ni. mungkin sebelum raya nanti agaknya penuhlah rumah mak aku di kerayong apabila anak cucu ada balik. aku tidur awal, nak buka laptop pun badan rasa letih, besok nak balik pulak, cadangnya nak ikut mersing. sampai di rompin nanti membelok ke muadzam shah di simpang leban condong. begitulah peristiwa di hari pertama puasa pada tahun ini. aku bukanlah seorang yang teliti dalam membuat catatan, tapi bagi aku sama ada dicatat atau tidak, ia tetap tersimpan di ingatan untuk dikenang sebagai panduan dan pengajaran. apa yang penting kini ialah meneruskan kehidupan dengan seadanya tanpa menimbulkan sebarang kekecohan. SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. (eh! dah raya ke?) sorry, sorry!

Jumaat, Ogos 21, 2009

5 racun dan 5 penawar.

1- dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2- harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3- perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4- seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5- seluruh tahun itu racun, RAMADHAN itu ubatnya.


AHLAN WA SAHLAN YA MARHABAN, AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...!!!

5 masalah dijawab dengan satu jawapan

Syaqid bin Ibrahim berkata saya telah bertanya kepada 700 orang alim tentang 5 masalah, maka mereka semua menjawab dengan satu jawapan:

1- Siapakah orang yang sempurna akal?
Jawab mereka:- orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik?
Jawab mereka:- orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang yang kaya?
Jawab mereka:- orang yang redha menerima hukum takdir Allah.

4- Siapakah orang yang mengerti agama?
Jawab mereka:- orang yang tidak meminta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil?
Jawab mereka:- orang yang tidak mengeluarkan hak Allah di dalam hartanya.

5 masalah dijawab dengan satu jawapan.

Wallahu a'lam.

Selasa, Ogos 11, 2009

bala' selsema dari Allah.

terlalu banyak benda dan perkara yang ada dalam kepala ini. aku pun tak tahu nak tulis apa, cuma merayau dari satu blog ke blog yang lain. macam-macam yang aku jumpa, tapi sama saja. ppsmi, isa, h1n1, anwar pengkhianat, teoh beng hock, rendra, ada cakap macam tu, ada yang cakap macam ni, begitu begini dan macam-macam lagi. tiada sesuatu yang betul-betul menarik perhatian aku. aku ni bukan apa, bila dah jemu melanda mulalah aku rasa boring tak tahu nak buat apa. baca macam-macam yang diorang tulis tu pun, kadang-kadang benda tu dah ada dalam kepala aku cuma tak diluahkan saja lagi. sekali fikir, aku rasa aku nak renovate saja blog aku ni, tanpa menulis untuk beberapa hari, tapi terlalu banyak pulak peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara yang menyebabkan rasa teringin jugak menumpang sekaki untuk memberi ulasan atau komen. walaupun kadang-kadang komen tu, bukannya memberi apa-apa kesan pun, sekadar untuk melepaskan dan meluahkan perasaan dalaman yang orang lain tak boleh lihat dan tak boleh baca.

hari ahad baru ini(9/8), aku ke segamat untuk membeli basikal ahmad abdullah abbas dan ahmad ali abdullah, isteri aku pulak nakkan kereta sorong untuk siti nur aisyah, aku taklah kisah sangat sebab anak aku yang berdua tu selalu berebut basikal dengan ahmad abdullah azzam dan ahmad bilal abdullah. tapi bila dah ada yang besar pulak naik basikal yang kecik. panas jugak hati dibuatnya. petang tu, aku hantar anak aku siti nur amni balik ke asramanya di smu al-hasanah, keratong satu. selepas isi minyak di petronas keratong empat, aku pun pecut ke kerayong, ke smk seri bera bersama ahmad kamal abdullah yang sekejap tidur sekejap jaga. pukul 6 lebih kurang aku sampai, telah ramai ibubapa dan penjaga yang datang menjemput anak masing-masing, aku tengok semuanya muka cemas semacam jek, almaklumlah h1n1 bukannya ada vaksin lagi yang dapat membunuh virus selsema ini. kat kantin sekolah, kakitangan pusat kesihatan padang luas sibuk memeriksa pelajar, tapi dah berkurangan sebab ramai yang dah balik, aku jek yang lambat sebab jauh, aku tengok anak aku siti nur akmal pun turut bertopeng, setelah selesai urusan aku bergegas ke perubatan new medic, kerayong untuk membeli topeng, tapi stok dah habis. aku ke triang pulak pusing-pusing, semua klinik dan farmasi tutup, kecuali klinik tee & cheong, ada yang bertali dengan harga seringgit satu saja, aku beli sepuluh.

balik singgah rumah mak aku, sebab aku belum solat asar lagi walau jam sudah 6.45 petang. lepas solat maghrib, aku balik ke keratong sembilan dan sampai hampir pukul sembilan malam. kematian atau korban h1n1 ini makin meningkat dari sehari ke sehari. semua wajib berhati-hati kata tukartiub di dalam blognya. pertama kali aku rasa dia menggunakan perkataan wajib, mungkin sebelun ini pernah cuma aku saja yang tertinggal agaknya. ya, semua orang mesti peka dan turut sama sedaya mungkin untuk memahami bagaimana ia merebak dan bagaimana ia boleh dikawal. cara-cara dan panduan telah selalu dan acap kali di radio atau di tivi dihebahkan. terpulanglah kepada kita bagaimana untuk bertindak menghadapinya.

sekolah aku telah ada satu termometer yang baru dan telah pun dibuat satu pemeriksaan atau menguji suhu badan para pelajarnya, terdapat dua orang yang suhu badannya melebihi 37.5. tetapi kedua-duanya memang demam, demam biasa saja dan telah direhatkan dalam bilik rehat. memang mencegah lebih baik dari merawat, sebelum apa-apa berlaku kita perlu bersiap sedia untuk menghadapinya. sepatutnya tidak timbul soal takut atau berani, apa yang penting ialah sikap kita dan tindakan kita haruslah positif. seperti yang pernah aku katakan dalam entry aku yang pertama dulu-dulu 'selsema yang menjelma', ini semua adalah bala' atau lebih tepat lagi ujian dari Allah terhadap umat manusia. jangan keliru pula, bala' tak semestinya dapat kita lihat. virus h1n1 dapat dilihat dengan mata kasar? tentu tidak.

kesimpulannya wabak yang sedang merebak, menular dan menyerang seluruh negara sekarang ini adalah bala' dari Allah. tapi kenapa kita, para mufti kita tak mahu menyatakannya dan mengesyorkan supaya diadakan solat hajat agar bala' ini ditarik balik oleh Allah. atau setidak-tidaknya negara kita yang kita cintai ini terhindar dan terselamat dari malapetaka ini. kenapa aku katakan malapetaka dan bencana, kerana jumlah yang menjadi korban setakat 11/8 ialah seramai 38 orang, dan tidak mustahil ia akan mencecah seratus orang jika yang dikenalpasti positif juga bertambah dan tiada jalan untuk mengawalnya dari berjangkit.

Selasa, Ogos 04, 2009

bazar baca!

as-salam.....
28 julai 2009 yang lalu aku ke muadzam shah, pelbagai urusan, bila dah beres aku ke smk muadzam shah sebab ada bazar baca! diskaun hebat sehingga 70%. sebenarnya pameran dan jualan buku anjuran smk muadzam shah dengan pustaka cahaya bintang, segamat, tak lah banyak sangat bukunya. tak penuh pun dewan sekolah tu. buku-buku yang ada pun tak banyak, lebih kepada buku yang berbentuk peperiksaan seperti upsr, pmr, spm dan stpm. buku akademik pun lebih menjuruskan kepada pendidikan dan perguruan, tiada buku-buku yang hebat, yang dapat menarik perhatian aku. pusing-pusing aku dan isteri aku serta 4 orang anak, aku pun belilah beberapa buah buku dan majalah. novel sejarah islam khalifah abu bakar, uthman, ali, salahuddin al-ayubi dan thariq berjaya menarik minat aku. bukannya apa, anak dara aku yang nombor dua tu minat sangat membaca, terutama novel kisah cinta. jadi aku bercadang nak ubah perhatian dia kepada novel atau cerita yang lebih berfaedah sedikit. yang ada manfaat dan lebih memberi kesan dalam hidup kita. al-hamdulillah, nampaknya berjaya sebab komen pertamanya ialah: bestlah ayah cerita yang kita baca ni. buku yang mula dibacanya ialah uthman bin affan, pengumpul a-quran. aku pun belum baca lagi buku-buku tu, malah buku 'kisah-kisah daripada Rasulullah' hasil tulisan Allahyarham dato' ishak baharom yang aku beli dari ust. suhaimi said pada malam rabu kuliah kat masjid pun belum sempat aku baca, walau kisahnya menarik untuk kita hayati dan teladani.

tajuk memang hebat 'bazar baca!' tapi pengunjung tak ramai walau pamplet dah di hantar ke sekolah-sekolah. mungkin ibubapa belum balik kerja. lagi pun bazar baca tu dua hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. aku tak tahu pulak sambutan selepas itu. samada bazar tu berjaya ke tidak. kalau di pesta buku di bandar-bandar besar, sambutannya hebat dan meriah, aku saja yang tak berpeluang lagi nak merasa kehangatan pesta buku walau di mana sekali pun diadakan. tapi tak kisahlah kalau aku pergi pun bukan ada bajet nak beli.

teringat aku pada satu kajian yang pernah dibuat sedikit masa dulu, rakyat malaysia membaca buku cuma satu mukasurat sahaja dalam setahun. membaca suratkhabar, majalah dan jurnal tidak dianggap membaca buku walau setiap hari menatap dan membaca akhbar
harian. itu kajian dulu, kajian yang terbaru aku tak tahu lah pulak mungkin dah ada perubahan kot. tak pun budaya membaca dah tumbuh dan melekat dalam minda setiap rakyat malaysia, tak perlu nak kempen macam yang terjadi pada kempen tak nak merokok. kempen tinggal kempen, yang merokok terus merokok dan tak ada gaya nak berhenti pun walau harga telah dimahalkan, konon-kononnya.

bukan tak ada yang minat membaca, ramai dan memang ramai tapi budaya membaca dikalangan remaja agak mendukacitakan. mereka lebih gemar dan suka membaca majalah-majalah hiburan dari buku-buku yang bersifat akademik dan ilmiah. sebab itu muncul bermacam-macam majalah hiburan di pasaran, semuanya membawa ke arah hiburan yang memdorong golongan remaja terkinja-kinja untuk turut serta atau sekadar menjadi peminat fanatik kepada seseorang artis. tidak hairanlah juga stesen tivi begitu aktif menerbitkan rancangan realiti yang berbentuk hiburan dan membuat remaja khususnya remaja melayu yang mengaku beragama Islam untuk terus hanyut dibuai khayalan, berangan-angan untuk memjadi terkenal seantero dunia. tapi lupa bahawa dada kosong tanpa ilmu dan jiwa pula kalau tidak mati pun, telah hilang jati diri seorang yang beriman.

kesedaran tentang pentingnya amalan membaca telah diketahui ramai, tetapi ia harus sentiasa dipupuk dan disemai seperti kita menanam sebatang pokok, apakah setelah ditanam kita hanya membaja dan menyiram sekali sahaja? kemudian dibiarkan ia membesar tanpa pengawasan dan penjagaan yang rapi. begitulah juga dengan tabiat suka membaca, ia perlu dididik, dibimbing dan digalakkan dari kecil untuk meminati buku, apatah lagi yang dapat membina minda bersih dan jati diri seorang insan yang berfikiran positif dan bergerak ke arah yang positif. hasil dari pembacaannya, ia dapat mendorong dirinya dan orang lain untuk sama-sama melakukan kebaikan dan memghindar diri dari melakukan atau menghampiri perkara-perkara yang negatif, yang bukan sahaja dirinya akan rosak tetapi orang yang mencontohi perangainya juga turut akan rosak.

sama-samalah kita berdoa semoga budaya dan amalan suka membaca ini menjadi kegilaan semua, apatah lagi Ibnu Khaldun pernah berkata: 'tiada pembelajaran tanpa berfikir'. kalau kita tidak membaca, bagaimana kita hendak dan mahu berfikir tentang sesuatu perkara. oleh itu BACALAH!!!

Rabu, Julai 29, 2009

lagi... lagi... selsema!

salam,
baru sekejap tadi gb aku beritahu mrsm muadzam telah ditutup kerana h1n1. tak tahu pulak berapa hari. macam mana ni, aku ingat nak ke muadzam petang ni nak uruskan beberapa perkara yang belum selesai lagi. aku pergi je lah dengan tawakkaltu 'alallah.
semoga aku dan keluarga serta semua dilindungi oleh Yang Maha Berkuasa.
insyaAllah selamat.

al-fatehah..... dan bekas anak murid

25.07.2009- aku diajak oleh isteri aku ke temerloh, katanya dah lama tak pergi. memang pun dah lama, rasa-rasanya ada tiga bulan dia tak pergi temerloh. aku ikut sajalah, nak jaga hati isterilah katakan. dalam perjalanan singgah di kerayong berjumpa mak dan ayah aku bertanyakan khabar berita. al-hamdulillah mereka sihat adanya. tapi mak aku memaklumkan satu kematian: awok tak dengar cerita ke pakcik Harun mengkarak dah meninggal dunia? aku jawab: tak tahu. ayah aku menyampok: dah lama dah dia sakit lepas accident masa nak pergi membaja di kebunnya.

tiada apa yang dapat aku katakan hanyalah: innna lillahi wainna ilaihi roji'un. al-fatehah.

pakcik harun ni aku kenal sejak aku kecil lagi. maklumlah tinggal satu kampong(kerayong) sebelum dia pindah ke mengkarak. lebih-lebih lagi aku satu kelas dengan anaknya Mohd Harith semasa di sekolah kerayong. harith ni cerdik orangnya sokmo dapat dapat satu, kadang-kadang nombor dua. seingat aku, aku dapat mengalahkan dia hanya di darjah enam, itu pun mungkin dia sengaja buat main-main sebab dia dah dapat tawaran ke mrsm kuantan aku tak ingat dia nombor berapa tapi aku pun hanya nombor tiga jek. antara lain anak arwah ini yang biasa dengan aku ialah cikgu Hamdan, gpk satu sk triang dua.
tapi sejak aku aktif dalam gerakan islam, aku boleh dikatakan biasa dan mesra dengan arwah ini, semasa mesyuarat, usrah, kuliah atau semasa apa aktiviti yang dijalankan ia memang ada dan aktif serta rajin memberi bantuan serta pertolongan. apatah lagi semasa pru, dia lah antara tenaga kerja yang banyak menyumbang bakti untuk apa-apa kerja yang bersangkut paut dengan pru. aku kadang-kadang malu, ialah dia dah berumur tapi masih sanggup bertungkus lumus, sedangkan aku muda dari dia pun tak dapat nak lawan komitmen arwah ini. apa-apa pun, aku doakan semoga arwah ini ditempatkan bersama mereka-mereka yang soleh dan beriman. terdetik dihati aku "perginya seorang aktivis gerakan islam", takbir "ALLAH AKBAR! ALLAH AKBAR! ALLAH AKBAR!!!"

sebenarnya sejak aku menetap di keratong sembilan ini, banyak kematian yang aku terlepas dan ketinggalan, samada lambat dapat tahu dan kalau dapat tahu pun tak sempat nak pergi ziarah, antaranya pak akob tukang gunting rambut, pakcik din kelapa bali dan yang buat aku terharu ialah pemergian ayah awang hitam(ayah angkat aku). pada hari pengkebumian arwah memang aku nak ke bera, tapi anak aku belum siap lagi, dengan baju tak bergosok, dengan kasut belum kering dan bermacam dengan lagi. aku masih ingat lagi, semasa arwah bekerja di majlis tempatan triang sekitar awal tahun 70an, setiap kali dia balik kerja pada waktu petang, kalau aku ada di tepi jalan bermain-main dengan adik-adik aku dan sepupu aku, arwah akan berhenti dan memberi aku duit dua puluh sen. kalau tak pun aku akan hanya melambai-lambai sambil memanggil ayah, ayah, ayah dan memang aku begitu terasa kerana semasa kematian arwah isterinya pada tahun lepas, aku sempat pergi menziarahi jenazah. tapi kali aku terlepas dan dalam dunia ini bukan semua perkara yang sempat kita ikuti.

dalam dua tiga minggu ini banyak berlaku kematian antaranya teoh beng hock, dan terbaru yasmin ahmad, begitu juga semalam kematian mangsa ketiga influenza A, dan baru sebentar tadi aku baca dalam blog sahrunizam puisi tentang jalanraya dan kematian. aku pun memang ngeri kadang-kadang bila tengok lori-lori besar berlumba di lebuhraya kuantan-segamat, sehingga membahayakan kenderaan kecil. pernah aku melihat sebuah kereta wira yang "tak wira" terpaksa mengenepi kerana memberi laluan kepada sebuah lori kosong yang memotong lori lain dari arah bertentangan. kata aku: gila agaknya drebor lori tu. dan aku pun entah berapi kali bersungut: tak terpikir ke, kerajaan negeri pahang nak buat dua lorong lebuhraya tu. lebuhraya tu dah berpuluh tahun ada, sejak aku kecik lagi aku dah dengar nama lebuhraya tun abdul razak tu, dah beratus agaknya nyawa yang melayang, tapi masih macam tu jugak. lembab betul pemikiran kepala otak pemimpin amno pahang ni. itu pun tak terpikir, asyik pikir perut sendiri jek. teringat aku jalan dari ipoh ke lumut, masa aku duduk ipoh dulu jalan tu satu lorong, tapi tahun lepas aku lalu dah dua lorong, punyalah selesa dan seronok nak memandu. tak payah-payah nak terburu-buru atau terkejar-kejar, insyaAllah selamatnya.

berbalik kepada cerita aku pergi temerloh tempohari, bukan ada apa nak beli pun cuma anak aku nak beli t-shirt jek. aku parking dan masuklah ke dalam kedai yang telah lama aku jadikan kedai wajib aku masuk setiap kali aku ke temerloh. beli tak beli belakang kira, janji masuk dulu dan tengok serta belek beberapa buah buku, kemudian keluar. bagi aku temerloh ketandusan kedai buku milik bumiputera, masa aku bersekolah dulu, kedai wajib aku ialah Toko Buku Hassan Omar. mungkin ada yang tak tahu dan tak pernah dengar nama ni yang cukup glamer satu waktu dulu. tapi apakan daya masa telah mengubah segalanya. kini sebagai gantinya ialah Al-Hidayah yang hampir juga ditelan arus, tapi al-hamdulillah ia masih mampu bertahan dan terus beroperasi. aku rasa iri dengan kedai buku toko ....... yang aku tak ingat namanya tapi milik orang india depan plaza temerloh. tetap ujud dari dulu sehingga sekarang, bukan besar sangat pun tapi masih mampu bertahan, mungkin bahan jualan dia tak sama seperti bahan jualan al-hidayah agaknya. namun aku bangga dengan al-hidayah. sambil menunggu isteri dan anak aku memilih t-shirt, aku membelek beberapa buah buku dan melayan anak lelaki aku, aku perasan ada seorang anak muda sedang membaca buku di rak yang kemas tersusun rapi. aku tak pandang muka dia. selang beberapa minit aku tengah melayan ahmad abdullah abbas, anak muda ini menegur aku: ustaz ya, ustaz borhan ngajor di kerayong. ya, jawab aku. dia beritahu aku pernah mengajar dia semasa bersekolah di sekolah kerayong dulu. aku renung mukanya cuba mengingat dan mengecam, tapi aku gagal. aku tak ingat dan memang wajahnya tiada dalam simpanan memori aku (maaflah ya). aku tanya nama apa. Habibullah bin Khairuddin. aku gagal lagi mengingat. dulu duduk mana. di kedai baru dekat simpang kerayong. aku mengangguk-angguk dan tersenyum sambil bertanya: belajar di mana sekarang ni. saya mengajar. sekolah mana? ulu cheka. mungkin dia kecewa kerana aku gagal mengingat namanya, dia pun menghulur tangan dan kami pun bersalaman sekali lagi. ia pun berlalu dan keluar dari kedai itu.

sehingga hari ini, aku masih teringat dan sedikit tak puas hati kepada diri sendiri kerana gagal mengingati bekas anak murid sendiri. sedangkan selama ini, boleh dikatakan aku tetap kenal wajah bekas murid aku, walaupun kadang-kadang tersalah nama, tapi aku tetap ingat mukanya. yang seorang ini, aku gagal. di manalah silap aku agaknya. cuma syukur kehadrat Ilahi kerana dengan inayahnya, telah ada anak murid aku yang kini berbakti untuk anak bangsa sendiri. Syukur al-hamdulillah!

Selasa, Julai 21, 2009

kecurangan akademik

assalamualaikum....
aku tak pernah dengar istilah ini, tapi dua minggu lepas gb aku ada menuturkannya semasa mesyuarat pagi selepas perhimpunan rasmi hari isnin. aku pun terus cadang nak tulis tentangnya. tapi banyak kali tertangguh disebabkan aku hanya menaip menggunakan dua jari tangan dan tak diizinkan oleh Allah untuk menaip serentak dengan menggunakan jari kaki. kalau boleh pun, aku hanya ada satu otak yang berfungsi untuk satu waktu bukannya dua otak yang berfungsi dalam satu waktu. jadi faham-faham sajalah ye.

kecurangan akademik ini telah lama berlaku, tak lah sejak azali. tapi tabiat nak senang tanpa melalui jalan susah itulah yang telah berlaku sejak dulu-dulu lagi. tak pasal-pasal akademik yang dikatakan curang. lembu punya susu sapi yang dapat nama. contoh senang tentang kecurangan akademik dan yang sewaktu dengannya ialah kita diberi tugasan atau assingment oleh pensyarah (bagi mereka yang belajarlah tu!), tajuk dah ada dan bahan rujukan pun dah diberitahu tapi nak buat kerja tulah yang banyak halangan, malas, sibuk, tak sempat banyak kerja lain dan pelbagai alasan lain yang diberi untuk melepaskan diri.

maka jalan pintas dan jalan paling mudah ialah dengan berlaku curang terhadap diri sendiri. banyak cara dan kaedah yang boleh digunapakai bagi melaksanakan kecurangan tersebut. samada kita meniru atau memplagiat bulat-bulat hak kawan kita atau kita tiru dengan mengubah beberapa perkara seperti fon huruf, tataletak atau setting kerja kursus malah bermacam cara yang dilakukan oleh para peniru yang bertaraf profesional ini.

ada juga yang lebih terlebih pandai, mereka mengupah orang-orang terentu bagi menyiapkan tugasan mereka, jadi fikirkanlah siapa yang belajar, siapa yang akan mendapat ilmu ketika proses membuat tugasan itu, siapa yang menipu siapa dan siapa yang cerdik tak bertempat. jujurkah kita, amanahkah kita dan relakah kita menerima segulung ijazah, diploma mau pun sijil sedangkan kita tak tahu apa-apa pun tentang apa yang kita pelajari semasa dalam proses pembelajaran berlaku. tahu-tahu tamat pengajian, semasa konvokesyen dapat ijazah dan bermegah dengannya.

dalam kes kecurangan akademik yang disentuh oleh gb aku tu, ia mengatakan terdapat kedai-kedai fotostat yang menyimpan contoh-contoh assingment, cakap saja nak tajuk apa semuanya ada dan ditanggung siap. kita sekadar beri butiran yang diperlukan untuk kerja kursus itu seperti nama, nombor kad pengenalan, nama pensyarah dan apa-apa yang patut. minggu depan gerenti siap dan siap untuk diserah pada pensyarah.
kata gb aku tu ia bukan bercakap kosong tapi perkara ini berlaku didepan mata beliau sendiri semasa beliau berkursus suatu masa dulu di kajang. lama dah tu, dan sampai sekarang perkara itu masih berlaku.

tak tahulah aku nak kata lebih-lebih nanti ada pula yang tersinggung dengan catatan ini, al-maklumlah sekarang ramai yang menyambung pelajaran, ada yang separuh gaji, ada yang sepenuh masa, ada yang jarak jauh dan bermacam-macam lagi cara belajar sekarang ini. antara hendak dan tak hendak saja. bagi aku, aku dah cuba tapi mampu bertahan untuk dua semester saja, terlalu banyak kekangannya. aku tak dapat menumpukan perhatian pada pengajian aku, dah lah sibuk di sekolah, perhatian untuk keluarga lagi dan yang paling tak tahan ialah masalah kewangan. anak ramai, semuanya sedang membesar, perlu kewangan yang banyak untuk mereka mendapat keperluan seperti anak-anak orang lain, kalau pun tak sehebat rakan-rakan mereka sekurang-kurangnya anak aku taklah jauh ketinggalan apabila dibuat perbandingan. setelah merenung jauh aku pun ambil keputusan untuk berhenti saja, pada aku zaman aku berlajar telah berlalu dan aku bersyukur yang amat sangat dengan limpah kurnia dari Allah kepada aku sekeluarga, cukuplah setakat apa yang aku mampu lakukan selama ini. dan sekarang adalah masa untuk anak-anak aku pula berlajar, berjaya atau gagal mereka bukanlah salah guru di sekolah, kerana aku juga seorang guru, perhatian dan dokongan dari ibubapa juga antara faktor terpenting ke arah kecemerlangan anak-anak didik.

aku tak mahu akibat dari aku sibuk menyambung pelajaran, anak aku terjebak dalam kes kecurangan akademik, biarlah individu-individu lain yang terlibat dan terbabit tapi aku tak rela anak aku turut terseret sama didapati melakukan kecurangan akademik. oh, tuhan! peliharalah dan lindungilah anak-anak aku dari ujian yang mereka tak sanggup hadapi dan tempuhi, jauhilah mereka dari godaan dunia dan fitnahnya, selamatkanlah anak aku dari bala bencana samada di dunia mahu pun di akhirat. aku berserah padaMu Allah, segalanya adalah dibawah taklukMu jua.

tapi bolehkah kecurangan akademik ini diatasi.....

Ahad, Julai 19, 2009

S(iapa) P(embunuh) R(akyat) M(alaysia)

dulu-dulu masa mula-mula aku kenal jabatan ni, dia dipanggil bsn: biro siasatan negara. kemudian bertukar kepada bpr: badan pencegah rasuah. nama saja yang tukar tapi peranan dan operasinya tetap sama, kononnya untuk membasmi rasuah. malangnya badan yang mencegah rasuah, sepatutnya tanganlah yang mencegah sebab yang menerima dan yang memberi rasuah ialah tangan, bukannya badan. itu hanya logik akal yang paling mudah untuk kita faham kenapa masalah rasuah masih belum selesai malah bertambah banyak sekarang ini.
baru-baru ini entah dapat dari mana idea, ditukar pulak kepada SPeRMa. jadilah bertambah banyak kes-kes rasuah yang tak dianggap rasuah, bukan sikit-sikit punya nilai hingga mencecah 500 juta, tak payah jadi P(i) M(ampus) pun tak pe, tapi gila jugak tu nak jadi Pi Mampus. maka mampuslah sorang hamba Allah. hamba Allah? yelah, dia pun dijadikan oleh Allah jugak, dari keturunan Adam jugak. dah tu siap beri amaran jangan buat spekulasi, sebelum siasatan siap dijalankan.
dulu orang tahanan, mati dalam tahanan polis, di dera, dibogelkan tak kira lelaki atau perempuan, rupa-rupanya kerja orang nak siasat rasuah yang belum tentu rasuah pun, pakai pukul dan dera jugak selain dari selongkar fail dan dokumen yang dirampas. mungkin kalau setakat pukul dan dera fail dan dokumen tak dapat apa-apa kot, jadi tu yang pukul orang yang disiasat agaknya.
anak toyo(l) ada banglo 24 juta tak nak siasat, tapi orang derma 10 ribu untuk surau, ketar kepala puak-puak ni buat kerja. dulu polis dan spr saja yang jadi anjing amno, kini SPeRMa pun dah membiak ikut jadi anjing amno. sepatutnya bersyukur ada jugak wakil rakyat yang bukan islam nak derma pada masjid atau surau, tapi tak, tak boleh tengok orang buat baik mulalah puak-puak ni dengki. awak banyak duit, dermalah banyak-banyak, bukan setakat derma nak buat masjid pun boleh. tapi janganlah guna duit rasuah. kot ye pun nak buat macam mana, puak ni bukan kenal duit rasuah ke tidak, kalau tidak tak kanlah kat manek urai baru ini 18 juta habis untuk bagi pada pengundi saja, belum lagi janji-janji lain yang sedap didengar tapi tak berapa sedap nak dibuat.
berbalik kepada simati, penemuan awal bedah siasat mendapati ia mati akibat pelbagai kecederaan selepas jatuh dari bangunan tinggi kata ketua polis selangor. pelbagai kecederaan? ya pelbagai kecederaan. bermakna banyaklah kecederaan yang dialami oleh simati. kalau setakat jatuh dari bangunan sahaja, mungkin satu atau dua cederanya seperti patah leher atau belakang. tapi kalau dah pelbagai cedera, ia mendatangkan tanda tanya kepada orang cerdik. cedera apa lagi yang ada pada badan simati? kalau kesan dipukul dengan benda tumpul atau objek keras, sah lah ia telah didera dan dianiayai, bukannya disoal siasat mengikut prosedur biasa.
begitulah jadinya jika nafsu mengatasi akal dan akal pula kalau ada pun hanya berada di celah kangkang, lambat laun perkara yang selama ini cuba disorokkan(proses soal siasat)dari pengatahuan umum akan terdedah satu persatu. ramai yang telah mendesak agar di tubuh suruhanjaya bebas bagi menyiasat tragedi ini, namun sehingga kini tiada hitam putih atau kenyataan yang telus selain dari kata-kata yang berlapik dan amat jelas cuba meyembunyikan sesuatu. tapi ingat sepandai-pandai tupai melompat, jika ia terjatuh ke tanah, tunggulah sahaja balasannya. apa salah simati, tidak diketahui tapi yang pasti ia telah mati. suruhanjaya bebas jika ditubuhkan pun, kalau sekadar menyiasat untuk memutar belit cerita dan menutup kesalahan pihak berkuasa tiada maknanya, hanya membuang masa dan wang ringgit sahaja. telah banyak contoh, yang terbaru kes video klip keling linggam, apa kesudahannya. habuk pun tarak. yang lain seperti kes pembunuhan norita siapakah lelaki yang terakhir yang keluar dari rumah norita, sehingga kini tak berjawab. kes pembunuhan altantuya, telah jelas tertuduh mengatakan ia dikambinghitamkan bagi menyelamatkan seseorang lain yang tiada di mahkamah. apakah semua rakyat(orang asli ke?) malaysia ini pekak dan tuli termasuk hakim yang dikata yang arif, aku fikir tidak. habis kenapa sehingga kini tiada jawapan siapa sebenarnya yang bersalah dan mesti menerima hukuman. jawapan tetap ada, cuma kita yang tidak punya kuasa ini hanya mampu mengatakan, tunggulah suatu masa nanti kau akan terimalah balasannya. jika tidak di dunia, sudah semestinya di akhirat nanti segalanya akan terdedah, tak usahlah nak bertikam lidah atau bermadah berhelah, mengatur alasan itu ini begitu begini. berani buat beranilah tanggung.
kita tunggu dan lihat apakah tindakan pemerintah untuk menyiasat kes ini. apakah tindakan bijak atau tindakan berlagak, dan seperti sandiwara-sandiwara terdahulu dan skrip yang telah lama kita hafal akan diulangi lagi. jika itu yang dilakukan, bertambah parahlah lagi luka dihatiku dan juga dihati rakyat malaysia, makin parah dan berdarahlah lagi barah yang sedang dideritai oleh negara malaysia. semoga dengan kejadian kematian setpol ini membuka minda kita semua S(iapakah) P(embunuh) R(akyat) M(alaysia) yang sebenarnya. fikir-fikirkanlah bersama.....

Jumaat, Julai 17, 2009

lipstik on his pipi...........

salam.....

dah lama tak menulis(sebenornya menaip) di ruangan ini, bukan tak ada idea atau sibuk tapi asyik dengan ruangan satu lagi 'percubaan pertama' yang insya Allah akan bertukar nama sikit masa lagi. nama dah ada tapi tak sempat nak adjust lagi.

tak tahulah apa sebabnya, dah dua hari berturut-turut (selasa dgn rabu) semasa makan kat kantin sekolah, angkat jek gelas nak minum, tengok-tengok ada kesan lipstik (ginculah) kat bibir gelas tu. terus meremang bulu roma, geli pun ada rasanya. sapa punyalah tu, tak kan kak ani(pekerja kantin) basuh tak bersih, atau mungkin nak cepat sampai tak perasan kesan gincu pada gelas yang dibasuh. yang pelik tu dua hari berturut-turut.

timbul dalam kepala aku, gelas yang sama ke atau gelas yang lain. kalau gelas yang sama, tak mustahil dengan kuasa Allah, tapi kalau gelas yang lain bermakna banyaklah gelas yang menpunyai kesan gincu dan mungkin selama ini aku pernah terminum pada kesan gincu di gelas tanpa aku sedari. sekali lagi meremang bulu roma aku. aku memang tak suka kalau tengok orang perempuan bergincu, lebih-lebih lagi kalau tebal sangat, aku rasa geli geleman, nasib baiklah isteri aku tu tak minat bergincu, kalau tak, tak tahu lah aku.

terus aku teringat pada senikata lagu yang dinyanyikan oleh anita sarawak, 'lipstik on his pipi'. aku fikir lebih baik kat gelas dari kat pipi, kalau tidak haru aku.....

sekian.

Selasa, Julai 07, 2009

la..... selsema lagi

dah dua minggu guru bertugas semasa perhimpunan pagi isnin, bercerita tentang selsema babi. aku bukan lah suka sangat atau tau sangat. tapi aku baru lah baik dari selsema, tapi yang pasti bukan selsema tu.
minggu dulu jark(orang muar) menjelaskan virus penyakit ini sangat mudah berjangkit, sama ada bersentuh atau tidak, ia boleh tersebar kepada orang lain.
minggu ini pulak, datuk k(orang kota gelangi) menjelaskan lebih terperinci lagi. katanya penyakit tu bukan lah datang dari babi, tapi orang yang mula menghidapi selsema ini, doktor dapati gen virus yang ada padanya hampir sama dengan gen virus yang ada pada babi semasa atau ketika babi itu demam selsema. aik! babi pun kena selsema jugak, ke? ye! begitulah adanya. betul lah agaknya, dia orang(datuk k) lulusan ijazah sains, mestilah tau, tak kan nak temberang pulok.

dah, tu gb pun buat lagi tambahan, katanya sekarang ni orang dah tak panggil selsema babi, orang panggil h1n1 atau influenza a. dan mulalah ia seperti biasanya akan mengeluarkan beberapa lagi istilah dalam bahasa omputih. yang rasanya cikgu pun tak pernah dengar. langsung melarat ke penyakit budak tahun 6 yang katanya diserang penyakit yang lebih berbahaya iaitu malas, sehingga ia secara berseloroh meminta datuk k menamakan apakah virus yang telah menyerang budak tahun 6 tu. tak tahu nak kata lah aku, kerana malas ni orang yang sakit tu sendiri yang boleh mengubatnya. tak dek doktor yang boleh mengubat sakit malas, sebabnya kadang-kadang, jarang-jarang, doktor pun ada penyakit malas ini.

aku pun kadang-kadang malas jugak, malas nak menulis lagi, tapi bila membaca tulisan orang lain, terasa aku pun boleh jugak, sebab dari dulu lagi dah aku menulis, tapi dulu menulis, sekarang menaip, yang aku rasa lambat siap dan menganggu proses kelancaran idea dan ilham aku dari terus menerus mengalir untuk aku turunka di atas kertas. kalau silap pun, senang terus potong saja, tulis pulak yang baru.
itulah dia catatan aku setelah lepak sekejap di kantin tadi sama-sama cikgu lelaki, bercerita tentang tempat makan yang sedap-sedap di kuantan, melarat ke cadangan lawatan sambil makan- keropok, nasi beriani, durian segamat. tapi kata jark, 2 minggu lagi saja durian murah, selepas itu ia akan mahal, tak tahu kenapa. katanya durian yang banyak di segamat sekarang ni durian dari muar. sekarang seringgit sekilo, lepas ni tak tahulah berapa ringgit.

tapi jangan makan banyak, nanti kena penyakit, tak kiralah sakit apa kerana perut adalah sarang segala penyakit, segala apa yang kita makan dan telan akan dikumpul dan disimpan, diproses dan dihadam, darinya nanti tercernalah tenaga dan body, akal dan budi serta akan teruslah kita berdiri sebelum saat dijemput pergi menemui ilahi.

Isnin, Jun 22, 2009

selsema yang menjelma

assalamualaikum......... sihat ke? jangan tak sihat dan jangan terlebih makan ubat. nanti dapat musibat yang dashyat-dashyat. almaklum sekarang dunia sedang dilanda h1n1 yang belum ada ubat yang dapat menyekat dari melarat ke seluruh muka alam ini kecuali dengan izin Allah jua. tapi macam mana Allah nak sekat dan bukan tak boleh disekat, ini semua silap dan salah manusia juga yang lupa pada amaran dan peringatan dari Allah. Allah sengaja datangkan h1n1 ini untuk manusia supaya manusia insaf dan sedar betapa begitu banyak kemungkaran yang telah dilakukan sehingga perkara maksiat yang dilakukan oleh manusia mengatasi kecemerlangan program maksiat yang dianjurkan oleh haiwan dan binatang. eh! ye ke haiwan dan binatang pun anjur program maksiat? betul, kalau tak percaya cuba tanya pada dia orang tu, mesti betul punya.

akhir zaman, itulah kalimah yang biasa digunakan untuk mengaitkan setiap apa yang berlaku sekarang ini di kala ini. semuanya telah jadi terbalik dan dibalikkan, seperti putaran roda apa yang berlaku dulu-dulu kini berulang kembali, tapi yang hairan manusia tetap tidak pernah nak ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku. itulah nasib alam, mengalami kehancuran dan kemusnahan sedikit demi sedikit akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia yang tidak tahu untuk menjaga akhlak dan adab dalam kehidupan yang sementara ini.

namun usahlah saling menuding antara satu sama lain, saling tuduh menuduh seperti lagu bangau oh bangau yang tidak ada kesudahannya. sewajarnyalah setiap individu mengkoreksi dan bermuhasabah diri sendiri dan mencari di mana salah dan silap, apakah ketelanjuran yang telah dilakukan, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau memang berniat nak tunjuk kehebatan yang tak seberapa, yang dipinjamkan sementara oleh Allah. jadilah insan yang cerdik bukan yang suka mencekik, yang pandai bukan yang pandir, yang berakal bukan yang sakai, yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan, yang boleh mengalah apabila kalah, yang menghargai dan mensyukuri kemenangan apabila beroleh kemenangan yang sering membuat seseorang akan mendabik dada, gah merasa diri gagah walhal diri sedang diuji oleh Ilahi.

sekarang, apabila selsema menjelma, banyaklah yang kecoh, yang panik dan yang tak tahu pun dah tahu apa itu h1n1. satu sekolah dah ditutup lepas ini apa pula yang bakal ditutup agaknya. jika dikehendaki Allah, bermula dari satu dan bermula dari perhubungan, komunikasi dan kontak pembawa vurus, tidak mustahil satu kuala lumpur akan ditutup dan dikuarantin. WOW! kl ditutup dan dikuarantin, macam tak percaya je. kenapa? tak percaya ke? tak percaya pada kuasa Allah? oleh kerana tidak percaya dan mungkin kurang percaya pada kuasa Allah lah yang menyebabkan manusia sekarang makin hanyut dan terus enak dibuai oleh bisikan iblis dan syaitan laknatullah. na'uzubillah min zalik...

kalau kl ditutup... kalau kl dikuarantin... lu pikirlah sendiri!!!!!!!!!