Selasa, Julai 14, 2020

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:

“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Allah s.w.t melarang kita menderhakai mereka dengan sekeras-keras larangan. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai suatu penderhakaan. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ianya termasuk dalam ketogeri kabair (dosa-dosa besar). Sebagaimana Sabda Bagin Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Dosa yang paling besar ialah tiga: Mensyirikkan Allah, Menderhakai kedua ibu bapa den bersaksi dusta”

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Memelihara Ibu bapa yang telah lanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia senja beginilah ibu bapa mengharapkan pembelaan, kasih sayang dari anak-anak untuk memenuhi keperluan sisa hidup.

Di zaman moden ini, terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap memelihara ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting keatas mereka. Menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih utama daripada mengambil berat keatas ibu-bapa, malah ada yang melepaskan tanggungjawab memelihara mereka bulat-bulat kepada kakak atau adiknya yang telah berumahtangga,  sedangkan dia menganggap dirinya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Yang lebih dahsyat lagi Ibu bapa tadi dihantar ke rumah orang tua-tua atas alasan sebuk dengan tugas serta tidak dapat memberikan tumpuan kepada mereka.

Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah. Ingatlah firman Allah ini :

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”.     (Al-Isra’: 23-24)

Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah  bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. 

Allah memberi penghormatan kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup sehinggalah mereka meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan kebaktian sekalipun mereka telah lama terkubur. Hakikatnya, sebagaimna kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka masih hidup, begitu juga wajib bagi kita berbakti kepada keduanya sesudah mereka meninggal dunia. Ini dapat dilakukan dengan banyak beristighfar dan doa untuk mereka berdua, bersedekah, membayar semua hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat, menghubungkan silaturrahmi dengan teman-teman serta kaum kerabat dan orang-orang kesayangan mereka. Semua ini merupakan kebaktian yang dapat kita lakukan untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sabda Baginda s.a.w:   

" Berbaktilah kepada dua orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatanisteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka”

Sidang Jumaat rahimakumullah,
Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. 
Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita. Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.  

Selasa, Jun 11, 2019

AMALAN YANG MEROSAKKAN IMAN


Pendahuluan.

Pengertian  Kufur (Ingkar rukun iman) 

Kufur pada bahasa bererti “menutupi” atau “mengingkari”.

Manakala menurut ‘Ulama Usuluddin kufur boleh diertikan menurut istilah sebagai “tutup”, ini kerana hati orang kafir tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah SWT.

Menurut Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kufur  ialah pendustaan kepada Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawanya.

Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), mengatakan kufur menurut syara‟ ialah tidak mempercayai Allah SWT, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-hukum Allah SWT atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa‟ ayat 136:           
Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah SWT dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah SWT, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan yang amat jauh”  (Surah an-Nisa‟ : 136)  

Jenis-Jenis Kufur-

1-      Kufur Hakikat- Menolak Rukun Iman

Kesan Kufur Hakikat : Apabila amalan kekufuran ini dengan i‟tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah Imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah sehinggalah dia bertaubat dan kembali ke jalan kebenaran. 

2-      Kufur Ni‟mat- Menyalahgunakan Ni‟mat yang dianugerahkan Allah swt ke jalan maksiat.

Kesan Kufur Ni’mat : Mengurangkan Iman dan menyebabkan pelakunya berdosa sehingga kembali kepada Allah SWT dengan membanyakkan amal soleh dan kesyukuran. 

TAMBAHAN:-
Kafir ialah seseorang yang mengingkari keesaan Allah. Kufur itu mengingkari keesaan Allah, kenabian Rasulullah atau mengingkari syariat-Nya. Seseorang yang mengingkari ketiga-tiga bahagian atau salah satu daripadanya disebut sebagai kafir.        


Kekafiran seseorang itu dibahagikan kepada tiga bahagian:

1- Kufur Jahli-
    Kekufuran atau keingkaran disebabkan  kebodohannya.

2- Kufur Juhdi (Kufur ‘Inadi)-
    Kekufurannya itu disebabkan terasa terhina  kalau beriman kepada Allah seperti Firaun, atau takut 
    kehilangan pangkat atau pengaruh sekiranya beriman.

3- Kufur Hukmi-
   Kekufuran disebabkan sesuatu perbuatan atau perlakuan yang diperlakukan bertentangan dengan
   keimanan seperti menghina kitab al-Quran atau hukum-hukum yang terkandung di dalamnya atau   
   menghina  Sunnah Nabi.
 (Sumber:Asas-asas Fardu Ain- muka surat 57 oleh Ustaz Sulaiman  Endut)

Syirik-
Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik disebut Musyrik.

Syirik terbahagi kepada dua bahagian:
1- Syirik Akbar-

a) Syirik Akbar Jali (yang terang)
Syirik besar yang terang ialah mengambil selain Allah SWT sebagai tuhan dan menyembahnya  di samping menyembah Allah SWT dengan menjadikan sembahan itu sebagai  sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah SWT.

b) Syirik Akbar Khafi (yang tersembunyi)
 Syirik besar yang tersembunyi pula menurut  Sheikh Yusuf   al-Qardawi (1999) ialah:       
i)                    Meminta pertolongan dari makhluk ghaib seperti jin dengan meyakini makhluk itu dapat memberi manfaat dan mudharat.
ii)                  Berdoa atau memanggil ruh si mati atau meminta   sesuatu di maqamnya atau kuburnya.
iii)                Mengambil selain Allah SWT sebagai penggubal undang-undang.
iv)                Begitu juga dengan fahaman-fahaman manusia hari ini yang meletakkan pemikiran manusia lebih baik dari panduan al-Quran.


2-Syirik Asghar-
  Syirik  Asghar Jali (yang terang) –
›  Bersumpah dengan yang lain dari Allah SWT seperti bersumpah  dengan nama ibubapa, bulan bintang dan sebagainya. 
›  Memakai tangkal, azimat, jampi serapah yang tiada sumber yang  syar‟i.
Sihir-  
›  Bertenung nasib, ramalan masa depan dan seumpamanya 
›  Bernazar dan menyembelih bukan kerana Allah SWT.
›  Syirik Asghar Khafi (yang tersembunyi)
›   Sifat-sifat keji dalam hati yang terpedaya dengan hawa nafsu   sehingga membesarkan diri menyamakan sifat kebesaran Allah SWT seperti riya‟, ujub, takabbur, sum‟ah dan seumpamanya.          
Nifaq-
›  Para ulama‟ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengakui dengan lidahnya pada zahirnya  tetapi mendustai di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan iman. Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik, yang telah dijanjikan oleh Allah SWT azab yang lebih pedih dari para jahidin (orang-orang yang ingkarkan Allah SWT), kerana mereka akan berada di dasar neraka.

Sifat atau tanda-tanda orang yang munafiq ialah:
›  Imannya tidak teguh dan hakiki.
›  Perbuatannya juga berubah-ubah.
›  Perkataannya selalu berubah-ubah.
›  Orang munafiq juga berada dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang berada bersama-sama orang mukmin.
›  Orang munafiq mengharapkan segala amal baktinya mendapat balasan yang segera di dunia.
›  Orang munafiq hati dan perasaan serta kelakuannya hanya ditumpukan kepada soal keduniaan semata-mata.

Kaedah Mengatasi Anasir Perosak Iman 
       1- Mengikhlaskan Ubudiyyah kepada Allah.
  ›  Jangan menjadikan yang lain sebagai tuhan dengan mengagungkannya. Lihat firman Allah dalam Surah ali Imran ayat 64.
  ›  Jangan mengambil selain Allah sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti mencintai Allah.
  ›  Jangan mencari hakikat selain Allah dan memberi ketaatan kepadanya seperti ketaatan kepada Allah
  2- Mengkufurkan segala thoghut
 3- Memelihara diri dari syirik dan menjauhinya
  4- Menuntut ilmu.
  5- Mentaati perintah Allah 
       6- Menjauhi maksiat

Kesimpulan
1- Umat Islam hendaklah yakin bahawa iman dan Islam sahaja yang dapat menjamin akidah dan kehidupan mereka.
2- Umat Islam mesti menolak mana-mana penjajahan yang dilakukan oleh kuffar, khususnya penjajahan pemikiran.
3- Iman dan akidah seseorang muslim boleh menjadi rosak dengan beberapa cara sama ada secara perbuatan, perkataan atau iktikad.

Rujukan
›  Ahmad bin Mohd Salleh, 1995. Pendidikan Islam- Siri Pendidikan Perguruan(Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
›  Sulaiman Endut,1993. Asas-asas Fardu Ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
›  Wahibah Twahir@H.Tahir, Husna Husain dan Dr Ibrahim Hashim, 2012. Iman dan Kehidupan- Modul Program Pendidikan Jarak Jauh. Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.


Jumaat, September 22, 2017

CONTOH PROPOSAL LATIHAN ILMIAH.


PROPOSAL LATIHAN ILMIAH
EBP 4293





KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN KUALA LUMPUR




NAMA : 
NO MATRIK : 
PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 





KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN KUALA LUMPUR


1.0     Latar belakang dan permasalahan kajian

Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks,menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi .Senario ini turut dialami dan meliputi  di dalam bidang Pendidikan Islam juga.Permasalahan kurangnya  penggunaan ICT dikalangan  Guru Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,membuatkan Penyelidik merasakan satu keperluan untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam .Penyelidik  ingin melihat skop skop yang boleh diberi penambah baikan di dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam.Penyelidik turut ingin melihat bagaimanan keberkesanan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat meningkatkan prestasi murid sejajar keperluan sebagai modal insan pada masa akan datang.


2.0  Matlamat Kajian

i.Mengenalpasti tahap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
ii.Mengukur hubungan di antara penggunaan ICT dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
iii.Menjelaskan limitasi yang dialami oleh guru guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan ICT.
iv.Menilai semula penambahbaikan yang boleh digunapakai agar penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam dapat diperhebatkan dan dipertingkatkan.

  
3.0             Objektif Kajian        
           
                        Berdasarkan rekod penggunaan Makmal Cyber 1 ,Makmal Cyber At Sky,Makmal j Qaf didapati penggunaan  untuk sessi pengajaran dan pembelajaran oleh Guru Pendidikan Islam hanya 45 % sahaja.Peratusan penggunaan ini agak kecil dan memberikan satu konklusi bahawa penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran tidak digunakan secara optimum oleh guru Pendidikan Islam .
                        Penyelidik turut menemubual beberapa orang guru Pendidikan Islam ,mereka merasakan lebih selesa pengajaran dan pembelajaran di jalankan di dalam kelas secara tradisional berbanding dengan penggunaan ICT  di dalam makmal.Oleh itu ,penyelidik merasakan satu kajian yang terperinci diperlukan agar permasalahan ini  dapat dilihat secara lebih mendalam dan jelas.

            Objektif kajian ini ialah :
            i.Mengenal pasti tahap minat murid di dalam Pendidikan Islam.
    ii.Mengenalpasti hubungan keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
            iii.Menjelaskan faktor faktor yang menjadi kengkangan oleh guru pendidikan Islam di dalam penggunaan ICT semasa sessi pengajaran dan pembelajaran.
          iv.Menganalisis penambah baikan yang perlu dilaksanakan untuk penggunaan ICT secara optimum.


3.1       Persoalan Kajian

i.  Bagaimanakah penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan prestasi murid?
ii.    Bagaimanakah kesediaan guru dan murid untuk menjadikan pembelajaran berbantukan ICT satu budaya ?
iii.   Apakah faktor-faktor kengkangan dari sudut penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam?
iv.   Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan penggunaan ICT yang maksimum di kalangan guru Pendidikan Islam?


4.0       Definisi Operasi Kajian

Keberkesanan :
             Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994 :ms663),keberkesanan boleh membawa maksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.Secara amnya keberkesanan dalam kajian ini adalah kesan daripada penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

ICT :
      Willems,Stakenbirg&Veugelers ( 2000) ICT ( Information and Communication Technology ) meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio,televisyen,telefon mudah alih,komputer dan internet. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian,peralihan dan perubahan.Dalam fasa penggantian ,guru akan menggunakan ICT sebagai alat untuk sessi pengajaran dan pembelajarantanpa mengubah kaedahpengajaran,manakala fasa peralihan melibatkan guru menggunakan ICT yang dapat merangsang perubahan seterusnya  membawa kepada kaedah pengajaran yang baru.Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas  terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.

Lechner& Boli (2000)pada zaman digital dan globalisasi ini,perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar.Perkembangan  terkini  menyaksikan Teknolog Maklumat  dan Komunikasi ( ICT ) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya  membantu pelajar membina pengetahuan baru.

Pengajaran
Pengajaran adalah merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagai bagai bentuk dan jenis kemahiran .Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain ( Omardin : 1997)

Pembelajaran
Menurut Baharuddin (2001),pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku yang kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran.Secara umumnya pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedah kaedah tertentu sehingga orang memperoleh pengetahuan ,pemahaman dan cara tingkahlaku yang sesuai dengan keperluan.


            5.0 Limitasi Kajian

                        Kajian ini dijalankan berfokuskan kepada tahap keberkesanan penggunaan ICT ketika amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam sahaja.Ianya melibatkan guru Pendidikan Islam  dan murid Islam SK.Desa Pandan sahaja.
                        Fokus kajian ini akan melihat secara umum  minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam.dan tahap penggunaan ICT di kalangan Guru Pendidikan Islam di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus penambah baikan yang perlu diberi penekanan agar penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam dapat dipertingkatkan.


            6.0 Kerangka Konseptual

                        Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar.Ianya ditunjukkan di dalam bentuk gambarajah .Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor faktor yang menyumbang kepada keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.



Isu Kajian: Keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Soalan  soalan kajian


1.Tahap minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam.
2.Hubungan keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran Pendidikan Islam.
3.Faktor kengkangan penggunaan ICT dikalangan guru pendidikan Islam.
4.Analisa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.


Cara pengumpulan data:


-Temubual
-Analisis dokumen
-Soal selidik

Aplikasi Teori dalam kajian



Teori Pembelajaran Gagne
Teori Bandura










6.1 Kerangka Teori

Teori Pembelajaran Sosial Bandura : Albert Bandura, Richard Walters (1925-1959)

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3 hingga 6 tahun untuk menjalankan kajian mereka pada tahun 1963, dan berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif.  Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam konteks kajian ini mengaitkan teori dengan pertalian antara persekitaran pembelaran yang berbantukan ICT akan dapat dibudayakan dan diserap oleh pelajar.Pembudayaan yang baik akan diterima pakai oleh murid murid.

Teori Kognitif Robert Gagne

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat.
Dalam konteks kajian ini,pengkaji ingin melihat secara jelas ,hubungan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta keberkesanannya terhadap murid,dimana rangsangan luaran yang diterima akan mempercepatkan lagi sistem pembelajaran.


            7.0 Metodologi kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methods yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran penelitian.  Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk menilai tahap minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis kengkangan yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam serta hubungan di antara keberkesanan penggunaan ICT dengan Pendidikan Islam. Responden kajian ini terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan juga 40 orang murid Islam. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik  dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

  
7.1 Metod  Penganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 20.0.  Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat hubungan antara penggunaan ICT dengan tahap kebersanan kefahaman pelajar.


            7.1.1    Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan. 


7.1. LokasiKajian
Lokasi penyelidikan  ialah di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur.

7.1.3 SampelKajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah. Ianya melibatkan sebahagian murid  Islam tahap dua.
.
7.1.4   PenganalisisanData
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS)


8.0      Tinjauan Literatur

Dalam bab ini dijelaskan serba sedikit berkenaan kajian-kajian dan penulisan terdahulu tentang keberkesan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran daripada  secara umum. Kajian literatur ini amat penting kepada pengkaji kerana ia dapat membantu memberikan idea-idea baru sebelum perbincangan yang lebih mendalam diteruskan. Di samping itu juga, bab ini akan menyingkap pelbagai pendapat daripada beberapa penulis dan tokoh berkenaan amalan integrasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Seseorang yang ingin menjalankan kajian perlulah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Selain itu,  tinjauan literatur juga memberi dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan yang belum dijawab,alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan untuk meneroka ilmu baru.Selain itu juga, tinjauan literatur akan memberi pengetahuan kepada pengkaji tentang kaedah kajian yang lebih sesuai dijalankan dan juga masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Antara sumber literatur yang boleh dirujuk oleh pengkaji sebelum menulis kajian ialah Jurnal Pendidikan dari universiti tempatan dan luar negara, tesis, laporan akademik, buku pendidikan, ensiklopedia pendidikan, prosiding seminar pendidikan, laporan penyelidikan EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia dan sumber internet.
Menurut  Aerisuli Awang & Hasbullah Mat Daud (2013) dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan penguasaan pendidikan Islam dengan menggunakan ICT berbanding pengajaran secara konvensional. Beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran pendidikan Islam turut dinyatakan.
Dinyati,L.(2011) dapatan hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.
Sharifah Nor,P,& Kamarul Zaman A.S(2011) dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa guru bersedia untuk melaksanakan pengajaran dengan menggunakan pendekatan ICT dan terdapatnya hubungan yang kuat antara hasil kerja dan tingkah laku terhadap responden. Hasil daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan positif yang sangat kuat daripada kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian daripada ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara hasil kerja dan tingkah laku berdasarkan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru prasekolah.
Robiah Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007)hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar mengikut pendekatan konstruktivisme melalui pembudayaan ICT. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.
Andin, C. (2006) dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Penjodoh Bilangan memberi kesan positif kepada murid.
Atan, N., & Andrew, B. (2010). Hasil daripada analisis data, didapati kebanyakan guru pelatih merasakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan lebih jelas dan efektif seiring dengan peningkatan kemahiran generik mereka.
Shau, K. H. (2008) dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan penggunaan ICT di bilik darjah adalah sederhana dan kurang mendapat sambutan daripada guru-guru di sekolah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT ini juga tidak dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar. Ini mungkin disebabkan oleh kemahiran guru mengenai ICT yang sederhana, sikap atau minat guru terhadap penggunaan ICT yang sederhana dan kemudahan peralatan ICT yang kurang lengkap disediakan di bilik darjah.
Menurut   Aluyah binti Suhai (2011) hasil kajian menunjukkan  keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran amat dipengaruhi oleh  faktor pengetahuan (min=2.20)dan kemahiran di kalangn guru guru tentang ICT serta penyediaan peralatan yang lengkapdi sekolah ( min =2.20).Dapatan kajian dari murid pula menunjukkan pengetahuan sedia ada murid sangat penting bagi memastikan pelaksanaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaranAl Quran.
Menurut   Abdul Aziz bin Abdul Ghani (2009)penggunaan ICT telah membantu meningkatkan daya ingatan murid dalam tajuk Aqidah – Allah S.W.T bersifat Al Qudrat.
            Mohd Rodzi Husin( 2010)    Dapatan menunjukkan perspektif murid terhadap Teknologi Maklumat berda pada tahap tinggi.Dalam ujian post didapati statistinya meningkat berbanding dengan kelas yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional.Ini member makna bahawa murid murid sangat bersedia untuk menerima perubahan daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran yang menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih menarik.
         Kanazuwati bt Mohd Damin( 2012)Dapatan hasil  kajian  ialah 94% responden menunjukkan perspektif positif terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ,agar dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran Tilawah Al Quran.Sebahagian pelajar yang kurang berminat adalah dalam kalangan murid yang tercicir.Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan agar dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan dalam bidang Tilawah Al Quran.
        Aminudin bin Mansor( 2010   ) mendapati dari hasil kajian menunjukkan bahawa sikap,tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada tahap positif dan tinggi apabila pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah ,menggunakan ICT.Hal ini demikian ,penggunaan ICT  seperti power point,video,internet dan multimedia menggalakkan pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar dan lebih menyeronokkan mereka. Dapatan analisa menunjukkan bahawa purata min bagi sikap ,tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik ialah masing masing 3.837,3.416 dan 3.429.Kajian ini membuktikan kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar masa kini.Ianya bukan sahaja perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PPSMI ,malah turut penting bagi matapelajaran lain.


 9.0Rangka/Cadangan Laporan
CADANGAN JADUAL PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH ISMP-SR-PPG*

Minggu
Tarikh
Perkara
Tindakan
Catatan


PRA-
LI-ISMP-SR
09.06.2014
Taklimat LI-ISMP-SR
AJK LI-ISMP-SR
Penyediaan Tajuk Latihan Ilmiah
06.08.2014
Bengkel Latihan Ilmiah
(Pemilihan tajuk & Penulisan Proposal)
Pelajar

27.08.2014
Penghantaran proposal Latihan Ilmiah kepada penyelia (5-10 m.s.)
Pelajar

1-2
08.09.2014 – 19.09.2014
Penulisan draf Bab 1 (Pengenalan) & Bab 2 (Kajian Literatur)

Pelajar

2
20.09.2014
Seminar Latihan Ilmiah 1
(Penyeliaan Bab 1 & Bab 2)
Penyelia & Pelajar
Tandatangan buku log
3 – 5
22.09.2014 – 10.10.2014
Penulisan draf Bab 2 (Kajian Literatur) & Bab 3 (Metodologi)
Pelajar

6 – 8
13.10.2014 – 31.10.2014
Kutipan data
Pelajar

8
01.11.2014
Seminar Latihan Ilmiah 2
(Penyeliaan Bab 3 & Hasil Kutipan Data)
Penyelia & Pelajar
Tandatangan buku log
9 – 11
03.11.2014 –
21.11.2014
Analisa data

Penyelia

12 – 14
24.11.2014 – 12.12.2014
Penulisan draf Bab 4
(Keputusan & Perbincangan)
Pelajar

14
13.12.2014
Seminar Latihan Ilmiah 3
(Penyeliaan Bab 4)
Penyelia & Pelajar
Tandatangan buku log
15 – 16 
15.12.2014 – 26.12.2014
Penulisan draf Draf Bab 5 (Penutup)

Pelajar

17
29.12.2014 – 02.01.2015
Pemurnian draf laporan Latihan Ilmiah


18 - 19
05.01.2015 – 16.01.2015
Semakan draf laporan Latihan Ilmiah
Pembetulan draf laporan Latihan Ilmiah
Pelajar

20
19.01.2015 – 23.01.2015
Penulisan akhir laporan Latihan Ilmiah
Pelajar

-

26.01.2015-30.01.2015
Tarikh akhir penyerahan laporan Latihan Ilmiah “hard cover binding”
a)       3 salinan (wajib)
1. FPBU
     2. Perpustakaan
        3. Penyelia
b)       1 CD laporan lengkap LI-ISMP-SR format PDF
Pelajar
Perlu tandatangan penyelia

9.1 CARTA GANTT PERANCANGAN LATIHAN ILMIAH ISMP-SR-PPG*



BIL
6/8
7-12/8
13/8
14/8
23/8
8-18/9
20/9
22/9
24/11
15/12
26/1
1.Bengkel Latihan Ilmiah










2.Pemilihan tajuk kajian ilmiah










3.Menentukan dan menetapkan tajuk dihantar kepada penyelia










4.Menyediakan proposal










5.Menghantar proposal










6.Penulisan draf Bab 1 dan Bab 2










7.Perjumpaan dengan penyelia










8.Penulisan draf bab 2 dan 3










9.Penulisan draf bab 4










10.Penulisan draf Bab 5










11.Tarikh akhir serahan kajian ilmiah














10.Rujukan

Kamus Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz bin Abdul Ghani.(2009).Keberkesanan penggunaan ICT dalam        pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.OUM

Aerisuli Awang, & Hasbullah Mat Daud. (2013). Kajian Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Prasekolah. In International Conference on Early Childhood Education (pp. 1–15).
Aluyah binti Suhai.(2011).Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran di SK Abang Haji Matahir Sarikei.OUM.

Aminudin bin Mansor.(2010).Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam Pendidikan Syariyyah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.UKM
Andin, C. (2006). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia, Vol. 2, 31–42.
Atan, N., & Andrew, B. (2010). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran: sejauh mana ia meningkatkan kemahiran generik guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. …  Meningkatkan Kemahiran Generik Guru Pelatih …. Retrieved from http://eprints.utm.my/11648/
  
Baharuddin Aris,Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin (2001).Rekabentuk Perisian Multimedia.Muapakat Jaya Percitakan Sdn.Bhd.

Dinyati, L. (2011). Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang. UNSPECIFIED. Retrieved from http://eprints.utm.my/11802/

Fadzilah bt Hasan.(2012).Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pendidikan Islam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi murid Tahun 4.OUM

Hafiza Saad.(2009)Keberkesanan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi ke atas peningkatan prestasi pelajar Tahun 5 dalam topik Tilawah Al Quran.OUM

Hashman bin Abdarahim.(2010).Keberkesanan penggunaan ICT dalam Pendidikan Islam meningkatkan penguasaan bertayammum bagi murid Tahun 5.OUM

Holmes, W. 1999.  The transforming Power of Information Technology. Community          College Journal, 70(2): m.s. 10-15

Kanuzawati bt Mohd Damin .(2012).Keberkesanan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran ,murid Tahun 4 SK.Oh Jerteh Besut Terengganu.OUM
  
Leghner,F.J.& Boli,J .2000,The globalization reader,Oxford: Blackwell Publisher

Mohd Rodzi bin Husin.(2009).Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran terhadap murid Tahun 5. OUM.

Muhammad Zaim bin Adam.(2010).Keberkesanan penggunaan internet:Enjin carian www.yahoo.com.my/google.com.my bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk sirah (hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah) Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai.OUM

Omardin Ashari.(1997).Prinsip Pengajaran Mikro,Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka

Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating Technology Into Teaching and           Learning. Singapore: Prentice Hall.

Robiah Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32, 139–152. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/197/

Sharifah Nor, P., & Kamarul Azman, A. S. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36, 25–34.

Shau, K. H. (2008). Keberkesanan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru. 2008. Retrieved from http://ojs.cakna.net/index.php/spp/article/view/459/457

Willems,G.M.,Stakenborg,J.H.J &Veugelers W.(2000), Trends in Dutch teachereducation.Netherland: Garant.Retrieved 1 July 2009,from http://books.goggle.com/books?id=U9UUBs0dnDYC&pg=PA66&dq=ICT+in=teacher+ education

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com