pada 17.05.2010 pula diadakan sambutan hari guru peringkat sk kemayan. seperti juga sekolah-sekolah lain yang akan mengadakan sambutan hari guru pada setiap tahun apabila tiba tarikhnya iaitu 16.05. setiap tahun. tapi sambutan kali ini agak berbeza kerana ia adalah hari permulaan yang rasmi bagi ustaz Ishak sebagai guru besar yang baru di sk kemayan. pertukaran tiga penjuru sepatutnya berlaku pada pertengahan bulan dua yang lalu, tapi masing-masing telah mengemukakan rayuan yang akhirnya rayuan itu hanya tinggal rayuan sahaja. cikgu zamani selaku gurubesar lama sk kemayan telah ditukarkan ke sk bukit mendi. hj mudakir gb bukit mendi pula ditukarkan ke sk mengkuang dan ustaz ishak gb sk mengkuang pula yang akan bersara secara rasmi pada akhir tahun ini ditukarkan ke sk kemayan. barangkali katanya ini adalah sekolah tempatnya berkhidmat yang terakhir.
inilah dia hadiah dan cenderahati yang bakal bertukar tangan dan bakal dimiliki oleh setiap guru. rupa-rupanya acara bertukar-tukar hadiah sempena hari guru adalah acara wajib dalam sambutan peringkat sekolah. kenapa aku kata begitu? semasa di sk kerayong itulah antara agendanya. di sk perantau damai pun acara itu juga ada. dan di sk kemayan masih ada acara itu. malah di sekolah-sekolah lain pun ada acara bertukar-tukar hadiah. cuma kita tak tahu hadiah yang kita dapat itu siapa tuan punyanya.
ooo! bergambar rupanya. inilah gambar cikgu-cikgu di sk kemayan pada tahun 2010. masing-masing tengah kontrol hensem tu, jangan kacau!
acara apa lagi kalau bukan acara murid-murid memberi hadiah kepada guru-guru kesayangan atau yang mengajar mereka. seperti biasa guru perempuanlah yang banyak menerima hadiah atau cenderamata. bagi aku, akhirnya berjaya jugak memecahkan rekod semasa berada di sk perantau damai. semasa sambutan hari guru pada tahun 2009 tiada seorang pun murid yang memberi aku hadiah. kalaulah tidak kerana pertukaran hadiah dan cenderamata dari kelab guru nescaya pada hari itu aku akan pulang dengan tangan kosong sahaja. tapi aku tak kesah kerana aku pun baru beberapa bulan memgenali mereka semua. untuk tahun 2010 terimakasih diucapkan kepada nur fateha zulkipli, nur aizatul dan aqilah diyana mohamed.
seterusnya acara sukaneka. tapi ini bukan acara main keting-ting tapi main tuju tin guna selipar. permainan orang dahulu kala waktu aku kecik-kecik.
ini pulak acara boling buah kelapa. tapi yang tak seronok, ramai pakat lontar buah kelapa, bukannya digolek. tak kesahlah janji pasukan aku menang.
kan aku dah kata pasukan gpk koko menang!! ini dia wakil pasukan aku sedang menerima hadiah dari gpk 1. orghe kelate mak jan lagi pulak tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan