Beberapa hari sebelum tahun baru cina pada tahun ini, aku dan isteri telah lalu di jalan kampung baru, triang yang entah ke berapa kali dalam umur hidup aku ini. Aku pun berkata kepada isteri aku: jalan ni patutnya buat jalan sehala macam petaling street, barulah tak sesak dan jam sokmo. Boleh ke? tanya isteri aku. Apa pulak tak boleh, itu semua terpulang pada majlis daerah, nak buat ke tidak, balas aku.
Jalan ini memang akan sesak pada setiap hari Isnin dan Jumaat terutama di hadapan pasaraya Eng Hong. Sehingga kadang-kadang nak mencari parking pun jangan harap akan dapat.
Tak berapa lama selepas kata-kata aku itu, ada papan tanda dan longgokan batu serta pasir di persimpangan berhampiran balai bomba Triang. Aku pun mengagak, nak buat jalan sehalalah tu, kata aku. Ye ke? balas isteri aku pulak.
Akhirnya cakap-cakap aku dulu tu didengari jugak oleh orang-orang di Majlis daerah Bera (perasan pulak). Tapi prosesnya memakan masa juga, beberapa kali diubahsuai dan beberapa kali mendapat bantahan dan cadangan akhirnya termakbul jugaklah hajat di hati.
Kini tak lah lagi sibuk seperti dulu, lalulintasnya berjalan lancar, cuma kekadang ada seorang dua nak tunjuk handal melawan arus. Kalau motor tu, ok lah lagi, tapi kalau kereta tu nak cari nahas namanya. Pernah sebuah kenderaan pacuan empat roda keluar dari SJKC Triang Satu dan menghala ke Kampung Baru (menyonsang arus) dan secara kebetulan sebuah kereta peronda polis melalui jalan yang sama. Aku ingat kenderaan itu akan terus saja, tapi rupanya penakut juga dan terpaksalah berundur untuk beberapa meter. Aku gelak dan berkata : ingatkan kebal sangat tadi, rupanya takut jugak.
Apabila jalan ini telah menjadi sehala dan menyebabkan jalan di hadapan masjid Triang dan stesen bas menjadi sibuk. Kalau dulu dengan selamba saja melaluinya tapi kini kalau silap hari bulan boleh berlaku kemalangan. Terutama di antara persimpangan Klinik Triang dan Taman Mawar Indah sehingga ke persimpangan berhampiran SMK Triang. Jalannya agak teruk berhampiran stesen bas tapi kini dah di turap cuma belum ada garisan putih saja lagi. Apa pun semua pihak mestilah berhati-hati semasa memandu dan menggunakan jalanraya. Malah slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat masih lagi relevan walaupun dah basi dan ada yang tak menghiraukannya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan