Rabu, April 14, 2010

Siapa dia???

Siapa agaknya pengunjung blog ini yang ke seribu? Kalau blog orang lain tentu dah beratus ribu, tapi untuk blog pinggiran seperti blog aku ini, tak kesah sangat berapa yang berkunjung dan menjengok. Tapi nak jugak tahu siapa yang ke seribu. Nak bagi hadiah, tok lah gamoknya sebab tokey blog pun selalu miss bayor berokband. Apa-apa pun terimakasihlah kepada semua dan diri aku sekali kerana sudi datang berkunjung. Bak kata pepatah: Kala ada sumur di ladang, boleh lah nompang gosok gigi, kala ada umur yang tak berapa panjang, boleh lah berblog lagi.
Sekian terima kasih.

Rabu, April 07, 2010

Berbagai aktiviti dan peristiwa -1.




Tiga bulan pertama persekolahan hingga bulan April semua sekolah sibuk dan aktif dengan berbagai aktiviti dan program. Sama ada di peringkat Zon atau pun Daerah, masing-masing menjayakannya dengan sebaik mungkin. Meski dikhabarkan pada awal tahun tentang pengurangan bajet untuk Kementerian Pelajaran, namun dengan berhemah dan jimat cermat beberapa program di peringkat Zon Mendi telah berjaya dilangsungkan.

Bermula dengan Majlis Tadarus al-Quran yang diadakan di SK Tembangau Satu pada 23.03.2010.


Backdrop di pentas utama.

Pasukan pertama dari SK Kemayan.

Persembahan kurang mantap kerana kurang latihan.

Pasukan yang menjadi johan dari SK Bukit Puchong dan juga johan di peringkat daerah. Seingat aku pasukan dari sekolah ini hanya kalah sekali sahaja iaitu dengan pasukan dari SK Rentam. Itu pun kalau tak silap pada tahun 1999 atau 2000 yang lalu.

Peserta bercerita dari SK Kemayan.

Peserta lelaki yang menjadi penawar kepada semua peserta. Dapat tempat ketiga.

Kalau tak silap pasukan ini dari SK Tembangau satu, tempat kedua.

Pasukan perempuan, aku tak ingat dari sekolah mana.


Tuan PPD Bera (baju kelabu) sedang menerima cenderahati dari GB Tembangau Satu yang bapok kuat amnonya!! Orang kuat shakar lah katakan.


Kemudian pada 25.03.2010 di padang SK Tembangau Satu pulak:

Kejohanan Olahraga Zon Mendi 2010. Di tengah panas terik.



Saling kejar mengejar untuk mendapatkan rantai emas.

Khemah utama: khemah urusetia dan khemah tetamu.


Acara lari berganti-ganti akhir.


Cikgu Shariman bertungkus lumus memberi semangat kepada peserta SK Kemayan sambil menjadi hakim lorong.

Pertukaran baton yang berjalan lancar.

Para peserta sibuk mencari kawan untuk dilepaskan baton.

Sedang menunggu peserta sampai untuk menerima baton.

Pelari dari SJKC Kemayan terjatuh beberapa meter dari garisan penamat sedang menerima rawatan dari Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Kemayan.

Cikgu Rohani sedang bersiap-siap untuk pulang.

Sedang mengarahkan peserta SK Kemayan mengemas barang masing-masing.


Sebahagian dari Peserta SJKC Kemayan yang telah bersiap sedia nak balik.

Tapi peserta dari SK Bukit Mendi masih enak menjamu selera.

Acara penyampaian hadiah sebagai acara penutup.

EFIL FO YAW EHT.

Setelah aku amati dengan teliti baru aku dapat membacanya. Satu dakyah untuk menyesatkan orang ramai.


Acara perasmian Sukan Tahunan SK Kerayong beberapa hari kemudian.


Sabtu, April 03, 2010

Tanda orang takwa.

Kematian pasti menjelma. Hanya waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba diamati punca orang nazak yang ajal mereka hampir tetapi tidak dapat berkata dengan lidahnya kelu, hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Manusia harus takut jika tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' kerana sesiapa yang dapat mengucap kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, Allah menjanjikan syurga untuk mereka.

Selain itu, harus diperingatkan wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali ra:
"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Jujur berkata-kata.
2- Menjauhi segala yang haram.
3- Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Merahsiakan ibadahnya.
2- Merahsiakan sedekahnya.
3- Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Takut berlaku dusta dan keji.
2- Menjauhi kejahatan.
3- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda-tandanya:

1- Mengawal dirinya.
2- Menghisab dirinya.
3- Membanyakkan ibadah kepada Allah.


*Sumber Harian Metro - 19 Ogos 2007.

Muhasabah diri... buat aku dan semua.

20- Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.

21- Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan kamu) hari akhirat ( yang kekal abadi kehidupannya).

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Surah al-Qiamah ayat 20-21.

Rabu, Mac 17, 2010

Allah tambah nikmat jika bersyukur.

Assalamualaikum...

Perkataan syukur sering kita sebut dan sentiasa menjadi percakapan dan perbualan setiap insan, namun berapa ramai yang mengerti maksud syukur itu sendiri. Syukur atau berterimakasih adalah satu amalan dan perbuatan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas dengan melakukannya dalam perbuatan seharian. Sedar atau tidak, hidup manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari menerima nikmat dan rahmat Alah. Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak ternilai banyaknya. Jumlahnya tidak dapat ditimbang dan disukat. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:-
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak mampu kamu menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl ayat 18)

Jika kita meneliti kejadian tubuh badan manusia dan kurniaan anggotanya seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung, dan lain-lain sudah cukup bagi kita untuk membuat kesimpulan betapa berkuasa dan pemurahnya Allah kepada manusia serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menjadi penghuni alam yang fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan sempurna dan dapat bergerak serta berfungsi serentak pada waktu yang sama. Sambil bercakap kita dapat melihat, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali memberi makna nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan, serta setiap dari kebahagiaan hidup itu untuk hari akhirat yang kekal abadi.

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
- Nikmat bersifat 'fitrah' iaitu nikmat dibawa oleh manusia sejak ia dilahirkan lagi.
- Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan diperolehi dari masa ke semasa.

Nikmat yang bersifat fitrah itu digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan Tuhan (Alah) melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa pun. Dan kemudian diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur(berterima kasih)." (Surah an-Nahl ayat 78)

Segala sesuatu yang ada di alam ini, sama ada tumbuh-tumbuhan hinggalah kepada haiwan ternakan dan bahan galian yang semuanya diciptakan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Kebiasaannya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya setelah nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (ditarik oleh Allah).
Seseorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat dari kekuasaan atau jawatan yang disandangnya hilang. Seseorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan rasa betapa besarnya nikmat kekayaan yang dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat yang diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan dikekalkannya.
Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan syukur dan terima kasih kepadaNya. Mereka mengerjakan segala ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil dan tahu membalas budi kepada yang memberikan kepadanya.

Sesungguhnya bagi orang yang bersyukur, maka nikmat itu semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:-
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Allah) akan menambah (nikmat) kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya azab Ku amat pedih." (Surah Ibrahim ayat 7)

Jumaat, Mac 05, 2010

Islam, Iman dan Ihsan.

Assalamualaikum...

Kita masih lagi berada di bulan di mana umat Islam meraikan kelahiran junjungan mulia Muhammad S.A.W. dengan berbagai acara dan program. Walau ada pendapat yang mengatakan ia adalah bidaah yang tak dibuat oleh Rasulullah, tapi sebagai penghargaan kita terhadap seorang penyelamat umat seluruh alam adalah wajar kita mengingati hari kelahirannya. Juga sebagai tanda rasa kecintaan kita terhadapnya, bukan sekadar kata-kata yang berapi-api tetapi segala bentuk amalan dan bawaannya hendaklah kita ikuti dan hayati disamping tidak memperlekehkan corak dan gaya hidup rasul akhir zaman ini. Meski baginda telah lama meninggalkan kita sejak 1400 tahun yang lalu, ajaran dan panduan yang disampaikannya kepada para sahabat sehingga ke hari ini masih lagi releven dan tetap sesuai sepanjang zaman. Sebagai sedikit tazkirah marilah kita baca dan hayati kembali isi kandungan sebuah hadis yang panjang ini:

Khalifah Umar al-Khatab berkata, suatu hari semasa dia dan para sahabat sedang duduk dengan Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai pakaian yag sangat putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tiada tanda-tanda beliau datang dari jauh. Tiada seorang pun antara mereka yang mengenali lelaki itu.

Lelaki itu lalu duduk betul-betul di hadapan Rasulullah sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Rasulullah. Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas pahanya, lalu bertanya, "Wahai Muhammad, terangkan pada saya, apakah maksud Islam?"

Jawab Rasulullah, "Islam itu adalah kamu mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu bersolat, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan kamu melakukan haji apabila mampu."

"Betul," kata lelaki itu. Kata Umar, semua mereka berasa hairan, mengapa pula lelaki itu bertanya dan kemudian menjawab betul.

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Terangkan padaku, apakah iman?"

Rasulullah menjawab, "Kamu percaya pada Allah, percaya pada malaikat, percaya kepada kitab suci, percaya pada utusan Allah, percaya pada hari akhirat dan percaya pada ketentuan Allah sama ada yang baik atau yang buruk."

"Betul," kata lelaki itu. Kemudian beliau bertanya lagi, "Terangkan pada saya, apakah itu ihsan?"

Jawab Rasulullah, "Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu nampak Allah dan apabila kamu tidak nampak Dia, kamu yakin Dia nampak kamu."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Terangkan pada saya, bilakah hari kiamat akan berlaku?"
Rasulullah menjawab, "Yang ditanya dan orang yang bertanya sama-sama tidak tahu."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Terangkan pada saya tanda-tanda akan berlaku kiamat?"
Jawab Rasulullah, "Apabila hamba perempuan melahirkan majikan mereka sendiri, apabila orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian dengan sempurna, orang-orang miskin dan penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi."

Selepas mendengar jawapan Rasulullah, lelaki itu pun pergi. Umar terdiam sehingga Rasulullah berkata, "Tahukah kamu Umar, siapa lelaki itu tadi? Lelaki itu adalah malaikat Jibril. Beliau datang untuk menerangkan kepada kamu semua mengenai agama kamu."


-Hadis riwayat Imam Nawawi.

Rabu, Februari 24, 2010

Kejohanan sukan tahunan sk kemayan kali ke ???

Assalamualaikum...

Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Di atas slogan itulah ramai orang yang gila bersukan dan beriadah, bukan sahaja untuk menjaga kesihatan atau sekadar mengeluarkan peluh tapi kini ia telah menjadi satu industri atau perniagaan sukan. Tidak kira sukan itu di peringkat mana sekali pun samada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan malah di pentas dunia sekali pun ia kini bermatlamatkan untuk mencari keuntungan material. Penganjur nak untung, peserta yang mengambil bahagian pun sudah pasti inginkan kemenangan yang merupakan keuntungan baginya, malah penonton pun mengharapkan keuntungan dari sesuatu acara yang dipertandingkan. Kalau tidak, tidak ujudlah perjudian dalam sukan.

Bertolak dari situlah, maka SK Kemayan telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunannya yang aku tak pasti kali ke berapa. Tapi yang penting bukan banyak mana ia diadakan, sasaran sebenarnya ialah ingin mencungkil bakat baru dan menyuntik semangat kesukanan yang tulin di kalangan warganya samada murid mahu pun guru. Majlis kali ini telah diadakan pada 24 Februari 2010 bersamaan hari Rabu dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Balai Polis Kemayan meski agak kelewatan kerana urusan tugas beliau.

Oleh kerana gambar lebih memberi kepuasan dari kata-kata, maka aku pamerkan beberapa gambar yang sempat aku 'snap', tapi tak lah secara menyeluruh. Kerana semasa acara lumba lari, tarik tali perempuan, acara penjaga dan para penonton yang hadir sengaja aku tak ambil.
Apa-apa pun tengoklah sendiri.

Perbarisan masuk untuk lintas hormat didahului oleh rumah hijau

Kemudian diikuti oleh rumah biru sebagai johan perbarisan.

Rumah merah yang gagah sebagai johan keseluruhan.

Rumah kuning yang tidak kurang hebat cabarannya.

Bersedia untuk acara perasmian.

Semua kontingen telah berada di hadapan astaka.

Suasana keadaan khemah rumah sukan dari jauh.

Semua kontingen sedang berada di hadapan astaka untuk upacara perasmian.

Ucapan aluan oleh YDP PIBG SK Kemayan.

Pencatat keputusan dan markah tak menang tangan menyiapkan keputusan terkini, mc yang termenung jauh dan saudara setiausaha sukan sibuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Dua orang otai di SK Kemayan bergaya di hadapan kereta antik kesayangannya.

Tersenyum lebar Zamri kerana dapat bertukar ke SK Bohor Baru disamping Razak yang malu-malu kucing!!!

Ucapan perasmian oleh Tuan OCS Kemayan.

Bacaan ikrar sukan oleh adik Saudi yang hampir terlupa lirik!!!

Seperti biasa Zamri akan gelak besar kerana banyak mambang di sk bohor baru!!

Selepas ucapan perasmian, Tuan OCS telah menyampaikan hadiah untuk pemenang bagi acara lontar peluru tahun enam.

Perbarisan kontingen untuk masuk ke khemah masing-masing.

Rumah hijau pun aku sokong, tapi dapat tempat keempat sahaja.

Tarik!! Tarik!! Tarik!! Jangan putus urat kentut sudah lah!

Rumah merah telah memenangi acara tarik tali. Itu pun sebab aku tolong sorak. HaHaHa!!!

Rumah hijau hanya sekadar naib johan tarik tali.

Eh! Siapa pulak ni? Tapi ini bukanlah maskot sukan, cuma buah hati aku yang paling kecil dan comel - 10 bulan.