Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Di atas slogan itulah ramai orang yang gila bersukan dan beriadah, bukan sahaja untuk menjaga kesihatan atau sekadar mengeluarkan peluh tapi kini ia telah menjadi satu industri atau perniagaan sukan. Tidak kira sukan itu di peringkat mana sekali pun samada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan malah di pentas dunia sekali pun ia kini bermatlamatkan untuk mencari keuntungan material. Penganjur nak untung, peserta yang mengambil bahagian pun sudah pasti inginkan kemenangan yang merupakan keuntungan baginya, malah penonton pun mengharapkan keuntungan dari sesuatu acara yang dipertandingkan. Kalau tidak, tidak ujudlah perjudian dalam sukan.
Bertolak dari situlah, maka SK Kemayan telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunannya yang aku tak pasti kali ke berapa. Tapi yang penting bukan banyak mana ia diadakan, sasaran sebenarnya ialah ingin mencungkil bakat baru dan menyuntik semangat kesukanan yang tulin di kalangan warganya samada murid mahu pun guru. Majlis kali ini telah diadakan pada 24 Februari 2010 bersamaan hari Rabu dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Balai Polis Kemayan meski agak kelewatan kerana urusan tugas beliau.
Oleh kerana gambar lebih memberi kepuasan dari kata-kata, maka aku pamerkan beberapa gambar yang sempat aku 'snap', tapi tak lah secara menyeluruh. Kerana semasa acara lumba lari, tarik tali perempuan, acara penjaga dan para penonton yang hadir sengaja aku tak ambil.
Apa-apa pun tengoklah sendiri.
Pencatat keputusan dan markah tak menang tangan menyiapkan keputusan terkini, mc yang termenung jauh dan saudara setiausaha sukan sibuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Tersenyum lebar Zamri kerana dapat bertukar ke SK Bohor Baru disamping Razak yang malu-malu kucing!!!
Selepas ucapan perasmian, Tuan OCS telah menyampaikan hadiah untuk pemenang bagi acara lontar peluru tahun enam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan