Assalamualaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...
Sebagai hamba Allah, setiap masa dan ketika dalam kehidupan ini
adalah merupakan ujian dan dugaan dari Allah Yang Maha Esa. Sama ada kita sedar
atau tidak segala yang berlaku dan terjadi adalah ketentuan dari Allah. Bila berlaku sesuatu perkara yang diluar
jangkaan kita, sering kali kita akan mengeluh dan bersungut kerana timbul rasa
tidak puas hati atas apa yang telah terjadi. Apa tah lagi ia bukan sesuatu yang
kita harapkan. Untuk itu, seharusnya kita sedar dan insaf bahawa hanya mereka
yang punya kesedaran saja tahu yang mereka sedang diuji oleh Allah. Jadi tidak
perlulah bersusah hati, sebaliknya bersabar dan redha menerimanya.
Menyentuh tentang perkara sabar, ia bukanlah semudah menyebutnya
tetapi menuntut kita semua untuk benar-benar menghayati bila dan
kenapa kita mesti bersabar. Di bawah ini disenaraikan beberapa intipati dari
kelebihan sifat sabar disamping cuba menjelaskan secara ringkas tentang
kesabaran.
- Kita hendaklah tekun dalam melaksanakan segala perintah Allah dengan ikhlas dan penuh ketaatan serta bersabar.
- Allah s.w.t sentiasa menguji keimanan hamba-Nya dengan berbagai kesulitan, penderitaan, bala dan bencana.
- Menahan diri untuk melakukan segala perbuatan jahat yang didorong oleh hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan.
- Tidak berputus asa dan memperkuatkan kembali segala kekurangan dan kelemahan atau kegagalan akan dijadikan sebagai pengajaran.
- Islam menegaskan bahawa umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan kenikmatan dunia yang sementara sehingga boleh melalaikan kepentingan hidup di akhirat.
Dengan kata lain seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Sabar itu separuh dari iman. Justeru itu usahlah bersedih hati, sebaliknya
jadikan ia sebagai penguat semangat untuk memulakan kehidupan yang baru. Langit
tak selalunya cerah tetapi setelah berlalunya mendung, pasti ia kan cerah
kembali untuk memberi kita peluang buat kali yang kedua.
Sekian, sedikit perkongsian untuk bersama bersabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan