Para
jemaah haji pada tahun ini telah mulai kembali ke tanahair masing-masing
setelah menjalankan ibadah tersebut di Tanah Suci Mekah. Semoga kepulangan
mereka semua dengan membawa haji yang mabrur. Untuk pengetahuan semua ibadah
haji itu mempunyai beberapa tahap.
Tahap
pertama:
Haji Mabrur
Ini
adalah tahap haji yang paling tinggi dan istimewa. Tidak semua mereka yang
menunaikan haji boleh memperolehinya.
Mereka yang memperolehi Haji Mabrur bukan sekadar berjaya menunaikan
kewajipan malah semua dosanya diampunkan dan dimasukkan ke syurga.
Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abdullah bin Abbas
yang bermaksud: "Haji Mabrur itu tidak ada balasan baginya melainkan
syurga".
Tahap
kedua:
Haji
Makhsus-
Ibadat
haji yang dikerjakan oleh orang tertentu yang sempurna semua syarat dan
rukunnya. Haji ini bukan sahaja dianggap sah dan diterima Allah tetapi
diampunkan dosanya. Haji ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah
yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan ibadah haji, tidak ia melakukan
keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh
ibunya.
Tahap
ketiga:
Haji
Maqbul-
Haji yang
sah dan diterima Allah SWT. Mereka yang memperolehi haji maqbul dianggap telah
menunaikan perintah Allah dan menyempurnakan rukun Islam yang lima tanpa
ganjaran pahala.
Tahap
keempat:
Haji
Mardud-
Haji ini
tidak diterima oleh Allah SWT kerana tidak memenuhi syarat dan rukun haji atau
sebab lain sehingga menyebabkan haji yang dilakukan tidak diterima oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan