Pengenalan
Dalam ajaran agama
Islam terdapat banyak anasir yang boleh menyebabkan iman atau akidah menjadi
rosak. Para ulamak telah lama membicarakannya dan telah banyak buku mengenainya
ditulis dan diterbitkan antaranya buku Batas-batas Iman dan Kufur hasil tulisan
Said Hawa yang menggariskan dua puluh perkara yang boleh membatalkan atau
merosakkan iman seseorang muslim. Namun perbincangan ini hanya membicarakan
tiga aspek sahaja iaitu kufur, syirik dan nifaq.
1: Kufur (Ingkar rukun iman)
Kufur
pada bahasa bererti “menutupi” atau “mengingkari”.Manakala menurut „Ulama
Usuluddin kufur boleh diertikan menurut istilah sebagai “tutup” ini kerana hati
orang kafir tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah SWT. Menurut
Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kufur
ialah pendustaan kepada Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawanya.
Abdul Majid Aziz Az-Zindani (2004), mengatakan
kufur menurut syara‟ ialah tidak mempercayai Allah SWT, malaikat,
kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-hukum Allah SWT atau
sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam.
Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisa‟ ayat 136:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah SWT dan
RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya
(Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan
dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah SWT, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari
akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh” (Surah an-Nisa‟ : 136)
i-
Kufur Hakikat- Menolak Rukun
Iman
Kesan Kufur Hakikat :
Apabila amalan kekufuran ini dengan i‟tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana
sesiapa yang melakukannya batallah Imannya dan keluar daripada agama Islam dan
syahadahnya tidak sah sehinggalah dia bertaubat dan kembali ke jalan
kebenaran.
ii-
Kufur Ni‟mat-
Menyalahgunakan Ni‟mat yang dianugerahkan Allah swt ke jalan maksiat.
Kesan Kufur Ni’mat :
Mengurangkan Iman dan menyebabkan pelakunya berdosa sehingga kembali kepada
Allah SWT membanyakkan amal soleh dan kesyukuran.
Tambahan:
Kafir
ialah seseorang yang mengengkari keesaan Allah.Kufur itu mengengkari keesaan
Allah, kenabian Rasulullah atau mengengkari syariat-Nya.Seseorang yang
mengengkari ketiga-tiga bahagian atau salah satu daripadanya disebut sebagai
kafir.
Kekafiran
seseorang itu dibahagikan kepada tiga bahagian:
i-
Kufur Jahli-
Kekufuran atau
keingkarannya disebabkan kebodohannya.
ii-
Kufur Juhdi (Kufur ‘Inadi)-
Kekufurannya itu
disebabkan terasa terhina kalau beriman kepada Allah seperti Firaun, atau takut
kehilangan pangkat atau pengaruh sekiranya beriman.
iii-
Kufur Hukmi-
Kekufuran disebabkan
sesuatu perbuatan atau perlakuan yang diperlakukan bertentangan dengan keimanan
seperti menghina kitab al-Quran atau hukum-hukum yang terkandung di dalamnya
atau menghina Sunnah Nabi.
(Sumber:Asas-asas
Fardu Ain- muka surat 57 oleh Ustaz Sulaiman Endut)
2-
Syirik
Syirik
ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya
kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik disebut
Musyrik.
Syirik
terbahagi kepada dua bahagian:
i-
Syirik Akbar-
a) Syirik
Akbar Jali (yang terang)
Syirik besar yang
terang ialah mengambil selain Allah SWT sebagai tuhan dan menyembahnya di samping menyembah Allah SWT dengan
menjadikan sembahan itu sebagai sekutu
atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah SWT, Tuhan bagi
semesta alam seperti menyembah objek
tertentu dalam masa yang sama beribadah kepada Allah SWT, atau menyamakan
makhluk lain dengan Allah SWT sebagai tuhan seperti mempercayai Nabi Isa a.s
sebagai tuhan, atau menyifatkan makhluk sebagai tuhan bersama Allah SWT seperti
menjadikan nabi Isa a.s. atau manusia sebagai tuhan di samping Allah SWT.
b)
Syirik Akbar Khafi (yang tersembunyi)
Syirik besar yang
tersembunyi pula menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi (1999) ialah:
1. Meminta
pertolongan dari makhluk ghaib seperti jin dengan meyakini makhluk itu dapat
memberi manfaat dan mudharat.
2. Berdoa
atau memanggil ruh si mati atau meminta sesuatu di maqamnya atau kuburnya. Syirik ini tersembunyi kerana orang yang melakukan amalan ini
menyangka ia sebagai ibadah dalam bentuk bertawassul (sebagai perantaraan)
antara mereka dengan Allah SWT.
3. Mengambil
selain Allah SWT sebagai penggubal undang-undang. Dengan kata lain memberi hak
wewenang mencipta peraturan kepada hak perseorangan atau kumpulan sehingga
menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal menurut kehendak sendiri
walaupun bertentangan dengan syariat seperti menghalalkan perkahwinan sesama
jantina atau menjatuhkan hukuman pesalah zina dengan undang-undang Barat. Rasulullah SAW menjelaskan hal keadaan
golongan Nasrani mengikut pendeta Yahudi dan Nasrani yang mencipta dan
mereka-reka undang-undang mengikut kehendak dan kepentingan mereka.
4. Begitu
juga dengan fahaman-fahaman manusia hari ini yang meletakkan pemikiran manusia
lebih baik dari panduan al-Quran. Ini bermakna golongan ini tidak meyakini
ajaran Islam yang jelas sumbernya dari Allah swt Yang Maha Bijaksana
menyediakan panduan untuk manusia yang dijadikan oleh Allah ini seperti
berpegang dengan ideology Komunis, sosialis dan isme dalam masa yangsama
menyembah Allah swt.
ii-
Syirik Asghar-
a) Syirik AsgharJali (yang terang)
1. Bersumpah
dengan yang lain dari Allah SWT seperti bersumpah dengan nama ibubapa,
bulan bintang dan sebagainya.
2. Memakai
tangkal, azimat, jampi serapah yang tiada sumber yang syar‟i.
3. Sihir
4. Bertenung nasib,
ramalan masa depan dan seumpamanya.
5. Bernazar dan menyembelih
bukan kerana Allah SWT.
b) Syirik Asghar Khafi (yang tersembunyi)
Sifat-sifat keji
dalam hati yang terpedaya dengan hawa nafsu sehingga
membesarkan
diri menyamakan sifat kebesaran Allah SWT seperti riya‟,
ujub,
takabbur, sum‟ah dan seumpamanya.
3-
Nifaq-
Para
ulama‟ bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengakui dengan lidahnya pada
zahirnya tetapi mendustai di dalam hatinya tidak termasuk di dalam lingkungan iman.
Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik, yang telah
dijanjikan oleh Allah SWT azab yang lebih pedih dari para jahidin (orang-orang
yang ingkarkan Allah SWT, kerana mereka akan berada di dasar neraka. Malah
mengakui dan mempercayai dalam hati juga belum mencukupi untuk mencapai Iman,
kerana ianya mestilah disertai dengan pengakuan dengan lidah.
Sifat
atau tanda-tanda orang yang munafiq ialah:
aa) Imannya
tidak teguh dan hakiki. Sikap dan pendiriannya sentiasa berubah-ubah mengikut
k keadaan dan suasana. Bagai lalang ditiup angin.
bb) Perbuatannya
juga berubah-ubah. Jika bersama-sama orang yang kuat beribadat, dia akan ikut
sama beribadat. Tetapi jika tidak bersama orang yang rajin beribadat, maka
dengan mudah sahaja ia meninggalkan ibadat seperti solat tanpa merasa sedikit
pun malu atau rasa berdosa.
cc) Perkataannya
selalu berubah-ubah. Apabila bersama orang mukmin, ia sama-sama mengaku beriman
tetapi apabila di belakang orang mukmin berbagai keji dan umpat akan
dikatakannya.
dd) Orang
munafiq juga berada dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang berada
bersama-sama orang mukmin.
ee) Orang
munafiq mengharapkan segala amal baktinya mendapat balasan yang segera di dunia
ini, seperti menderma beratus ribu ringgit dan mengharapkan pangkat dan namanya
disebut-sebut.
f) Orang
munafiq hati dan perasaan serta kelakuannya hanya ditumpukan kepada soal keduniaan
semata-mata, bagi mereka soal akhirat adalah khayalan dan dongeng sahaja.
Kaedah Mengatasi Anasir
Perosak Iman
Akidah
tauhid yang dibawa oleh para rasul dan yang ditekankan oleh Islam supaya
memantapkan pegangan, mengukuhkannya serta memeliharanya tidak akan tercapai
kecuali melalui beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mukmin
yang mahu menjaga kesejahteraan imannya seperti berikut:
1- Mengikhlaskan
Ubudiyyah kepada Allah.
Keikhlasan
Ubudiyyah (pengabdian) kerana Allah dengan erti memberi hak Uluhiyyah yang
sempurna dari sudut keagungan, kecintaan, dan ketundukan mutlak kepada Allah.
Ini akan tercapai dengan tiga cara-
a) Jangan
menjadikan yang lain sebagai tuhan dengan mengagungkannya. Lihat firman Allah
dalam Surah ali Imran ayat 64.
b) Jangan
mengambil selain Allah sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti
mencintai Allah.
c) Jangan
mencari hakikat selain Allah dan memberi ketaatan kepadanya seperti ketaatan
kepada Allah
2- Mengkufurkan
segala thoghut.
a) Untuk
mencapai tauhid ini hendaklah dengan membersihkan Ubudiyyah kepada Allah serta
memberikan hak ke-Uluhiyyahan (ketuhanan) kepada-Nya baik dari sudut
kebesaran-Nya, kecintaan-Nya dan ketaatan yang hanya layak bagi Allah dan tidak
kepada yang lain.
b) Mengkufurkan
thoghut dengan membersihkan diri dari apa yang disembah dan ditaati selain
daripada Allah, sehingga terdapat ayat-ayat al-Quran kadang-kadang didahulukan
dengan mengkufurkan thoghut kemudian mengimani Allah. Firman Allah:
Barang
siapa yang ingkar kepada thoghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. (Surah
al-Baqarah ayat 256)
3- Memelihara
diri dari syirik dan menjauhinya
Untuk
mencapai tauhid ialah mengetahui semua jenis syirik baik kecil atau besar, terang
atau tidak dan membebaskan diri daripada setiap unsur syirik, serta
berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh menjerumuskan diri kedalamnya.
4- Menuntut
ilmu.
Orang
yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian
dan berniat untuk mencari keredaan Allah semata-mata termasuk dalam golongan
orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.
5- Mentaati
perintah Allah.
Taat
itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan
ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.Perintah-perintah Allah itu
terdiri daripada amal-amal yang wajib dan sunat.
6- Menjauhi
maksiat.
Seseorang
mukmin itu juga mestilah menjauhkan dirinya daripada maksiat, memandang berat
terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Kesimpulan
Sesungguhnya
telah jelas dan menjadi keyakinan kepada umat ini bahawa iman dan Islam
sahajalah yang dapat menjamin akidah dan kehidupan mereka. Oleh itu ia mesti
dipertahankan supaya dapat menjaminkeselamatan akidah. Akidah sahih yang
dipandukan oleh al-Quran dan al-Hadis Rasulullah SAW menjadi panduan, ikutan
dan keyakinan kepada kita. Kita menolak mana-mana akidah yang batil dan kufur
sama ada ia dibawa oleh orang perseorangan, kumpulan, jamaah dan sebagainya.
Kita
juga mesti menolak mana-mana penjajahan yang dilakukan oleh kuffar, khususnya
penjajahan pemikiran kepada umat Islam ini. Sekali gus mereka bertujuan mahu
menyahudikan, menasranikan serta merosakkan akidah umat Muhammad SAW. Kita
hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Allah dan Rasulullah SAW.
Dalam
al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengingatkan kita beberapa perkara yang
boleh menyebabkan akidah dan iman menjadi rosak, serta yang boleh menyebabkan
syirik dan kufur. Iman dan akidah seseorang muslim boleh menjadi rosak dengan
beberapa cara sama ada secara perbuatan, perkataan atau iktikad. Dengan itu
terkeluarlah dia daripada agama Islam. Allah SWT telah memperingatkan umat ini
dengan firman-Nya dalam Surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang
beriman, sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad),
maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga
kasihkan Ia, mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang kafir, mereka
berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut
pada celaan orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah
yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, kerana Allah Maha Luas
limpah kurnia-Nya lagi meliputi pengetahuan-Nya.
Rujukan
Ahmad bin Mohd Salleh, 1995. Pendidikan
Islam- Siri Pendidikan Perguruan(Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Sulaiman Endut, 1993. Asas-asas Fardu Ain.
Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
Wahibah Twahir@H.Tahir, Husna Husain dan Dr
Ibrahim Hashim, 2012. Iman dan Kehidupan- Modul Program Pendidikan Jarak Jauh.
Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan